Peperiksaan di Al-Azhar Asy-syarif

January 18, 2008 at 7:10 pm | Posted in Diari Al-Azhar | 3 Comments

20061031224622_dsc_5295.jpg

Suasana di dalam Masjid Al-Azhar

Baru sahaja selesai menduduki imtihan(exam) fasa satu di Azhar. Empat madah kali ini; Tafsir ayat hukum, fiqh masakini, bahasa arab dan tauhid. semuanya dapat dijawab dengan baik. Semoga Allah memberikan kejayaan. Pada pandangan saya, sistem pengajaran di Azhar sudah semakin baik. Biasanya kami di sini akan mencari muqarar bila imtihan makin dekat. kat situ doktor(lecturer) akan cakap apa yang mahzuf, apa yang muqarrar. muqarar maksudnya tajuk-tajuk yang akan masuk dalam imtihan. mahzuf pula bererti tajuk yang tidak perlu dibaca ketika ulangkaji. Ini sudah membantu kami untuk mengulang kaji. apatah lagi, sekarang agak mula menjadi trend untuk doktor membantu lagi dengan memberikan contoh-contoh soalan yang akan keluar dalam imtihan. ini menjadikan kami lebih bersedia untuk menghadapi imtihan. jadi saya anggap ini sudah banyak mebantu. Tinggal nak faham dan hafal. Saya sangat kurang bersetuju dengan sikap segelintir pelajar yang suka menyerah kalah sebelum berusaha. Awal-awal dah cakap susah. Doktor cakap guna bahasa ammi, sistem kelam;kabut dan macam-macam lagi alasan. Tapi saya tengok mereka ini langsung tidak berusaha. Nak datang Azhar untuk apa? Kejayaan mesti dibayar dengan kepayahan baru terasa manis. Binalah kejayaan untuk umat!!!

Lagi satu yang menarik pada musim imtihan ialah ramai orang demam. Sebab sekarang mesir dalam musim syitak(winter). Jadi ramai pelajar kita tidak tahan dengan cuaca sejuk yang mencecah 10 celcius. selsema tu biasa. batuk pun dah jadi irama sampingan masa study. Tapi yang teruk sikit ialah demam. maca-macam jenis demam. ada yang kena angin sejuk terus demam. ada juga yang menggigil. Elok juga kepada mereka ni pakai difayah(heater) dalam rumah. Panas sikit bilik dan lagi selesa nak belajar. Jangan sebab kesihatan menghalang kita untuk berjaya dengan sebaiknya.

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. seronok membaca pengalaman belajar di sana.🙂

  2. salam..
    sy dh lama simpan impian nk bljr kt mesir dlm bidang agama..
    tp takdir menentukan sy di bidang sains dan study kt malaysia je..
    em..
    arini belajar dua prkataan baru muqarrar n mahzuf..
    thanks
    cite la lg psl suasana study kt sana n bi’ah y ada kt sana..
    teringin sgt nk tau suasana kt bumi kinanah tu.

  3. Bez jga dgr sal cite 2.tingin n tggu nk pegi jek..tpi tahla nk hdapi suasna yg mencbra kt sne 2..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: