Gunung Ledang-siri 1

December 17, 2007 at 9:26 am | Posted in Kenangan Dahulu, Motivasi Pejuang | 5 Comments

ledangsunrise_feat.jpg

Tatkala duduk-duduk melihat keindahan permandangan petang di bandar Kaherah ini, tiba-tiba fikiran saya teringat kenangan di zaman sekolah menengah dahulu. Memang terlalu banyak cerita-cerita menarik di waktu sekolah cuma yang ingin saya kongsikan di sini ialah kenangan mendaki Gunung Ledang pada tahun 2003. Meskipun sudah hampir 4 tahun sudah berlalu, tapi segala peristiwa itu masih jelas di bayangan mata.

PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN

Ekspedisi mencabar ini merupakan aktiviti luar yang pertama kali dianjurkan oleh sekolah dalam bentuk pendakian. Sewaktu mendengar pengumuman tentang ekspedisi ini oleh pengetua ketika itu, Ustaz Muhd. Rusdi Alias saya begitu teruja dan bersemangat dan peluang seperti ini biasanya tidak akan berulang. Program ini telah diadakan khusus untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Memandangkan bilangan peserta seramai 100 orang, pihak sekolah telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan seramai 10 orang dan perlu merancang persediaan sebelum pendakian daripada aspek peralatan,makanan,organisasi kumpulan,keselamatan dan kesihatan. Semua ini adalah bertujuan melatih sifat kepimpinan dan pengurusan organisasi. Saya teringat kumpulan kami menghadapi masalah penginapan kerana tiada khemah yang mencukupi. Untuk makluman, pihak sekolah tidak akan menyediakan khemah untuk kami jadi kami perlu mencari sendiri. Hampir-hampir kami berputus asa tapi mujur ada ahli kami yang berusaha dan berjaya mendapatkan khemah tersebut. Sehari sebelum hari bertolak, saya dan sahabat saya Abd Adzim(sekarang di Akademi Tentera) pergi ke bandar Klang untuk membeli beberapa peralatan mendaki. Di Klang ada kedai khusus yang menjual peralatan seperti ini. Pada awalnya saya bercadang untuk membeli sesuatu tapi apabila sampai di kedai, harga yang tercatat pada barangan tersebut tidak mampu dibeli oleh pelajar seperti saya. Agak mahal!! Abd Adzim(berjiwa tentera) tidak seperti saya, dia berjaya mendapatkan pisau “rambo” idamannya sambil berkata “Dengan pisau pun dah cukup”. Selepas itu kami pergi membeli makanan sebagai bekalan semasa pendakian nanti seperti tin tuna, mee segera (makanan asasi di puncak gunung!), chocolate bar (sangat penting untuk tenaga), air mineral dan sedikit makanan ringan. Kalaulah nak naik gunung pun kita dah merancang sedemikian teliti, bagaimana pula jika kita ingin tegakkan agama ini dalam kehidupan. Sebagai pengajaran kita dapat ambil; apa jua amal dan kerja yang ingin kita lakukan memerlukan perancangan yang sangat teliti dan tersusun. Semakin besar sesuatu kerja, semakin teliti perancangan yang perlu dilakukan oleh kita. Apatah lagi usaha untuk membangunkan kembali tamadun ummah yang sedang tenat ini. Lebih-lebih lagi kita perlukan satu planning yang efektif dan praktikal untuk menjadikan Islam sebagai Deen di atas muka bumi ini.

5 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. gunung ledang..satu kenangan yg indah.

  2. satu pengajaran yg sgt baik.. dari satu perkemahan..

    jazakallahukhairan ye akh..

    x pernah terfikir..

    anyway, ana pernah pi mendaki gunung ledang jugak😉

  3. Gunung ledang,tmpt yg TIDAK melelahkan..
    Selamat pengantin baru

  4. pendakian gunung ledang memang pengalaman yang menarik dan takkan dilupakan…

    perancangan memang menjadi batu asas kpd perjalanan kerja kita =)

  5. It’s difficult to find well-informed people for this topic, but you sound like you know what you’re talking
    about! Thanks


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: