Ramadhan telah pergi

October 16, 2008 at 4:38 pm | Posted in Motivasi Pejuang | Leave a comment

Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita buat sementara atau mungkin buat selama-lamanya. Segala ketaatan dan amalan soleh yang kita persembahkan kepada Allah akan menjadi saksi pengabdian kita kepadaNya. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang rindukan suasana seakan pesta beribadah sepanjang bulan yang mulia ini. Kini sudah tiada lagi manusia yang berduyun-duyun membanjiri rumah-rumah Allah. Orang yang membaca Al-quran pun semakin sedikit. Budaya iktikaf sudah mula pudar dengan perginya tetamu agung ini. Amalan qiamullail yang menjadi lambang kemuliaan umat Islam jua telah ditinggalkan. Manusia sudah berubah!!
Generasi sahabat dan tabiin telah mengajar kepada kita satu pelajaran yang amat penting. Isunya di sini bukanlah tentang amalan tetapi penerimaan amal. Tanyakan diri masing-masing; adakah amalanku sepanjang Ramadhan diterima Allah swt? Inilah yang disebut dalam kisah Nabi Zakaria dan Maryam sebagai ‘qabulan hasanan’ (penerimaan yang baik).

“Para salafusoleh menangis selama 6 bulan selepas Ramadhan mengharapkan amalan mereka diterima, bagaiman pula kita?”

Ulama menyatakan bahawa antara tanda-tanda amalan diterima ialah ianya berterusan dan kita berubah ke arah yang lebih baik. Jika kita masih lagi terus menjaga solat jemaah di masjid, membaca Al- quran, menunaikan solat-solat sunat dan sedeqah serta bangun malam berqiamullail, maka mudah-mudahan ia menjadi berita gembira buat kita. Wahai mereka yang berpuasa lidahnya daripada umpatan dan kata-kata keji, mereka yang berpuasa matanya daripada pandangan haram, teruskan kalian dalam ibadah nescaya Allah akan kurniakan kelazatan iman.
Sekiranya kalian daripada golongan yang beruntung di bulan Ramadhan, bersyukurlah dan berdoa kepada Allah supaya dikurniakan thabat sehingga ajal datang menjemput. Amaran!! Jangan sekali-kali memusnahkan istana anda di syurga yang telah dibina, jangan kembali ke jalan maksiat selepas kita merasa kenikmatan iman dan kelazatan munajat…..mahukah kembali ke arah pintu neraka Jahannam? Amat celaka bagi kaum yang tidak mengenal Allah kecuali pada bulan Ramadhan.
Ya Allah temukan kami dengan Ramadhan akan datang!!

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: