Pesanan di permulaan jalan bahagia

July 6, 2008 at 6:33 pm | Posted in Buat Remaja, Diari Al-Azhar | 4 Comments

Kebelakangan ini boleh dinamakan sebagai musim perkahwinan. Banyak juga saya menerima jemputan perkahwinan baik dari dalam negara maupun di perantauan ini. Minggu lepas rakan sepersekolahan saya yang kini belajar di Jordan telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan hatinya. Saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana diadakan di tanah air. Semoga mereka berdua dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan. Ramai lagi kawan-kawan yang akan turut melangsungkan pernikahan pada tahun ini. Kadangkala teringat waktu kecil-kecil dahulu kita bermain bersama-sama, kini masing-masing sudah pun bergelar suami yang menggalas seribu satu amanah dan harapan. Rupanya umur ini sudah meningkat dewasa tanpa disedari.

Buat teman-teman yang dikasihi sekalian,

Ikhlas

Imam Bukhari telah menyusun kitabnya, Shahih Bukhari yang mengandungi hadis-hadis sahih setelah melalui proses penyeledikan dengan syarat-syarat yang ketat. Diriwayatkan beliau tidak memasukkan sebuah hadis ke dalam kitabnya kecuali setelah beliau menunaikan solat dua rakaat supaya Allah memberikan bimbingan. Tahukah anda apakah hadis yang terpilih untuk dijadikan pembuka mengetuai hadis-hadis sahih yang lain? Hadis itu ialah hadis yang telah biasa diucap di bibir kita. Hadis Niat. Rasulullah saw bersabda:

إنما الأعمال بالنيّات…..

“Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira berdasarkan niat”

Saya berpesan kepada semua sahabat yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan supaya sentiasa menjaga niat masing-masing, lelaki maupun perempuan. Niat yang ikhlas akan sentiasa menjaga diri kita daripada perkara yang tidak diingini. Jangan terpedaya dengan kilauan cahaya duniawi yang berupa wajah cantik rupawan, harta dan wang yang melimpah ruah, nasab keturunan yang mulia. Hati-hatilah di permulaan langkah kalian. Permulaan yang suci adalah asas segala perkara. Ingatlah wahai pasangan suami isteri bahawa kalian merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Oleh itu, pastikan segala perbuatan kalian hanya dilakukan kerana mencari redha Allah swt. Kemurniaan niat akan menjaga kebahagiaan rumahtangga agar berkekalan kerana syaitan sendiri mengaku kalah dengan hamba Allah yang ikhlas.

Sabar

Sifat sabar sangat perlu bagi pasangan suami isteri yang telah berjanji untuk hidup bersama di bawah payung Al-qur’an. Pasangan pengantin diibaratkan umpama burung merpati. Si suami adalah burung merpati yang berasal dari timur manakala isteri pula merpati dari barat. Maka masing-masing telah dibesarkan dalam suasana dan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Mana tidaknya, setiap seseorang memiliki tabiat dan perangai tertentu. Mungkin pada minggu awal perkahwinan masing-masing masih mampu menyembunyikan imej sebenar. Namun setelah masa berlalu, segalanya akan terjelma secara semula jadi. Maka, bersabarlah terhadap pasangan kalian. Anggaplah segala kesilapan atau keterlanjuran itu sebagai asam garam kehidupan ini. Hanya masyarakat yang dihuni oleh malaikat sahaja akan bebas daripada kesalahan. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang masih lagi belajar dan berusia muda. Kepada kaum lelaki dan juga suami, sentiasalah bersikap pemaaf dan berlapang dada. Usah meninggikan suara tanpa arah kerana seburuk-buruk suara adalah suara keldai. Jika marah, segera ambil wudhu dan terus duduk. Inilah yang diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad saw kepada umatnya yang tercinta. Kepada para isteri solehah, kalian seharusnya memahami dengan mendalam tanggungjawab dan bebanan tugas seorang suami. Sebagai manusia biasa adakalanya dia tertekan dengan perjalanan harian hidupnya. Usahlah kalian terasa hati jika dia berdiam diri atau bertingkah laku luar biasa. Itu lumrah hidup di bumi fana ini. Sesungguhnya bersabar itu indah.

Saling menghargai

Fitrah manusia gembira apabila usahanya dihargai walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih. Ini akan memberikan kepuasan spiritual di dalam dirinya lalu membuatkan dirinya bersemangat untuk melakukan sesuatu tugasan. Apatah lagi hidup berumahtangga yang ditegakkan atas pengagihan tugasan suami isteri secara adil. Suami dengan tugasnya melindungi rumah tangga dan mencari nafkah sebagai sara hidup. Isteri pula bertindak sebagai tulang belakang suami dengan kerja-kerja rumah dan membahagiakan diri pasangannya. Justeru itu, keadaan ini sangat memerlukan setiap pasangan menghargai khidmat pasangan mereka. Kepada suami; apa salahnya tolong membasuh pinggan atau menyapu rumah. Sedikit sebanyak dapat meringankan kerja-kerja isteri. Memang ada suami yang turut membantu menyediakan juadah makanan. Bagusnya! Kepada isteri pula; rumah yang tersusun bersih sudah cukup menghilangkan kepenatan suami setelah seharian bekerja di luar rumah. Alangkah bagusnya jika kepulangan suami disambut dengan suara manja dan air sejuk sebagai penghilang dahaga. Ketahuilah bahawa semua itu adalah pahala di sisi Allah swt. Maka rebutlah ganjaran ini!!

 

 

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Jazakallahu Khairal Jazak ya Akhi..

    Masakan dapat dirasa manisnya epal jika tidak dimakan..
    Dah kahwin baru tahu indah dan dugaannya..

    Pesanan yang baik.
    Terima Kasih.

  2. Salam alayk akhi arrumy.Keif Hal?Moga akhi dlm keadaan sihat sejahtera mengikut KehendakNya InsyAllah.

    Post yang amat menarik(bg ana yg tak kahwin lg)hehe..
    insYallah lpas bace post ini.Rasa semangat balik.Perkahwinan suci=perkahwinan yg perpayungkan Quran Sunnah dan dimuliakan Islam inshallah.Wallahualam.

  3. salam kenal dari czech republic. ana azizul, tahun 1 perubatan di czech.

    semoga dikurniakn petunjuk membina bait al muslim.

  4. bismillah.
    8 Ramadhan baru ni, teman kita, batch 8 Hira’, Siti Hajar Izham telah kembali ke rahmatullah. Sila lawat blog ayah kepada teman kita ini
    http://www.anakbapa.blogspot.com
    Al-Fatihah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: