Berjuang ibarat Singa Garang

May 11, 2008 at 9:36 am | Posted in Motivasi Pejuang | 1 Comment

 

Ini adalah kisah yang diceritakan oleh Al-Marhum Ustaz Muhamad Hamid Abu Nasr Mursyid Ikhwan Muslimin pada tahun 1992 dalam satu pertemuan dengan anggota-anggota IM di sebuah wilayah. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua masyarakat di situ kerana telah melahirkan sebuah peribadi pahlawan yang beliau ibaratkan Singa Dakwah. Peribadi itu ialah Al-Haj Sa’d Lashin. Semoga Allah memelihara beliau. Ikuti kisah beliau seperti berikut…

 

Singa Garang yang tidak kenal erti undur.

Beliau merupakan seorang yang benar-benar berjuang untuk dakwah mubarakah ini. Beliau bergerak dalam masyarakat di bawah slogan “Kita menyeru manusia secara terang-terangan ibarat sinaran mentari”. Setiap kali kami bertemu dengannya, fikiran kami akan terkenang kisah para sahabat Nabi saw dalam perang Uhud yang berlindung di belakang Rasulullah saw. Begitulah kami jika menghadapi kesukaran dalam medan dakwah dan diuji pelbagai dugaan, kami lari untuk berjumpa dengan Mujahid Dakwah ini. Maka beliau akan tenangkan jiwa kami dengan kisah-kisah silam beliau bersama Hasan Al-Banna dan kata-kata mutiara sebagai perangsang. Kami pulang dengan jiwa yang berbeza ketika kami masuk ke rumahnya.

 

Panglima berpakaian Tentera Bawahan

1.Setiap pagi beliau akan keluar awal selepas subuh untuk menyelesaikan pelbagai urusan dakwah seperti menghadiri mesyuarat, berjumpa dengan individu tertentu, berkhidmat kepada masyarakat dan menyusun perancangan dakwah.

2.Seorang yang taat kepada semua jenis arahan meskipun arahan tersebut sangat sukar dilaksanakan .

3.Beliau adalah seorang yang paling awal hadir dalam setiap program dakwah dan tarbiyyah meskipun sudah lama dalam dakwah dan sibuk dengan jadual peribadi yang penuh.

Pendidik yang Senyap
Beliau seorang sangat menjaga lidahnya daripada perkara yang sia-sia. Beliau hanya bercakap apabila diperlukan sahaja. Sebaik-baik warisan yang ditinggalkan oleh beliau buat para pejuang risalah dan pendokongnya ialah beberapa ungkapan yang segar dan menerangi jalan dakwah ini:

1. Wahai saudaraku, cintalah antara satu sama lain

2. Seorang saudara daripada dakwah ini ialah seorang yang mencari segala alasan bagi memaafkan saudaranya yang lain

3. Jika kamu tersalah atau silap, maka kami datang untuk memaafkan. Jika kamu sakit, maka kami datang untuk menziarahi dirimu

4. Jatidiri terhadap fikrah dan perjuanganmu, hiduplah dengannya di tengah-tengah saudaramu yang lain. Usahlah keruhkan kejernihan ukhuwah di dalam perjuangan ini. Jadilah seorang yang sentiasa menunaikan kewajipan ukhuwah bukannya menunggu-nunggu supaya hak-hak ukhuwah dirimu ditunaikan. Jauhi daripada membiarkan hasutan syaitan menyebabkan kamu jauh daripada saudaramu yang lain

5. Beliau sentiasa mengulang kata-kata Hasan al-Banna “kamu adalah nafas baru yang mengalir di dalam jiwa umat, maka hidupkanlah ia dengan Al-quran”

Beberapa contoh peristiwa yang mengkagumkan
1. Kami selalu mengatur pertemuan mingguan dengannya pada setiap hari Isnin dan Khamis. Biasanya beliau akan menghidangkan buat kami sarapan pagi yang disediakan oleh beliau sendiri. Apabila diajak untuk makan bersama-sama, beliau sering menolak kerana alasan puasa sunat.

2. Apabila beliau mengetahui salah seorang daripada saudaranya berpindah tempat tinggal, beliau sering menghubungi untuk bertanya khabar diri dan ahli keluarga mereka.

3. Kami pernah mengejutkan beliau pada lewat malam kerana suatu urusan penting yang perlu diselesaikan segera sedangkan kami amat mengenali bahawa beliau sering tidur awal kerana faktor usia. Tetapi kami amat terkejut apabila beliau terus bangun untuk membantu kami. Setelah itu beliau berkata: “Wahai saudaraku semua, Kita semua sentiasa berada di bawah arahan dakwah pada setiap masa dan kamu datang kepadaku bukan disebabkan kepentingan peribadi!!”

4. Beliau sering menghadiri semua program dakwah meskipun telah lanjut usia dan diberikan keuzuran. 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. SUBHANALLAH…ALHAMDULILLAH…ALLAHUAKBARR…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: