Di Mana Al-Mu’tasim Umat Ini?

February 29, 2008 at 12:55 pm | Posted in Isu Semasa, Motivasi Pejuang | 2 Comments

imgy7.jpg

Israel meneruskan pembunuhan kejam terhadap umat Islam di Palestin dan yang terkini 34 orang terkorban sebagai syuhada daripada Brigade Izzudin Al-Qassam dan 9 orang kanak-kanak turut menjadi mangsa kerakusan bangsa khinzir dan kera ini. Kejadian ini berlaku pada subuh 26 Februari 2008 yang lepas. Continue Reading Di Mana Al-Mu’tasim Umat Ini?…

Walimah yang penuh ceria

February 28, 2008 at 10:14 pm | Posted in Diari Al-Azhar | 6 Comments
img_0033.jpg

Selepas hampir dua minggu saya dan isteri menjalani hidup berumah tangga, majlis walimah atau kenduri kahwin pun dilangsungkan menepati sunnah Rasulullah saw “Laksanakanlah walimah walaupun dengan seekor kambing”. Majlis walimah amat dituntut sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah swt yang telah menemukan hati dua insan dengan cara syarak. Juga sebagai pengisytiharan rasmi kepada masyarakat bahawa pasangan ini telah diikat secara sah sebagai suami isteri supaya mengelak prasangka dan salah faham. Begitulah telitinya Islam menjaga keharmonian ummat dan menjamin kehormatan maruah seseorang individu dan sesebuah keluarga. Continue Reading Walimah yang penuh ceria…

Salam Daripada Pengantin

February 25, 2008 at 4:26 am | Posted in Biografi, Diari Al-Azhar | 1 Comment

Syukran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pernikahan kami berdua. Tarikh 1 februari 2008 merupakan detik berharga dalam hidup saya dan pasangan tercinta, Uswah Hasanah binti Abdul Halim. Meskipun berlaku sedikit kelam kabut pada saat-saat akhir sebelum bermula akad nikah, akhirnya Allah swt memudahkan jua urusan hambaNya selagimana hamba itu menyerahkan sepenuhnya urusan kepada Tuhan Sekalian Alam. Masjid Salam yang terkenal di kalangan pelajar Malaysia yang tinggal di  Nasr City di Cairo menjadi tempat pilihan untuk akad nikah berlangsung. Pada mulanya kami sekadar menjemput teman rapat untuk menghadiri majlis itu, tetapi terkejut tidak terkata apabila tetamu yang datang hampir mencecah angka 150 orang. Mereka datang dari seluruh muhafazah(wilayah di Mesir) dari Dumyat dan Alexendria hinggalah dari Syubra Kheimah. Jazakumullah Khaira Kathira. Pagi Jumaat yang agak cerah itu dengan cuaca yang amat baik seolah-olah turut sama meraikan kegembiraan kami. Segalanya berjalan lancar dan saya amat tenang pada hari itu. Lafaz akad nikah diucapkan dengan sekali lafaz dan bersyukur kepada Allah atas pertolonganNya serta memohon panduan daripadaNya. Setelah bergelar suami isteri yang sah secara syarak, ucapan tahniah dan mabruk pun datang menghujani diri ini. Tiada lafaz mahupun kata-kata yang mampu diucapkan selain Alhamdulillah.

Terima kasih kepada kedua ibubapa kami, Selamat bin Talib dan Rokiah binti Aziz serta Haji Abdul Halim bin Abdullah dan Hajah Fariza binti Ibrahim kerana merestui dan memberi sokongan padu kepada kedua-dua anakmu ini. Semoga Allah menempatkan kalian di Syurga FirdausNya. Juga tidak lupa kepada semua sanak-saudara dan kaum kerabat yang terdekat, minta maaf kerana tidak mengadakan majlis di bumi Malaysia tapi tentu ada hikmah yang tersirat. Insya Allah jika diizinkan kita bertemu, tentunya pertemuan itu akan menjadi seindah-indah peristiwa dalam hidup ini. Seterusnya kepada semua kawan-kawan kami yang menjadi ganti sanak saudara di perantauan ini, yang telah bertungkus lumus menyediakan juadah serta lauk pauk, menghias dewan dan bilik pengantin, dan semua kerja-kerja yang menjadikan majlis kami berdua berjaya dengan gemilang. Semoga Allah swt membalas dengan Syurga. Ameen Ya Rabb

 Bersambung….

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.