Isu terkini di Gaza

January 19, 2008 at 9:18 am | Posted in Uncategorized | 4 Comments

a1.jpg 

Semasa saya sedang menulis entri ini, angka bilangan rakyat Palestin yang gugur terkorban sudah hampir mencecah 34 orang dalam tempoh 72 jam. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama syuhada yang lain. Israel melancarkan serangan bertali arus ke atas Gaza salah satu wilayah di Palestin. Serangan yang sudah berlangsung hampir 3 hari itu dilaksanakan serentak dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat ke Israel. Meskipun sidang damai Annapolis baru sahaja berlalu, pakatan musuh Allah ini sekali lagi melanggar semua butiran perjanjian mereka. Tidakkah ini cukup untuk membuktikan bahawa jalan perdamaian dengan Israel adalah mustahil?  Mereka memberi alasan untuk memusnahkan lokasi yang disyaki sebagai pusat operasi pengganas sedangkan semua sasaran mereka ialah warga awam dan kanak-kanak termasuk kaum tua. Bahkan serangan kali ini menggunakan senjata pemusnah seolah-olah mereka berhadapan dengan satu kekuatan musuh yang amat hebat.  Semalam, mereka telah menyerang bangunan pejabat Kementerian Luar Palestin yang turut mengorbankan beberapa orang yang sedang mengadakan majlis keraian bersebelahan dengan bangunan tersebut.

Saya menyeru kepada semua muslim untuk membantu dalam apa jua cara. Rasakan penderitaan saudara kita di sana. Bayangkan sekiranya ahli keluarga kita sendiri yang terbunuh! Apakah perasaan kita ketika itu? Senyum sambil bergelak ketawa? Sudah tentu tidak. Hadiahkan doa peneguh buat semua pejuang yang sedang berdepan dengan musuh Islam itu. Semoga Allah membimbing mereka ke arah ketenangan dan aman. Doa adalah senjata muslim.

Israel isytihar penguasaan terhadap beberapa penempatan berdekatan Masjidil Aqsa

Kerajaan Israel telah mengeluarkan arahan untuk menguasai penempatan berdekatan dengan Tembok Buraq untuk dijadikan tempat ibadat mereka. Berita ini sudah cukup untuk membuatkan jiwa kita semakin tidak tenteram. Masjid lokasi Isra Mikraj kini semakin diancam bahaya. Kalaulah umat Islam masih lagi lena dibuai godaan dunia, apakah nasib al-quds nanti? Ayuh kita semua bangkit dan membela Palestin. Mulakan hari ini dengan mengikuti setiap perkembangan berita tentang Palestin. Jadikan laman web Palestin sebagai bacaan harian ketika melayari internet. Sediakan tabung di rumah masing-masing khusus untuk Palestin. Hiasilah tabung tersebut dengan kreativiti masing-masing. Salurkan duit yang terkumpul melalui badan-badan rasmi yang menjadi wakil pertubuhan kemanusiaan di Palestin seperti Aman Palestin. Bantulah! Anda mampu melakukannya.

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Salam alaik..salam ukhuwwah dari Malaysia (Australia?)🙂

  2. allahumma unsurna!!!

  3. baarakallahulakuma wa baaraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma sakinah, mawaddah, warahmah, wa jam’akuma fi khair

    paka, terengganu, malaysia

  4. salam. afwan jus nak congratulate sahabat lama&baik, kenalan lama…banyak kenangan bersama. tak de entri pasal aqad ntum ke?…afwan ana sumbat kat sini je ye….
    ala kulli hal,..tahniah..selmat pengantin baru..selamat menempuh gerbang perkahwinan..ini baru permulaan..sabar dan thabatlah atas jalan yang pilih ketika nikah…

    dalam kenangan kita kutip pedoman, dari pengalaman kita belajar tentang kehidupan

    hadi mahdi muhtadi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: