Agenda besar penentu corak kehidupan

November 9, 2009 at 3:03 pm | In Uncategorized | 7 Comments

Bagi seseorang yang benar-benar ingin mencapai sesuatu yang besar, nescaya dia pasti akan menjelmakan cita-citanya itu dalam kehidupan seharian. Masa dan waktu tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa di isi dengan perkara bermanfaat. Setiap pergerakan dan nafas yang keluar masuk dari tubuh dipastikan bagi menggapai tujuan tertinggi. Jadi kita sebagai barisan mahasiswa yang juga pendakwah hendaklah serius dalam memikirkan agenda kita adalah besar dan agung.

Kita bukan hanya mahu pulang menggalas ijazah atau lain-lain sijil akademik semata-mata. Bukan jua hanya membataskan kemahiran kepada pengurusan organisasi dan pengendalian mesyuarat. Tidak juga sekadar berputar di sekitar usrah, qiamullail dan kem-kem motivasi. Kita mesti letakkan sesuatu yang besar dalam jadual rutin harian kita. Usah kita jadi seperti manusia kebanyakan yang mengulangi putaran yang sama setiap hari. Akhirnya tiba masanya untuk berpindah ke dalam liang lahad. Dirinya sendiri tidak menyedari perjalanan hidup yang cukup singkat.

Seorang tabiin pernah menyatakan “Hammuka ala qadari ma ahammak” yang bermaskud “Keseriusan anda adalah bergantung pada kadar apa yang kamu sibukkan”. Ini bererti jika seseorang itu sibuk dengan membincangkan sesuatu yang tidak berfaedah, maka tahap seriusnya dalam hidup ini juga seperti itu. Saya melihat ramai di kalangan kita kurang mahir menyusun jadual waktu dan menentukan awlawiyat dalam pengurusan. Kadangkala kita meletakkan urusan yang sepatutnya dianggap penting di tempat nombor 2 ataupun seterusnya. Begitu juga sebaliknya. Kita menjadikan perdebatan tentang sesuatu yang tidak penting sebagai salah satu kesibukan yang utama. Akibatnya, banyak masa kita terbuang begitu sahaja. Peribadi diri dan pembangunan syakhsiah tidak diberikan penekanan. Skil-skil major sebagai seorang mahasiswa seperti bakat kepimpinan, pengurusan ogranisasi, perhubungan sentara, berhujah secara ilmiah tidak dikuasai. Isu penguasaan bidang takhasus juga menjadi satu persoalan besar kepada kita semua. Adakah kita benar-benar menguasai ilmu yang kita pelajari atau ia sekadar tiket dalam peperiksaan bagi mandapatkan segulung ijazah? Sebagai graduan Azhari dan jua Timur Tengah, kita seharusnya memastikan diri kita bersedia untuk bersaing dengan lulusan graduan daripada universiti tempatan maupun lepasan universiti luar negara yang lain. Sejauh manakah kita mampu menongkah arus materialistik masyarakat di tanah air nanti.

Sekirannya kita jelas dan terang apakah kesibukkan yang seharusnya kita libatkan dan korbankan diri dan masa, sudah tentu tidak ada bagi kita ruang-ruang kecil untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Ada manusia akan sibuk mengulas dan bercakap-cakap tentang kerja orang. Mereka boleh kita ibaratkan sebagai penonton kepada perlawanan bola sepak. Mereka akan terus bertutur dan mengkritik. Usah dipedulikan dengan semua itu kerana kita lah pemain dalam padang dan gelanggang. Kita lebih mengetahui taktik dan cara kerja kita. Ada juga manusia yang sanggup menghabiskan masa menjadi golongan “Nammam” iaitu istilah peribahasnya batu api. Kerjanya bangun pagi dan update blog supaya manusia ini berpecah belah dan meruntuhkan kasih sayang antara satu sama lain. Mereka menyatakan ini adalah blog peribadi dan hak mereka untuk tulis apa sahaja. Saya mahu katakan pada mereka; Tulislah dan publish semahunya, tapi setiap kita ada buku catatan masing-masing. Jika anda rasa itu usaha anda bagi menggapai redha Allah swt, teruskan hingga ke akhir hayat anda. Tapi awas, jika hati kecil ada membisikkan tentang ragunnya tentang kerja itu, elok benar anda hentikan sebelum Izrail menjengah tiba.

Agenda peningkatan diri dan ilmu itu yang perlu kita jadikan dalam tempoh masa di perantauan ini. Perkara-perkara riuh dan gempak itu kadangkala mampu mengalihkan pandangan kita daripada mencapai objektif dan sasaran yang telah kita gariskan. Jika ada ribut dan taufan, kita umpamakannya seperti ribut dalam secawan kopi. Hanya satu putaran sementara bagi melarutkan sesuatu di dalamnya!

Wawancara bersama Sumayyah Masyhur

September 15, 2009 at 9:57 pm | In Biografi, Motivasi Pejuang | 1 Comment

mustafa

Berikut adalah wawancara khas Ikhwanonline.com bersama anak perempuan Al-Marhum Ustaz Mustafa Mashur, Mursyidul Am ke 5 Jamaah Ikhwan Muslimin tentang pengalamannya berpuasa bersama-sama dengan ayah tercinta.

Sudah pasti terdapat kenangan indah bagi Ramadhan bersama ayah anda, Syeikh Mustafa Masyhur. Boleh kongsikan bersama kami bagaimana beliau melatih anda berpuasa?

Saya sudah mula berpuasa sejak usia kecil, seingatnya ketika berumur 4-5 tahun, ketika ayah masih di dalam tahanan penjara. Beliau sering menggalakkan kami dengan puasa sunat (Isnin-Khamis- 3 hari setiap pertengahan bulan). Beliau juga memberikan nasihat dan mengikuti perkembangan setiap orang ahli keluarganya.

Boleh anda kisahkan bagaimana jadual beliau bersama keluarga sepanjang Ramadhan?

Pada hakikatnya, harinya pada Ramadhan tidak berbeza dengan hari-hari di bulan lain dalam amalan ibadah seperti tilawah Al-quran, puasa, sedekah dan qiamullail. Qiamullail beliau semuanya sama pada setiap masa sekalipun bukan pada Ramadhan. Beliau mentarbiyyah kami dengan perkara ini meskipun ada juga amalan tambahan seperti perjumpaan sebelum Maghrib untuk membaca Mathurat dan tilawah Al-Quran. Kami sekeluarga akan bangun sejam setengah sebelum Subuh untuk Qiamullail dan Sahur bersama-sama. Kadangkala kami akan duduk beribadah sehingga matahari terbit (Syuruq).

Apakah nilai-nilai tarbawi yang beliau tumpukan untuk ditanam dalam jiwa kalian sepanjang Ramadhan?

Banyak. Menjaga hubungan keluarga, sifat pemurah, tidak membazir dalam makanan, berasa cukup dengan pembahagian Allah swt. Beliau juga sangat menitik beratkan supaya pengisian masa yang berharga, lebih-lebih lagi dakwah semasa Ramadhan adalah satu peluang keemasan. Begitu juga sifat bertolak ansur dan berkasih sayang disemai pada bulan yang mulia ini.

Bagaimana pula jadual dakwah beliau pada Ramadhan?

Beliau sangat sibuk pada bulan Ramadhan dengan perjumpaan dengan ikhwah-ikhwah samada di Kaherah maupun di daerah-daerah lain. Beliau sering berbuka puasa bersama ikhwah-ikhwah dan sedikit sahaja hari untuk beliau berbuka puasa bersama keluarga. Beliau terlalu sedikit berehat dan tidak melepaskan waktu berlalu tanpa dakwah. Baginya dakwah kepada Allah swt merupakan bekalan sepanjang Jalan Dakwah.

Adakah beliau membiasakan amalan tertentu pada Ramadhan?

Ya. Beliau sentiasa menghubungi saudara mara dan ahli keluarga pada malam pertama Ramadhan. Beliau juga selalu mengagihkan buah tamar/kurma kepada rakan dan jiran tetangga. Di samping itu, beliau tidak akan ketinggalan menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain. Beliau juga akan solat Hari Raya Aidil Fitri di kampung halaman dan mengimami penduduk kampungnya. Selepas itu, beliau akan beramah mesra dengan mereka sambil menyampaikan mesej Islam yang syumul.

Syurga bukan untuk mereka yang sukakan kerehatan

September 13, 2009 at 6:48 pm | In Buat Remaja, Motivasi Pejuang | Leave a Comment

rama

Tajuk ini seharusnya menjadi slogan kita semua untuk 10 malam terakhir Ramadhan kali ini. Diriwayatkan bahawa Aswad bin Khalid An-Nakhaie sangat bersungguh di dalam beribadah, dan berpuasa hingga tubuhnya menjadi hijau dan kekuningan akibat terlalu penat. Lalu seorang bernama Alqamah bin Qais bertanya kepadanya: Mengapa engkau menyeksa diri dengan ibadah seperti ini? Lalu dia menjawab: Sesungguhnya aku inginkan kerehatan buat tubuh ini. Dan sesungguhnya urusan ini sangat berat. Urusan ini sangat berat. Beliau pun menangis teresak-esak. Apabila ditanya mengapa bersedih? Beliau berkata: Mana mungkin aku tidak bersedih, siapakah lagi layak untuk menangis seperti ini selain aku? Jikalau Allah memberikan keampunannya kepadaku, nescaya aku akan berasa malu dengan-Nya. Kita akan sentiasa malu dengan seseorang yang pernah kita lakukan kesalahan padanya. Apatah lagi jika yang kita lakukan kesalahan ini ialah Tuhan kita?

Telah tiba hari-hari 10 akhir Ramadhan. Malam-malam yang hanya dimenangi oleh golongan yang bersungguh-sungguh sahaja. Tempoh terbatas dan boleh dibilang. Barangsiapa yang mengutamakan kerehatan, tiadalah baginya ganjaran Lailatul Qadr. Hati yang bersih dan terikat dengan Allah sahaja yang akan berjaya. Imam Syafie berkata: Disunatkan menambahkah kesungguhan pada malam-malam akhir Ramadhan. Apakah keistimewaan malam-malam ini? Continue reading Syurga bukan untuk mereka yang sukakan kerehatan…

Muslimah dibunuh di Germany, Ya Mu’tasim!!!

July 5, 2009 at 8:33 am | In Diari Al-Azhar, Isu Semasa | 5 Comments

9

Marwa El-Sherbini, mangsa sifat perkauman buas tajaan Barat yang kononnya mendabik dada sebagai jaguh keadilan sesama manusia. Hanya Islam yang mengiktiraf hak semua bangsa di dunia.

Berita terkini yang amat menggemparkan kita semua sebagai umat Islam. Seorang muslimah warga negara Mesir yang sedang hamil 3 bulan telah dibunuh oleh seorang pelampau perkauman berbangsa German hanya kerana beliau memakai tudung kepala. Menurut sumber berita, wanita tersebut, Marwa El-Sharbini telah memfailkan kes tuduhan terhadap pembunuhnya itu, Alex kerana telah memanggilnya sebagai pengganas kerana beliau memakai hijab di sebuah jalan di bandar German. Pada hari Rabu yang lalu, hakim mahkamah memutuskan bahawa muslimah tersebut telah memenangi kes yang difailkannya itu. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, lelaki itu terus menikam Marwa lalu membunuhnya. Marwa mengikut suaminya yang sedang menyelesaikan kajian beliau dalam bidang genetik di salah sebuah universiti di sini. Laporan media turut menyatakan bahawa suaminya juga ditembak secara tidak sengaja oleh pasukan polis. Berita belum dapat dipastikan samada beliau telah meninggal dunia atau masih koma.

Pembunuhan ini menjadi isu hangat bagi negara Eropah yang sedang mengalami perdebatan hangat akibat sikap mereka yang tidak adil terhadap pakaian seorang muslimah. Baru-baru ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy membuat satu kenyataan kontroversi dengan menyatakan “Niqab”(penutup muka/purdah) tidak boleh diterima di Perancis.

TURKEY PARLIAMENT

10 tahun yang lalu,  pada 3 Mei 1999, isu hijab juga telah menjadi diskriminasi oleh pihak sekular di Turki. Merve Kavakci,seorang  ahli Parlimen yang dijadualkan untuk mengangkat sumpah di hadapan speaker telah cuba dihalau keluar dari bangunan parlimen kerana memakai tudung kepala. Tudung kepala itu dianggap bertentangan dengan prinsip sebuah negara sekular yang memisahkan politik dan agama. Dengan nada tegas, wanita ini berkata “Kepalaku ditutup adalah berdasarkan iman saya, saya akan pertahankan hak saya hingga ke penghujungnya”. Golongan yang tidak memahami Islam sentiasa akan berusaha supaya dihapuskan segala lambang kewujudan Islam. Ketakutan mereka kepada Islam melebihi ketakutan seorang anak kecil pada kegelapan malam.

Malunya umat ini. Tatkala wanita muslimah dibunuh, dihina dan dikeji hanya disebabkan mereka mempertahankan suruhan Allah di dalam surah An-Nur; tiada pun tindakan berani untuk mempertahankan wanita-wanita ini. Para pemimpin semuanya lebih sibuk dengan merasmikan pertunjukan fesyen yang menghairahkan. Di mana suara umat? Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan golongan penjenayah ini lari. Bagi mereka semua azab pedih di Neraka.

Kelahiran Mujahid bernama Yahya

June 29, 2009 at 9:14 pm | In Diari Al-Azhar, Isu Semasa, Kenangan Dahulu, Motivasi Pejuang | 26 Comments

Photo-0104

Segala lafaz syukur dan rasa tawadhu kepada Allah kerana telah dikurniakan cahaya mata pertama dalam Keluarga Muslim yang telah pun berusia setahun setengah ini. Tanggal 28 Jun 2009 tepat jam 5.30 pagi, Yahya bin Shuhaib Ar-rumy telah selamat dilahirkan di Hospital Pakar At-Taufiqiah, Kaherah, Mesir dengan berat 3.5 kg. Ibu dan bayi dalam keadaan stabil dan sihat sejahtera.

Ketika saya bersekolah rendah dahulu, saya pernah membelek-belek koleksi buku dakwah ayah dan mak di rak. Saya terjumpa sebuah buku bertajuk “Bekalan di atas Jalan Dakwah (Zad ‘ala Toriq)” karangan al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur. Tatkala saya membuka muka surat pertama, ada sebuah catatan bertulis tangan berbunyi “Ku Hadiahkan buku ini untuk dua orang anakanda kesayanganku Shuhaib Ar-rumy dan Salman Al-farisi. Semoga menjadi pewaris perjuangan ini.  Daripada Ayah dan Mak”. Sedangkan tarikh buku itu dibeli adalah pada 1985, tahun yang sama saya dilahirkan. Jadi saya fahami tulisan itu adalah doa yang tersirat daripada kedua ibubapa saya untuk anak-anaknya mewarisi perjuangan dakwah yang panjang ini. Sempena kelahiran putera sulung saya ini, saya mencontohi apa yang pernah ibubapa saya lakukan. Saya menulis entri ini untuk tatapan anakanda kesayangan,Yahya bin Shuhaib Ar-rumy suatu hari nanti. Moga kelahiranmu bakal mengulangi kembali sejarah tokoh-tokoh unggul ummah yang bernama YAHYA:

1. Nabi Allah Yahya a.s:

Allah swt berfirman di dalam Al-quran : Wahai Yahya, ambillah Kitab ini dengan kuat (keazaman, teguh dan bersungguh).(12:Maryam). Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya, bahawa kuat itu bukan semata-mata kuat jasmani bahkan ia adalah kekuatan jiwa dan ruh. Usaha dan jihad untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini bukanlah kerja sehari semalam. Dakwah ini telah kita warisi daripada generasi ke generasi. Justeru, kekuatan diri dan ruh adalah unsur utama bagi pemikul risalah. Kini tibalah giliranmu wahai Yahya untuk dirimu bangkit dan menggolongkan diri bersama kelompok terpilih para pejuang. Moga maani tarbawi di dalam ayat seruan kepada Nabi Yahya ini akan menyerap segar dalam sanubarimu.

2. Yahya ‘Ayyash

hamas_ayyash

Jurutera Istisyhad bagi kebangkitan jihad di bumi barakah Palestin. Yahya ‘Ayyash adalah master-mind jihad Palestin yang telah menghidupkan kembali erti jihad dan pengorbanan serta ‘ezzah dan karamah setelah sekian lama tersungkur di meja rundingan tajaan Barat dan pengkhianat ummah. Beliau yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Birzeit, Palestin bertanggungjawab terhadap puluhan operasi istiyshad yang telah mengorbankan banyak pengganas Yahudi dan mencederakan ratusan lain daripada mereka. Sehingga kini idea yang dipelopori beliau dijadikan sebagai operasi utama oleh para mujahidin di Palestin untuk membebaskan al-Quds. Semoga anakanda Yahya menjadikan Asy-syahid Yahya ‘Ayyash sebagai model perjuangan dalam jihad mubarakah ini. Ameen Ya Rabb.

- Jazakallah kathira dan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk kesejahteraan keluarga kami. Balasan dari sisi Allah adalah sebaik-baik balasan dan ganjaran. Daripada Abu dan Ummu Yahya.

Photo-0090Photo-0102

Photo-0092

Bahaya Takabbur

May 19, 2009 at 3:39 am | In Buat Remaja, Isu Semasa, Motivasi Pejuang | 6 Comments

الكبر

Jangan merasa kita ini hebat dan lebih hebat daripada orang lain. Usah terpedaya dengan anugerah dan nikmat yang diberikan kepada kita. Semua nikmat itu akan dipersoalkan kelak di padang Mahsyar. Kehebatan kita bercakap dan berhujah bukan untuk berdebat dengan para ilmuan. Tunduklah dan rendahkan diri sesama muslim kerana kita semua bersaudara. Ilmu yang tinggi juga bukan tandanya kita mulia kerana ukuran kita hanya berdasarkan Taqwa. Sejauh mana ilmu itu benar-benar menjadikan jiwa kita takut dengan Allah swt. Hiasi ilmu dengan akhlak barulah ia mewangi semerbak haruman bunga di taman. Takabbur ada tanda-tandanya seperti penyakit lain yang ada simptomnya. Elok rawat dengan segera jika ada pada diri kita. Continue reading Bahaya Takabbur…

Saudara…Anda adalah Pemikul Risalah

May 13, 2009 at 6:53 pm | In Buat Remaja, Motivasi Pejuang | 6 Comments

Pic4287

Anda…siapakah anda? Anda adalah pemikul risalah ini. Tandamu ialah benar dan amanah. Anda hendaklah dikenali sebagai seorang yang amanah dan benar.

1. Benarmu adalah pada lidah. Jangan sesekali berdusta kerana seorang beriman bukanlah seorang pendusta. Benarmu juga adalah pada benarnya niat. Jika kamu benar (niat) kerana Allah, nescaya Allah akan membenarkan kamu. Benarmu adalah pada amalan, maka janganlah terkeluar dari manhaj syara’ yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Continue reading Saudara…Anda adalah Pemikul Risalah…

Kejayaan pasti milik kita

April 27, 2009 at 6:03 pm | In Buat Remaja, Diari Al-Azhar, Motivasi Pejuang | 5 Comments

d8a7d985d8aad8add8a7d986

Musim peperiksaan singgah kembali di bumi Mesir ini. Sudah tentu semua pelajar sibuk dengan jadual ulangkaji, study group, dan menghadiri kuliah. Nota-nota matapelajaran juga sudah mula dibelek-belek. Ada yang suka membaca pada waktu awal pagi beralasan ketika itu masa yang segar dan nyaman. Ada juga yang suka waktu selepas solat Asar dan menjadikan masjid sebagai tempat belajar. Apa pun pilihan kita, yang utama ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang di dalam bidang yang diceburi. Continue reading Kejayaan pasti milik kita…

Dengki dengan orang lain

March 17, 2009 at 12:04 pm | In Uncategorized | 73 Comments

fathi-yakan

Ustaz Fathi Yakan, Ulama Lubnan yang banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah di dunia

Ini adalah saringan bebas saya daripada buku karangan ulama Lubnan, Ustaz Fathi Yakan bertajuk “Bahtera Penyelamat”. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca.

Kadang-kadang di atas Jalan dakwah ini kita bertemu dengan gangguan daripada saudara seperjuangan. Seolah-olah mereka cuba menghentikan kita daripada beramal atas kefahaman kita yang sahih dan jelas. Mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan taktik supaya kita duduk dan menganggur. Pendek kata, mereka mahukan kita ini keluar dari Jalan yang panjang ini. Dahsyat sungguh! Continue reading Dengki dengan orang lain…

Bahtera kebenaran tetap akan berlayar

March 14, 2009 at 11:18 pm | In Buat Remaja, Diari Al-Azhar, Isu Semasa, Motivasi Pejuang | 30 Comments

dakwah2

Saya sering diberitahu oleh teman-teman tentang syubhat ataupun tuduhan yang menurutnya menimbulkan beberapa persoalan tentang kebenaran dakwah dan para pengikutnya. Saya pun mendengar serta meneliti setiap kata-kata dalam rakaman audio video maupun tulisan samada di makalah, blog ataupun email berkenaan dan mendapatinya dipenuhi dengan maklumat yang sedikit sebanyak telah menyatakan apa yang tidak pun berlaku. Penulis atau pembicara itu membuat pelbagai kata-kata berbentuk hasutan supaya manusia yang lain menjauhkan diri daripada cahaya dakwah ini. Bahkan semua itu menggambarkan seolah-olah sang pembicara memiliki satu pandangan negatif terhadap mana-mana pihak yang ingin menyumbang untuk kebaikan bersama di bumi kepunyaan Allah swt. Continue reading Bahtera kebenaran tetap akan berlayar…

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.