Singsingkanlah lenganmu dan teruskan bekerja!

May 29, 2008 at 2:44 pm | Posted in Diari Al-Azhar, Motivasi Pejuang | 8 Comments

Sekarang saya masih lagi dalam “exam mode” bagi semester kedua untuk sesi pengajian tahun 2007/08 di Universiti Al-Azhar-Asy-syarif di cawangan Tanta ini. Kebanyakan subjek kali ini adalah merupakan matapelajaran teras kepada Kuliah Syariah Islamiah wal Qanun (Fakulti Pengajian Islam dan Undang-Undang) contohnya Usul Fiqh (Kaedah mengeluarkan hukum berdasarkan dalil syarak), Fiqh Muqaran (Fiqh Perbandingan antara Mazhab), Ahwal Syakhsiah Lil Muslimin (Undang-undang kekeluargaan Islam) dan lain-lain. Kita sama-sama berdoa agar Allah memberikan kejayaan yang cemerlang.

Satu petang yang hening ketika saya sedang mengulang kaji untuk subjek Fiqh Muqaran, saya tertarik dengan keindahan rangkap syair arab yang disiarkan dalam stesen radio Islam yang terkenal di Mesir iaitu Izaatul Quran minal Qaherah (Siaran Al-quran secara langsung dari Kaherah). Memang tepat maksud yang terkandung dalam syair itu dengan kedatangan demam peperiksaan. Saya kongsikan dengan pembaca rangkap syair tersebut untuk kita gali bersama mutiara yang ada di dasarnya:

فلكل مجتحدين نصيب

فاستعين بالله و اعمل صالحاً لإفاداته

والفضل فى العلم يكون بظلّ الهدى

لسعادة الدارين فوز بالسعادة

فاعمل لربك إن أراد سعداً

فالسعد فى تقوى الله وطاعته

Maksudnya:

Setiap orang yang bersungguh-sungguh akan mendapat ganjaran masing-masing,

Maka mintalah pertolongan Allah dan buatlah kebaikan untuk mendapatkan ganjaran tersebut,

Dan kelebihan ilmu adalah dengan bayangan petunjuk hidayah,

Kebahagiaan di dunia dan akhirat dikecapi dengan memiliki kebahagiaan itu,

Bekerjalah demi TuhanMu sekiranya kamu inginkan kebahagiaan,

Kebahagiaan sebenar pada Taqwa kepada Allah dan mentaati perintahnya.

Apa yang menjadikan saya benar-benar tertarik dengan syair ini ialah mesejnya yang sangat bererti. Syair ini menyatakan bahawa syarat untuk kita mengecapi kebahagiaan di dunia dan jua di negara abadi kelak adalah kita semestinya memiliki kebahagiaan terlebih dahulu. Mungkin agak sukar untuk memahaminya? Biarkan saja saya terangkan. Saya berikan satu perumpamaan mudah. Syarat untuk masuk ke dalam stadium bagi menonton perlawanan bola sepak ialah tiket. Jika kita sudah membayar harga tiket, maka kita dibenarkan masuk melalui pintu-pintu yang disediakan. Begitu juga dengan kebahagiaan. Jika kita mahukan hidup ini bahagia dan ceria, maka kita semestinya membayar harganya. Apakah harganya? Harganya ialah dengan kebahagiaan. Cuba lihat pada rangkap terakhir syair ini. Kebahagiaan sebenar adalah pada Taqwa Allah dan mentaati perintahnya. Jika kita sudah bertaqwa dan melaksanakan semua arahan Allah swt, maka kita sudah memiliki kebahagiaan. Oleh itu, dengan kebahagiaan itu kita akan mengecapi kebahagiaan di kedua-dua negeri ini. Dengan mudahnya, kebahagiaan dimiliki dengan kebahagiaan. Semoga kita diberikan faham terhadap agama ini.

 

Begitu cantik sekali gaya syair ini membina saling kaitan antara kesungguhan dan taqwa kepada Allah. Ini memberikan kita panduan yang jelas dalam bersungguh-sungguh. Kalau anda seorang bapa, kenapa anda sanggup bersengkang mata dan memerah keringat untuk menyara kehidupan sebuah keluarga. Seorang guru begitu sabar dengan kerenah anak murid dan jua bebanan tugas yang bertindih-tindih. Para peniaga dan orang-orang bisnes sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit sebagai modal pemula. Atlit yang terpilih untuk mewakili negara dalam sesuatu temasya sukan peringkat dunia akan berlatih sedaya mungkin dengan jadual latihan yang ketat dan penuh disiplin. Semua ini adalah sebahagian contoh untuk menunjukkan kesungguhan. Tetapi kenapa anda bersungguh-sungguh? Apa yang menjadi dorongan untuk anda bersungguh-sungguh? Itu persoalan yang semestinya kita jawab dengan hati yang ikhlas. Kita mesti menjadikan Allah swt sebagai matlamat kita. Kita bersungguh-sungguh kerana Allah swt . Seorang bapa bersungguh-sungguh kerana dia beriman dengan hadis “sebaik-baik harta adalah hasil daripada kerja tanganmu sendiri”. Seorang guru gigih mendidik anak bangsa kerana tahu semua makhluk di langit dan bumi termasuk ikan di lautan mendoakan keampunan bagi semua guru yang mengajar ilmu Allah. Para peniaga dan tokoh korporat bertungkus lumus untuk menjayakan perniagaan kerana mengetahui mereka adalah pekerja Allah yang diamanahkan untuk menguruskan harta milik Allah. Atlit sukan berlatih dan bermain dengan prestasi cemerlang kerana dia tahu Allah lebih menyukai seorang mu’min yang kuat berbanding mu’min yang lemah. Semuanya dilakukan kerana Allah swt. Kata-kata seorang ulama:

 

منطلقي تعبدي

Maksudnya: Langkahku bermula hanya untuk mengabdikan diri kepada Tuhanku

 

Di sini juga saya ingin berpesan kepada semua golongan yang menjulang panji kebenaran; perbaikilah niatmu sejak dari langkah permulaan. Kita bersungguh-sungguh dalam projek kebangkitan semula umat ini hanya kerana mengejar keredhaan Allah swt. Tiada perkara yang kedua baginya. Kita sanggup mengorbankan apa sahaja yang ditagihkan oleh jalan ini semata-mata ingin menggapai nikmat bahagia hidup di bawah lembayung redha Ilahi. Kita berjuang dan melakukan amal dakwah bukan kerana ada persaingan dengan sesiapa. Tidak!! Tidak sekali-kali!!! Kita bergerak ke tempat-tempat program kemasyarakatan atau apa sahaja tentatif yang tercatat kemas dalam buku planner kita hanyalah demi menunaikan amanah Allah swt dan mengharapkan ganjaran daripadaNya sahaja. Kita tidak bekerja kerana manusia. Kita tidak tertarik dengan habuan dunia yang berkilau-kilau. Kita adalah hamba yang patuh kepada arahan Tuannya. Oleh itu, janganlah kita berasa sedih selagimana niat kita ikhlas kerana Allah. Saya juga ingin menasihati teman-teman lain yang turut mendokong usaha perjuangan risalah Rabbani di atas muka bumi ini; marilah kita saling memaafkan antara satu sama lain. Usahlah risau dengan sesiapa yang turut mahu terlibat dalam perjuangan murni ini. Selagimana Allah swt adalah matlamat utama kita, nescaya kita akan bertemu di satu titik pertemuan suatu hari nanti. Jalan ini hanya untuk golongan yang benar-benar ikhlas dan suci niatnya daripada segala nafsu syahwat maupun rasa irihati. Ayuh kuatkan azam dan teruskan bekerja tanpa menoleh ke belakang lagi. Umat sedang menantikan kedatangan kalian sebagai penyelamat tamadun kemanusiaan ini. Bak kata dialek Arab Mesir ammiah(bahasa pasar):

 

شُدُّ حِيْلَك

Maksudnya: Bersungguh-sungguhlah

 

 

8 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam..smoga terus bersemngat bro..erm..ustaz..:)

  2. salam perjuangan…

    nice sharing poem…

    good luck 4 ur exam!

  3. isi yang mantap. Jazakallah.

  4. hukum Allah sangat jelas, siapa yang berusaha, dia akan berjaya. hukum alam yang valid untuk semua makhluknya. jadi tidak perlu kita persoalkan kemampuan barat dalam berprestasi di dunia. bukanlah kerana sengaja Dia menjadikan kita seperti tidak beruntung di dunia, tetapi kita sendirilah yang mengekang kemajuan diri dan ummah. segala sikap dan semangat yang antusiasme mereka (baca : barat) sebenarnya adalah dari akhlak Islam, kita pula yang terkial-kial mengikuti sifat jahiliyah mereka yang lalu. sungguh, dunia ini bukan sekadar persinggahan, tetapi adalah lapangan amal. tanpa amal yang signifikan, kita tidak lebih daripada sampah dunia yang hanya mendatangkan mudharat kepada Islam.

  5. Benar kata akhi, kadang2 waktu kita tgh2 sibuk, kasihnya Allah, Dia berikan kita satu waktu untuk terlintas berfikir sebagai penyokong usaha yang kita lakukan. InsyaAllah, semoga kita sentiasa mengingati-Nya..

    “Dan merekalah orang-orang yang bersegera dalam berbuat kebaikan dan merekalah yang dahulu pada memperolehnya” (Surah Al-Mukminun : 61)

  6. kata-kata yang lahir dari hati yang mantap akan memantapkan hati-hati lain… jazakallah.

  7. jzk allah.. semoga allah membantu dirimu dlm mengharungi arus kehidupan yg kian mencabar ini. doakan kami di sini mendapat tempias kehangatan dakwah & tarbiah disana ya akhi…mmmm,…salam

    “ya muqallbal qulub thabbit qulubana ‘ala diniik wa ala toatik walan tariqa dakwatik.”

  8. Tadi baru habis exam Tauhid, so malam ni rehat sikit.

    Ana dh pernah baca entry ni tahun lepas, tapi saja nak baca lagi. Rupanya pemahaman kali ini berlainan. Mungkin byk faktor, spt musim exam, sudah berada di Mesir dan agak jauh dr program imani disebabkan demam exam.

    Dulu, syair tu pun tak difahami melainkan rujuk maksudnya. Sekarang dah faham sebab izaatul quran boleh petik dr MP3 je.🙂

    Syukran ya. Post ni mmg evergreen. Mungkin sampai zaman anak cucu kita. Jemput datang ke rumah slps exam. Byk lg benda nak belajar dr enta.

    Bittaufeeq, dho’ nafsaka fi zimmatillah. Allahumma yassir lanal asir.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: