Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

October 18, 2007 at 2:25 pm | Posted in Diari Al-Azhar, Motivasi Pejuang | Leave a comment

Keheningan pagi dimeriahkan dengan alunan Takbir membesarkan Tuhan Yang Maha Esa merupakan suasana yang berulang-ulang tatkala kita menyambut kemenangan sebulan berpuasa. Dengan ini dinamakan ‘Eid’ yang bermaksud sesuatu perkara yang berulang-ulang kerana Hari Raya disambut pada setiap tahun menandakan kesyukuran kita kepada Allah swt.

Semoga Allah menerima semua amalan kebaikan kita yang dilakukan sepanjang Ramadhan yang penuh keberkatan itu. Semoga kita sentiasa berada di atas janji kita dengan Allah swt untuk melakukan kebaikan dan ketaatan pada setiap masa dan tempat. Kita mengabdikan diri kepada Tuhan Ramdhan bukannya kepada Ramadhan. Kita masih lagi rindukan 10 hari Rahmah, 10 hari Maghfirah dan 10 hari Pembebasan dari Neraka. Berlalunya bulan Al-quran dan tilawah, bulan kemahuan dan sabar, bulan zikir dan sedeqah. Dia pergi membawa semua hidangan rabbani yang dilimpahi cahaya dan iman, suara-suara istighfar di waktu sahur, sujud yang panjang di malam hari dan siang yang dipenuhi pahala dan ganjaran.

Namun, muslim yang sejati masih lagi teguh dengan janjinya kepada TuhanNya. “وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت” (Dan aku masih di atas sumpah setia dan janji kepadaMu sedaya yang aku mampu). Kalimah yang diulang-ulang oleh Rasulullah saw dalam zikir Sayidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Inilah tarbiyah baginda kepada generasi sahabat, lalu mereka hidup beribadah sepanjang Ramdhan dan jua pada bulan selain Ramadhan. Mereka menuju kepada Allah dengan penuh rindu dan asyik mengejar keampuananNya. Inilah janji setia mereka yang hatinya disinari dengan iman yang bergemerlapan, jiwa yang diisi dengan Al-quran, lidah yang basah dengan lafaz zikir, mereka bangkit setelah tersedar daripada lena yang panjang.

Inilah janji bagi mereka yang hatinya sudah terikat rapat dengan masjid, badan yang tunduk ruku’ dan sujud kepada Yang Maha Agung. Mereka yang tenang berzikir di rumah-rumah Allah. Lalu mereke teruskan amalan solat jamaah di masjid pada bulan-bulan lain. Mereka gemarkan sahabat-sahabat yang soleh, majlis-majlis ilmu dan sangat mengambil berat tentang biah solehah (persekitaran yang baik) yang akan membantu mereka untuk melakukan kebaikan.

Inilah janji bagi mereka yang telah berpuasa selama 30 hari Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan hati yang tulus. Maka dengan itu, mereka jadikan seluruh amalan mereka selepas Ramadhan hanya kerana Allah semata-mata. Belajar, tugasan di pejabat, pergaulan dengan masyarakat dan semuanya hanya kerana mengharapkan redha Allah swt.

Ya Allah, Engkau telah kurniakan kami kekuatan dan kemampuan untuk berpuasa sepanjang Ramadhan dengan menahan diri daripada perkara-perkara haram, makan bantulah jiwa dan anggota tubuh ini menahan diri daripada perkara haram dan maksiat pada bulan-bulan lain.

Ya Allah, Engkau telah berikan kami keteguhan berdiri di belakang imam meskipun bacaan yang panjang dalam solat tarawih dan tahajud,Engkau telah tetapkan kaki kami berdiri berjam-jam semasa bertahajud di malam-malam Ramadhan, maka jangan Kau lenyapkan pahala kami untuk solat berjamaah di masjid pada bulan-bulan lain. Mudahkan kami untuk bertahajud pada bulan-bulan lain kerana ia adalah kemuliaan seorang mukmin.

Ya Allah, Engkau telah ringankan lidah ini untuk membaca Al-Quran sepanjang Ramadhan dan kami mampu untuk khatam lebih daripada sekali, maka bantulah kami untuk jadikan Al-Quran sebagai rakan karib, dan jangan jadikan kami daripada kalangan mereka yang meninggalkan Al-Quran dan mudahkan kami untuk membaca, menghafal, mentadabur dan mendengar Al-Quran.

Ya Allah, Engkau telah memahamkan kami bahawa sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling bermanfaat untuk orang lain, kami telah berkhidmat untuk masyarakat sepanjang Ramadhan, maka teruskan kami untuk berkhidmat kepada mereka pada bulan-bulan lain.

 Allahumma ameen.

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: