Apa yang kita mahukan?

May 27, 2008 at 4:49 am | Posted in Uncategorized | 8 Comments

Saya mahukan rumah yang besar! Sebahagian yang lain pula mahukan kerjaya yang mampu memberi kedudukan di mata masyarakat. Ada juga yang mahukan wang yang berlipat-lipat kali ganda supaya dapat menjamin masa depan anak cucu. Tidak kurang juga yang mengejar pangkat dan jawatan tinggi seolah-olah kuasa adalah segalanya. Bagi muda-mudi pula hanya lebih sibuk melayan asyik ayat-ayat cinta zaman moden ini. Sibuk berSMS dan keluar makan bersama-sama. Boleh jadi dunia ini dilanda gempa bumi pun mereka tidak sedar kerana telah terbang di kayangan imaginasi. Tanyalah diri anda apa yang sebenarnya anda mahukan daripada dunia ini?

Rasa mahukan lebih adalah fitrah manusia yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada di genggaman tangan. Kita lebih risaukan sesuatu yang tidak ada pada kita. Kanak-kanak terlalu mahukan menjadi orang dewasa. Boleh ada perbelanjaan sendiri dan tidak dikongkong. Boleh bawa kereta sendiri tanpa perlu bergantung dengan orang lain. Sebaliknya, kalau ditanya pula soalan kepada orang dewasa pastinya mereka mahu kembali melalui zaman budak-budak kecil dahulu. Mereka mahu menikmati kehidupan tanpa tanggungjawab besar. Tidak perlu fikir tentang tekanan mencari sesuap nasi bagi mengalas perut. Boleh seronok berlari riang dengan bebas dan tidur semahunya tanpa apa-apa jadual kerja yang sibuk. Hidup dengan ketawa dan suka-suka. Begitulah manusia. Nalurinya memang diciptakan seperti ini.

Tapi, kita amat tahu dan kenal bahawa dunia ini tidak seperti yang kita sangkakan dalam impian idealistik ini. Dunia ini adalah tempat untuk bekerja keras dan mengeluarkan peluh. Di sini juga kita ada satu amanah. Amanah yang telah ditolak oleh gunung-ganang dan tujuh lapisan langit. Amanah untuk memakmurkan bumi Allah dan menjalankan tugasan sebagai khalifah (wakil) Allah di atas muka bumi ini. Kalau dah macam ini, maka memang tidak sempat untuk kita duduk dan berehat panjang. Ada masa ke nak jalan-jalan tanpa tujuan ? ada masa nak main game? Ada masa nak duduk berjam-jam di hadapan computer tanpa sebarang manfaat kepada umat Islam? Kalau ada lagi yang menyatakan masih memiliki masa terluang untuk melakukan perkara-perkara ini, hati-hati kerana malaikat maut juga datang tanpa sebarang temujanji dan isyarat awal. Ingat!! Sesiapa yang bakhil daripada mengeluarkan peluh untuk berkhidmat kepada Islam,nescaya Allah akan lemaskan mereka dalam peluhnya sendiri pada Hari Kiamat nanti. Semoga Allah melindungi kita semua.

Kalau anda kini sedang belajar di sekolah menengah ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi, bersedialah dengan segala kekuatan untuk mengembalikan maruah agama ini. Sanggupkah kalian hanya duduk diam membisu sedangkan Islam diserang habis-habisan oleh semua musuhnya? Ketahuilah anda sedang menjaga salah satu pos kawalan Islam, maka jangan biarkan musuh masuk melalui pos kawalan anda. Jangan jadikan punca kekalahan datang daripada dirimu. Satu malam, panglima Islam terkenal, Salahuddin Al-ayubi meronda kem tentera baginda. Apabila melintasi khemah-khemah yang bernyala diterangi cahaya ungun api dan mendengar bacaan Al-quran, beliau berhenti sambil berkata: Dari sini akan datang kemenangan. Kemenangan umat bukan diukur dengan banyaknya kerusi parlimen yang dimenangi meskipun itu adalah satu petanda positif. Bukan juga diukur dengan kehebatan para pemidato hebat yang berceramah di seluruh negara dari timur hingga barat sekalipun itu adalah lonjakan amal dalam masyarakat. Tidak juga diukur dengan penglibatan sebahagian besar masyarakat dengan program-program besar yang dianjurkan. Kemenangan umat ini diukur dengan kemampuannya melahirkan rijal (perwira). RIJAL ADALAH RAHSIA HIDUP SESEBUAH BANGSA DAN MENJADI FAKTOR UTAMA YANG MENENTUKAN KEBANGKITAN MEREKA. SEJARAH MANUSIA SEBENARNYA ADALAH SEJARAH KELAHIRAN RIJAL-RIJAL YANG BERKETERAMPILAN YANG MEMILIKI JIWA SERTA KEMAHUAN YANG TINGGI. KEKUATAN ATAU KELEMAHAN SESUATU BANGSA DIUKUR SEJAUHMANA BANGSA INI MAMPU MELAHIRKAN LELAKI DAN WANITA YANG BERSIFAT RIJAL.

Ya!!! Ini yang Islam mahukan. Inilah jua tujuan perutusan para rasul oleh Allah swt. Para rasul melaksanakan misi keimanan dengan membina sebuah bangsa yang memiliki nilai keimanan yang tinggi dan benar-benar tunduk dan patuh kepada Allah swt. Tidak sombong dan bongkak. Lihat sahaja dakwah Nabi Nuh as. Adakah dakwahnya disifatkan sebagai gagal dan tidak mencapai sasaran? Apatah lagi pengikutnya yang beriman kepada Allah diriwayatkan hanya sebanyak 17 orang sahaja meskipun tempoh dakwah baginda selama 950 tahun!!! Adakah berbaloi usaha seperti ini? Ya, dengan pasti jawapannya ialah berbaloi. Kenapa? Kerana dengan lahirnya walaupun seorang peribadi muslim yang benar-benar beriman kepada Allah swt dan melaksanakan semua perintah dan meninggalkan segala larangan sudah dikira terlalu berbaloi. Mana tidaknya. Kita sendiri nak buat semua perintah Allah dan Rasulullah saw pun terlalu berat. Nak istiqamah solat subuh berjamaah di saf pertama selama sebulan berturut-turut pun boleh dikira mencipta rekod dunia!

Jadi jawapan bagi persoalan;apa yang anda mahukan? Adalah kita bertanyakan kembali ,apa yang agamaku mahukan? Apa yang Islam mahukan? Kemahuanku adalah sama dengan kemahuan Islam. Tiada yang lebih tinggi daripada agama ini! Jika Islam mahukan aku belajar bersungguh-sungguh, aku akan sambut dengan semangat dan keazaman tinggi. Jika Islam mahukan aku tinggalkan perkara yang melalaikan seperti main game, tengok movie, chatting dengan kekasih (awek), dan semuanya, maka aku yang pertama akan tinggalkan semua perkara ini. Aku akan bakar sekali segala kesan tinggalan jahiliyyah dan kambuskan di dalam perut bumi. Islam mahukan aku jaga solat jamaah di masjid, baca Al-quran, zikir pagi dan petang dan berbakti kepada ibu bapa. Aku dengar dan taat wahai Islam!!! Islam dalam diriku ibarat darah yang mengalir dalam jasad. Tanpanya aku boleh menjadi koma dan lebih teruk akan mati!

8 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. assalamu’alaikum ya akhi,

    penulisan yang sangat membakar semangat, jazakAllahu khairan kathira.

    cuma ana nak pastikan, dalam perenggan second last, mungkin nta ada tersilap taip, atau ana yang tak dapat apa yang nak disampaikan, tapi ana nak point out supaya kalau salah boleh diperbetulkan, kalau tidak abaikan sahaja. yakni ayat;

    Kerana dengan lahirnya walaupun seorang peribadi muslim yang benar-benar beriman kepada Allah swt dan melaksanakan semua larangan dan meninggalkan segala larangan sudah dikira terlalu berbaloi.

    ana rasa melaksanakan semua perintah..

    apa2 pun, penulisan yang sangat baik. ana minta izin untuk di’copy + paste’ di blog ana..

    jazakAllahu khairan kathira..

  2. Jzklh atas peringatan yang diberikan…mmg terlalu banyak yang perlu dibaiki pada diri ini untuk menjadi apa yang Islam mahukan..Tolong doa2kan ana..Selamat berjuang,akhi!!

  3. Jazakallah atas teguran akhi faisal. Apa saja yang boleh dimanfaatkan utk dakwah sangat2 dialu-alukan.

    wassalam

  4. […] Peringatan.. FaisaL 8:09 am – diambil daripada blog Ustaz Shuhaib ar-Rummy dalam entri bertajuk Apa yang kita mahukan? […]

  5. sangat terpukul.. Jazakallahu khayr akhii..

  6. salam…akh… ana nak minta izin untuk copy dan ana mungkin adjust sikit untuk bahan risalah akhawat m,sia……

  7. Islam dalam diriku ibarat darah yang mengalir dalam jasad… tulisan dari hati yang terus masuk ke hati2 pembacanya.. Jazakallahu khayr wa barakkalhu fik..

  8. salam… rasa seperti seperti muhasabah diri ana balik.. jzkk


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: