Kelajuan yang perlu diimbangi

October 22, 2008 at 12:10 pm | Posted in Buat Remaja, Motivasi Pejuang | 10 Comments

Pernahkah anda menonton sukan lumba kereta Formula One yang terkenal? Kalau kita perhatikan setiap kereta lumba yang mengambil bahagian akan berhenti pada setiap pusingan di tempat yang dinamakan pitstop. Kenapa perlu berhenti? Bukankah ini akan melambatkan seterusnya mengakibatkan kekalahan yang mengecewakan? Tidak. Setiap kereta perlu berhenti untuk mengisi minyak, menukar tayar yang baru serta memeriksa sebarang kerosakan pada bahagian kereta. Sekalipun sebuah kereta lumba memiliki kemajuan teknologi yang terkini dan paling canggih di dunia, kereta itu perlu juga berhenti di pitstop. Itulah fitrah perlumbaan Formula One.

Saya sengaja memberi perumpamaan kereta lumba ini supaya para pembaca dapat memahami tulisan saya kali ini. Dalam perjalanan kita mengikuti tarbiyah dan dakwah, kadang kala kita bertemu dengan golongan yang ingin cepat dan sangat laju dalam melakukan amal. Kepantasan mereka bergerak dan menyiapkan satu-satu tugasan sangat menakjubkan. Selalunya bayang-bayang mereka mendahului tubuh mereka. Karektor sebegini begitu penting bagi seorang pendakwah yang melaksanakan amanah Allah swt dan menjunjung risalah nubuwwah yang mulia ini. Mereka boleh mempercepatkan penegakkan semula tamadun Islam di atas muka bumi ini.

Tetapi selalunya sesuatu yang bergerak laju akan melanggar objek lain walaupun bukan disengajakan. Bila dah laju kadang-kadang terbabas. Kalau yang sempat ‘brek’ boleh patah balik. Masalahnya yang dah terlajak jauh, sangat susah nak undur dah. Begitu juga senario dalam alam dakwah dan tarbiyah. Ada kalanya kita mahu cepat melihat kesan atau mengutip hasil tanaman yang telah kita baja. Sifat sebegini selalunya akan timbul dalam jiwa pemuda yang bergelojak serta berfikiran ideal. Tidak juga dinafikan sesetengah ‘orang lama’ turut menghidap sindrom nak cepat ini. Abu Ammar ada menulis dalam bukunya yang bertajuk: “Manhajiah at-tarbiyah ad-dakwiyah” tentang perkara ini. Katanya “Sebahagian pemuda dakwah memiliki semangat yang tinggi serta tenaga tersimpan yang melimpah ruah. Dengan sifat ini mereka lebih terkehadapan berbanding rakan-rakan yang lain. Lalu menyebabkan kesulitan kepada murabbi sehingga tidak tahu bagaimana untuk berjalan bersama mereka, atau berlari seiring tenaga mereka dan menyahut wawasan pemuda ini”.

Sindrom nak cepat ini akan melahirkan beberapa fenomena pelik di tengah-tengah suasana tarbawiyah. Antaranya ialah kecenderongan sebahagian pendakwah muda dan yang baru memulakan langkah dalam beramal islami untuk mengadu sesuatu terus kepada pimpinan dan orang lama dakwah melangkaui masul atau ‘supervisor’ mereka. Pengalaman menunjukkan bahawa wujudnya kecacatan ini disebabkan sikap suka masuk campur dan menjengok kerja orang lain dalam diri mereka. Mungkin juga mereka merasa takabbur dengan rakan seperjuangan lain. Ini semua akan mengakibatkan fitnah yang dahsyat dan tak terjangka. Selain itu, ia mungkin membawa golongan yang bersemangat ini ke arah budaya ‘najwa’ atau bahasa mudahnya cakap tepi. Segala idea dan pandangan tidak dicadangkan pada saluran yang sedia ada. Mereka lebih suka bersembang sesama mereka dan tanpa disedari melemahkan saff, menggugat kesatuan serta membinasakan binaan ukhuwah dan thiqah.

Kita pesan dan mengingatkan dengan tegas kepada semua yang memiliki simptom-simptom penyakit ini supaya segera merujuk kembali bahan-bahan tarbiyah yang telah kalian lalui tentang bahayanya sikap ini. Jadikan tarbiyah quraniyah sebagai asas dalam kita beramal. Sesungguhnya semakin lama kita duduk dalam suasana tarbawiyah imaniyah, kita akan semakin kuat dari segi mental dan matang dalam melihat hala tuju dakwah yang mulia ini. Sesungguhnya dakwah ini memerlukan kita sentiasa bersabar dan meningkatkan kesabaran. Tanpa sifat ini yang menjadi ciri unggul para nabi Ulul Azmi, maka seseorang pendakwah itu tidak akan mampu bertahan lama di atas jalan yang panjang ini. Banyakkan membaca dan menelaah kisah-kisah para Anbiya dan perjuangan sahabat serta tabiin. Mereka merupakan contoh terbaik untuk kita jadikan teladan selama mana kita meneruskan langkah dalam kafilah dakwah mubarakah ini. Imbangilah kelajuan kalian dengan kadar minyak yang ada dalam tangki kereta lumba anda.

10 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. syeikh.terasa dalam hati.terima kasih atas peringatan untuk yang baru2 lagi nak menjejakkan kaki..

  2. Dalam dunia ini kita ibarat berada di lebih raya. Ada yang laju dan ada yang perlahan. Soalnya, adakah kita patut ikut kelajuan yang lain? Kita mungkin mempunyai destinasi yang sama tetapi cara yang berbeza. Salam ziarah.

  3. Kisah ‘Ferrari’

    (i)

    Mutarabbi suka lari selaju Ferrari,
    dia desak murabbi lumba lari
    murabbi dan mutarabbi pun lumbalah lari,
    mutarabbi lari, laju-laju bagaikan Ferrari,
    murabbi tak dapat nak kejar lagi, “biarlah dia sendiri berlari”,
    getus hati murabbi tadi, tak larat lagi dilayan laju ‘Ferrari’

    (ii)

    Tiba-tiba,
    ‘drappp’ mutarabbi terjatuh,
    murabbi yang lambat sedikit hulur tangan,pertolongan mahu diberi,
    mutarabbi yang ikhlas dia tak rasa malu nak ditolongi,
    baguslah begini,
    tetapi mutarabbi yang so-called daie tadi,
    tidak ikhlas hati, sombong-sombongan,
    angkuh mahu bangun sendiri-sendiri,
    tapi, dicuba-cuba tak mampu berdiri,
    dicuba lagi, tak boleh lagi,
    Oh ,kerana rupanya, kaki tersadung, patah tebu kaki sendiri…
    Akhirnya jadi segan, malu sendiri.

    (iii)

    Jadilah kita murabbi dan mutarabbi yang tahu harga diri,
    tahu mana letak duduknya diri sendiri,
    selalu lalu dekat rumah tarbiah didiklah diri,
    disiplin hati, akur rendah diri, jangan jadi meminta-minta jadi,
    orang yang tinggi-tingi, sabar kerana dakwah bukan untuk murabbi,
    dan jamaah sendiri, tatapi hanya untuk Allah redhai.

    ————

    Sajak Ikhlas,

    Zahid Naser
    11.20
    Cairo

  4. aslmkm… trimas, nak laju boleh jengan terkeluar dari trek sudah…
    Ya muqollibal Qulub… Sabbit qulubana

  5. Menarik kisah ferari sdr. zahid naser. Yang peliknya, dulu murabbi pun lari laju, tapi lama-lama dah tak larat lagi. Tak cukup stamina gamaknya. Tapi kita faham siasah panjang nafas. Masa adalah sebahagian dari rawatan… Islam adalah manhaj untuk manusia, bergerak selari dengan fitrah. Yang dah tak mampu nak melangkah dalam dakwah lagi dahsyat, kerana azab Allah sangat pedih…

  6. Jazakkallah untuk artikel ini..sangat menarik

  7. “Dalam dunia ini kita ibarat berada di lebih raya. Ada yang laju dan ada yang perlahan. Soalnya, adakah kita patut ikut kelajuan yang lain? Kita mungkin mempunyai destinasi yang sama tetapi cara yang berbeza.”
    Menarik persoalan tu… Bagaimana dengan had laju maksima yang telah ditetapkan di lebuh raya? patutkan kita melanggarnya??🙂

  8. syukran..

  9. assalamualaikum, nice article akh….

    suatu kesedaran bagi mereka yang terlalu ‘seronok’ dalam lapangan dakwah yang sebenarnya perlukan lebih dari rasa keterujaan.

    Wallahua’lam

  10. assalamualaikum, nice article akh….

    suatu kesedaran bagi mereka yang terlalu ‘seronok’ dalam lapangan dakwah yang sebenarnya perlukan lebih dari rasa keterujaan.

    Wallahua’lam

    Barakallahu fiik


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: