Kelahiran Mujahid bernama Yahya
June 29, 2009 at 9:14 pm | In Diari Al-Azhar, Isu Semasa, Kenangan Dahulu, Motivasi Pejuang | 26 Comments
Segala lafaz syukur dan rasa tawadhu kepada Allah kerana telah dikurniakan cahaya mata pertama dalam Keluarga Muslim yang telah pun berusia setahun setengah ini. Tanggal 28 Jun 2009 tepat jam 5.30 pagi, Yahya bin Shuhaib Ar-rumy telah selamat dilahirkan di Hospital Pakar At-Taufiqiah, Kaherah, Mesir dengan berat 3.5 kg. Ibu dan bayi dalam keadaan stabil dan sihat sejahtera.
Ketika saya bersekolah rendah dahulu, saya pernah membelek-belek koleksi buku dakwah ayah dan mak di rak. Saya terjumpa sebuah buku bertajuk “Bekalan di atas Jalan Dakwah (Zad ‘ala Toriq)” karangan al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur. Tatkala saya membuka muka surat pertama, ada sebuah catatan bertulis tangan berbunyi “Ku Hadiahkan buku ini untuk dua orang anakanda kesayanganku Shuhaib Ar-rumy dan Salman Al-farisi. Semoga menjadi pewaris perjuangan ini. Daripada Ayah dan Mak”. Sedangkan tarikh buku itu dibeli adalah pada 1985, tahun yang sama saya dilahirkan. Jadi saya fahami tulisan itu adalah doa yang tersirat daripada kedua ibubapa saya untuk anak-anaknya mewarisi perjuangan dakwah yang panjang ini. Sempena kelahiran putera sulung saya ini, saya mencontohi apa yang pernah ibubapa saya lakukan. Saya menulis entri ini untuk tatapan anakanda kesayangan,Yahya bin Shuhaib Ar-rumy suatu hari nanti. Moga kelahiranmu bakal mengulangi kembali sejarah tokoh-tokoh unggul ummah yang bernama YAHYA:
1. Nabi Allah Yahya a.s:
Allah swt berfirman di dalam Al-quran : Wahai Yahya, ambillah Kitab ini dengan kuat (keazaman, teguh dan bersungguh).(12:Maryam). Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya, bahawa kuat itu bukan semata-mata kuat jasmani bahkan ia adalah kekuatan jiwa dan ruh. Usaha dan jihad untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini bukanlah kerja sehari semalam. Dakwah ini telah kita warisi daripada generasi ke generasi. Justeru, kekuatan diri dan ruh adalah unsur utama bagi pemikul risalah. Kini tibalah giliranmu wahai Yahya untuk dirimu bangkit dan menggolongkan diri bersama kelompok terpilih para pejuang. Moga maani tarbawi di dalam ayat seruan kepada Nabi Yahya ini akan menyerap segar dalam sanubarimu.
2. Yahya ‘Ayyash

Jurutera Istisyhad bagi kebangkitan jihad di bumi barakah Palestin. Yahya ‘Ayyash adalah master-mind jihad Palestin yang telah menghidupkan kembali erti jihad dan pengorbanan serta ‘ezzah dan karamah setelah sekian lama tersungkur di meja rundingan tajaan Barat dan pengkhianat ummah. Beliau yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Birzeit, Palestin bertanggungjawab terhadap puluhan operasi istiyshad yang telah mengorbankan banyak pengganas Yahudi dan mencederakan ratusan lain daripada mereka. Sehingga kini idea yang dipelopori beliau dijadikan sebagai operasi utama oleh para mujahidin di Palestin untuk membebaskan al-Quds. Semoga anakanda Yahya menjadikan Asy-syahid Yahya ‘Ayyash sebagai model perjuangan dalam jihad mubarakah ini. Ameen Ya Rabb.
- Jazakallah kathira dan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk kesejahteraan keluarga kami. Balasan dari sisi Allah adalah sebaik-baik balasan dan ganjaran. Daripada Abu dan Ummu Yahya.



26 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
Burika laka fil mauhub wa syakartal wahib wa ruziqta birrah ….
Semoga dia bakal menjadi pewaris Dakwah ini….
Comment by Abu Hamzah — June 29, 2009 #
Salam..
comelnye baby Yahya.
mudah2an,rijal yg baru lahir ini dapat menjadi pewaris risalah suatu hari nanti.
Comment by Munawwar — June 29, 2009 #
[...] Ada post khas untuk Yahya bin Shuhaib Ar-Rumy kat sini [...]
Pingback by Balik Malaysia? « .:: | Segalanya Bermula Dari SATU | ::. — June 29, 2009 #
tahniah di atas kelahiran mujahid muda ini..
semoga keluarga ustaz sentiasa bahagia dgn keberkatan Ilahi..
Comment by Encik Penulis — June 30, 2009 #
Barakallahu fikum.
Moga Yahya benar-benar menjadi penyeri Abu dan Ummu nya.
.. dan mewarisi perjuangan yang bukan bermula dari kita dan takkan berakhir dgn matinya kita ini.
Tumpang gembira;
~Syahrul Fitri,
Adelaide Asutralia
Comment by musafir — June 30, 2009 #
Tahniah akhi suhaib atas kelahiran anak pertama ini..
Semoga yahya menjadi yahya ‘ayyash suatu hari nanti.
Comment by Hazim Azhar — June 30, 2009 #
Tahniah buat al-akh ustadz Shuhaib dan zaujah atas kelahiran pewaris ummat bernama Yahya ini..salam dari Malaysia..:)
Comment by ibnu_jamalludin — June 30, 2009 #
Mabruk alaikuma ya Ust Shuhaib dan Ustzh Uswah..
semoga beliau bakal menjadi pejuang Agama Mulia ini, amin ya rabb…
Comment by mukmin — June 30, 2009 #
Syukran kepada semua. Moga kita semua menjadi mata-mata rantai kepada perjuangan ini. Insya Allah
Comment by arrumy — June 30, 2009 #
tahniah kpd akh shuhaib..moga2 yahya menjadi salah seorg drpd rijal kpd deen Allah ini..insyAllah..
Comment by faris_epoh — June 30, 2009 #
Barakallahu lakum, semoga membesar menjadi anak yg soleh dan mujahid sejati. Dan semoga akhi dan isteri menjadi parents mithali
Comment by Zainal — June 30, 2009 #
“Bangunmu esok menjadi pejuang mujahid sepanjang zaman”
Alf mubarak ya, ust shuhaib dan isteri. Nanti kami datang ziarah.
Comment by bilal_jailani — June 30, 2009 #
Kelahiran yang dinanti bagi menyambung perjuangan Ayahanda dan Ibundanya..Paling diseru adalah perjuangan Islam dalam menyebarkankan risalahNya..
Tahniah buat anda suami isteri…kami warga Tanta mendoakan yang terbaik buat anda.
Comment by Cendawan — June 30, 2009 #
salam. mabruk !!
Comment by suhailsufian — July 1, 2009 #
Tahniah, alf mabruuk ya akh.
Comment by tintataghyir — July 1, 2009 #
salam ust..
tahniah..kami di alex tumpang gembire
Comment by din — July 1, 2009 #
Kepada Zainal dan Din,
Kirim salam ana kepada ikh di Alex. Jemput datang lepas exam nanti. Bittaufeq wan Najah.
Comment by arrumy — July 4, 2009 #
alf mabruk buat kak uswah+akh shuhaib!
~stam @ smah batch 2007
Comment by Lina — July 2, 2009 #
Mabruuk akhi..
Comment by abufarhat — July 2, 2009 #
alang : alhamdulillah… anak buah y prtama.
: tahniah byk2.
: nak pegi sane, nak dukung…
Comment by hasanhalim — July 4, 2009 #
salam..
mabruk ust.shuhaib
mintak2 la duk lama sikit kat sana biar anak pandai cakap arab.
Comment by al-aslami — July 5, 2009 #
Jazakamullah pada semua. Yahya sekarang semakin besar dan sihat. Doakan
Comment by arrumy — July 5, 2009 #
alf mabruk dari ana, zayd umair
p/s-doakan ana dpt peluang ke mesir nnt, insya allah. =)
Comment by ibnzakaria — July 10, 2009 #
TAHNIAH…BARAKALLAHUFIK..(AYAT UMMI) CUMEL ANAK ENTA YA SHUHAIB,KENAPA NAMA SIMPLE SGT?APAPUN SEMOGA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH!!
Comment by epi — July 11, 2009 #
بورك في الموھوب وشكرت الواھب وبلغ أشده ورزقت بره
“Burika fil mauhub, wa syakartal wahib, wa balagha asyuddahu, wa ruziqta birrahu”.
-Abu Khaulah sekeluarga-
Comment by Addin — August 24, 2009 #
Tahniah..!!
Barakallahu lakuma ya akh shuhaib n ukht uswah.
cpt2 besar ya yahya..(“,) ~ayyash~
Comment by ayyash — August 28, 2009 #