Semuanya Bermula Dengan Iman

June 12, 2007 at 3:31 pm | Posted in Motivasi Pejuang | Leave a comment

Persoalan tauhid adalah tujuan utama perutusan para Anbiya di atas muka bumi ini. Meskipun setiap Rasul diutuskan pada zaman tertentu dan suasana masyarakat yang berbeza tetapi tujuan perjuangan mereka tetap sama …menyeru semua manusia mengabdikan diri kepada Tuhan yang Esa.

Di zaman yang serba canggih dan perkembangan tamadun manusia yang semakin jauh daripada nilai-nilai murni, kita dapati hanya Iman yang mampu menyelesaikan segala kekusutan ini.

Kita perlukan sesuatu sebagai perangsang untuk melakukan apa-apa perbuatan. Seorang peniaga menjadikan keuntungan, harta yang melimpah ruah dan segala keindahan duniawi sebagai perangsang baginya. Dia sanggup berpenat lelah sehinggakan tidak tidur malam semata-mata mahu menikmati semua itu. Seorang pelajar yang mengimpikan kecemerlangan dalam pengajian menjadikannya sebagai perangsang untuknya mengorbankan masa rehat. Baginya nilai kejayaan lebih berharga dan lazat daripada kerehatan yang sementara itu.

Oleh yang demikian, saya juga berpendapat seorang muslim memerlukan perangsang atau daya penolak supaya dirinya dapat menjalankan tugas sebagai Khalifah di atas muka bumi ini. Satu tugas yang ditolak oleh langit dan bumi kerana beratnya amanah tersebut. Dan saya menyatakan bahawa hanya IMAN yang mampu menjadi perangsang tersebut.

Jika kita sama-sama menyemak seerah Rasulullah saw, akan kita dapati bahawa kewajipan solat lima waktu disyariatkan setahun sebelum Hijrah. Puasa pula diwajibkan pada tahun ke 2 Hijrah iaitu setelah 2 tahun Rasulullah saw dan para sahabat berada di Madinah. Tetapi kewajiban yang pertama disyariatkan kepada umat Islam ialah Qiamullail. Lihatlah terjemahan surah Al-Muzammil untuk menghayati rahsia yang terkandung dalam arahan Allah swt ini. Para sahabat bersama-sama Rasulullah saw menjalankan ibadah qiamullail hampir selama setahun sehinggalah Allah swt menasakhkan hukum wajib ini dan ditukar menjadi sunat. Kenapa tidak diwajibkan solat? Kenapa tidak diharamkan arak dan khamar? Aisyah ra pernah berkata: “Kalaulah ayat pertama diturunkan kepada Quraisy ialah pengharaman khamar(arak), nescaya mereka tidak akan meninggalkannya untuk selama-lamanya”.

Ini kerana jiwa manusia ketika itu tidak bersedia untuk arahan-arahan seperti itu. Jiwa manusia umpama tanah. Ia perlu digembur agar subur dan mudah untuk dicucuk tanam. Tanah yang kering kontang sekalipun disirami hujan lebat tidak mampu untuk menghasilkan pokok yang baik kerana keadaannya tidak begitu mengizinkan. Begitu jiwa manusia ia perlu ditarbiyyah dengan ibadah yang melembutkan hati, melinangkan air mata, menusuk kalbu agar mudah menerima apa sahaja syariat daripada Allah swt. Lihat sahaja kisah keislaman Umar yang dahulunya pernah dikatakan: ” Jika mahu melihat Umar memeluk Islam, tunggulah keldainya terlebih dahulu memeluk Islam”, menandakan mustahilnya perkara itu untuk terjadi. Tetapi oleh kerana ayat-ayat Makiyyah diturunkan dengan khusus untuk merawat jiwa manusia, tatkala Umar membaca beberapa ayat daripada surah Ta Ha dia terus memeluk Islam dan bersedia menjadi salah seorang pembela Muhammad saw.

Dengan IMAN kita mulakan.

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: