Persaudaraan dan menyucikan hati daripada perasaan benci

November 24, 2007 at 12:45 pm | Posted in Motivasi Pejuang | 2 Comments

ukhuwah.jpg 

Umat ini tidak mampu untuk terus mengahadapi cabaran dunia ini sehinggalah kita saling berkasih sayang antara satu sama lain. Allah swt telah memberitahu awal bahawa kita tidak akan berubah selagimana kita sendiri yang melakukan perubahan tersebut. Ini adalah Hukum Kesatuan. Pernahkah anda bayangkan sikap kita sesama muslimin sekiranya Allah menganugerahkan kemenangan kepada kita? Takut-takut ketika itu kita saling bermusuhan dan benci-membenci antara satu sama lain. Muslim di Iraq dan Kuwait mungkin merasa tidak sedap hati sesama mereka. Dahulunya kita pernah membiarkan saudara kita di Palestin bersendirian menanggung tekanan oleh Israel. Kita menyangka bahawa mereka sepatutnya menanggung seksaan tersebut kerana mereka sendiri yang menjual tanah-tanah mereka kepada Israel. Kini, barulah kita sedar semua itu adalah pembohongan besar. Kita melihat dengan jelas di kaca televisyen segala kezaliman dan penderitaan yang menimpa mereka; rumah dirobohkan, bayi kecil dibunuh dan seribu satu penganiyaan lagi. Tidakkah semua ini mengetuk hati nurani kita untuk merasa sedih dan hiba? Seorang muslim yang benar tulus keimanannya kepada Allah swt tidak mampu menahan kepedihan emosi tatkala melihat saudara seaqidahnya diperlakukan seperti haiwan yang tidak berakal. Sebak….pilu….marah….itu semua perasaan yang menguasai fikirannya dan seterusnya diterjemahkan dalam langkah praktikal.

Dalam perang Uhud yang menyaksikan korban syuhada di kalangan tentera Islam seramai 70 orang, berlaku suatu peristiwa yang sangat menakjubkan. Setelah selesai peperangan dan kedua-dua pihak mengira jumlah kematian dan kerugian, Rasulullah saw melaung dengan suara yang kuat dicelah-celah jasad para syuhada:”Di mana Amru bin Jamuh dan Abdullah bin Haram?!!” Para sahabat pelik lalu bertanya kenapa, maka baginda menjawab: “Tanamkan kedua-dua mereka bersama kerana mereka di dunia saling berkasih sayang kerana Allah. Biarkan mereka dikebumikan bersama”. Lihat betapa Islam menekankan tentang persaudaraan yang berasaskan cinta kerana Allah swt.

Salah satu golongan yang mendapat perlindungan Allah swt kelak pada hari Kiamat ialah dua orang yang saling berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah. Inilah balasan baik daripada Allah swt kepada hamba-hambaNya yang bersaudara tanpa melihat kepada nasab tetapi kepada iman yang tinggi.

Mari kembalikan ruh persaudaraan dalam ummah ini. Ia merupakan benteng kukuh daripada serangan musuh Islam dan dengannya kita memperoleh keampunan Allah swt. Ayuh kita maafkan kesalahan di antara kita dan kuatkan simpulan kemesraan ini. Mari bersama kita bersihkan segala sangka buruk yang bersarang dalam hati ini dan dengan itu Allah swt akan memberikan kemenangan bagi umat ini.

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. aiwah…ustazz

  2. assalamualaikum..syeikh ar-rumy..
    ni hadi ni..
    kalo anta igt time smah ipoh dlu..
    ape khabar anta sekang??
    hehe…
    ana nak mintak kebenaran copy artikel ni leh x..??
    nak masukkan dalam buletin balai islam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: