Di Mana Al-Mu’tasim Umat Ini?
February 29, 2008 at 12:55 pm | In Isu Semasa, Motivasi Pejuang | 1 CommentIsrael meneruskan pembunuhan kejam terhadap umat Islam di Palestin dan yang terkini 34 orang terkorban sebagai syuhada daripada Brigade Izzudin Al-Qassam dan 9 orang kanak-kanak turut menjadi mangsa kerakusan bangsa khinzir dan kera ini. Kejadian ini berlaku pada subuh 26 Februari 2008 yang lepas. Tentera pengecut ini masih belum kenyang dengan menghirup darah masyarakat awam dan anak kecil. Menambah keajaiban, dunia terus membisu seribu bahasa tanpa sebarang respon atau mengeluarkan kenyataan akhbar membidas tindakan biadap ini. Apatah lagi umat Islam seaqidah juga sepi mendiamkan diri seolah-olah peristiwa berdarah ini tidak kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka masih boleh bersuka ria dengan keseronokan. Pemuda Islam masih lagi meneguk minuman bergas “coca-cola” atau pepsi. Ubat gigi colgate juga menjadi pilihan sebagai penyegar nafas pada setiap awal pagi. Duit milik umat ini mengalir secara senyap ke tabung-tabung Yahudi Antarabangsa untuk membeli kelengkapan senjata pembunuh jiwa Muslim. Hati kita tetap keras dan sukar untuk merasai penderitaan saudara di Palestin.
Masih terdengar suara-suara yang melaungkan “Biarkan Palestin dengan urusan mereka. Kitakan bangsa merdeka dan masing-masing sudah ada garisan sempadan yang tertera di peta dunia.” Lagipun setiap rakyat sesuatu negara sepatutnya lebih berhak menentukan nasib dan masa depan mereka. Inilah antara kejayaan musuh Islam sejak Louis Ke 9 mengisytiharkan perang pemikiran dalam menghancurkan identiti Muslim. Mereka membiarkan nama sahaja Islam seperti yang tercatat dalam kad pengenalan namum akhlak dan jatidiri Islam langsung tiada dalam dirinya. Media dan akhbar bercetak digunakan sepenuhnya untuk memberikan pengertian yang salah daripada Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kalaulah dahulu pada zaman pemerintahan khalifah Al-Mu’tasim ketika seorang Muslimah dicabul kehormatannya oleh seorang lelaki yahudi,beliau mengisytiharkan perang dengan kata-katanya yang kekal dalam sejarah”Jika mereka tidak mengambil tindakan terhadap lelaki Yahudi itu, aku akan hantar batalion tentera, panglimanya di perbatasan Rom dan tentera terakhir berada di negeri ini”. Bayangkan hanya seorang Muslimah dihina!! Di manakah hilangnya keberanian umat? Bukankah kita adalah cucu kepada Khalid al-Walid dan Salahuddin Al-Ayubi?
Marilah bersama kita sumbangkan apa sahaja yang kita mampu untuk membantu meringankan bebanan mereka. Berikut adalah beberapa cadangan daripada saya yang boleh kita lakukan bersama:
1. Hiaskan rumah kita dengan gambar Al-quds sekurang-kurangnya satu. Jadikan seisi keluarga mengenali dan menatapi al-Aqsa setiap hari dalam hidup kita.
2. Adakan pertemuan bulanan sekeluarga dan bincangkan isu terkini tentang Palestin bersama. Libatkan anak-anak dan ahli rumah. Kongsikan maklumat yang kita miliki supaya dapat dimanfaatkan.
3. Doa,doa dan doa. Inilah senjata orang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat. Sesungguhnya doa kita sangat bermanfaat untuk rakyat Palestin dan pejuang di jalan Allah. Ya Allah teguhkan pendirian mereka, kuatkan keazaman mereka dan pandulah mereka ke arah kebaikan. Ya Allah Yang memiliki Arasy yang agung, tepatkan tembakan mereka dan kurniakan kemenangan rabbani dari sisi Mu. Ya Allah yang memiliki segala tentera di langit dan bumi, bantulah mereka dengan pertolongan tentera-tenteraMu.
Semoga Allah swt memberikan kita kesempatan untuk melakukan solat 2 rakaat di perkarangan Al-Aqsa kerana pahalanya menyamai 500 kali solat.
1 Comment »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.


Semangat mendengar lagu Merah Saga dari SH. Bebaskan Palestine. Kena boikot KFC, IBM/Lenovo
Comment by ilmu — March 16, 2008 #