Gaza: Di manakah Salahuddin umat abad ini?

January 7, 2009 at 7:09 pm | Posted in Buat Remaja, Isu Semasa, Motivasi Pejuang | 3 Comments
gallery-gaza-war-in-gaza-0033

Yahudi seronok dengan pengeboman Gaza

Sekali lagi bumi bertuah ini disirami darah insan yang tidak berdosa. Tentera pengganas Yahudi sudah bergerak masuk ke dalam bandar Gaza untuk memulakan siri kekalahan bagi entiti Zionis. Jurucakap HAMAS menyambut kemaraan askar-askar pengecut ini dengan menjanjikan bahawa Gaza akan bertukar menjadi tanah perkuburan Yahudi. Serangan Israel kali ini menunjukkan tanda-tanda berakhirnya hayat mereka.

Setelah dunia yang kononnya menegakkan prinsip demokrasi menafikan kejayaan HAMAS yang memenangi pilihanraya Palestin 2006; sekali lagi kuasa besar yang diketuai Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah membutakan mata akan apa yang sedang berlaku di Selatan Palestin itu. Bahkan menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan usul tergempar yang dibawa oleh Liga-liga Arab di Majlis Keselamatan PBB dalam mengutuk serangan tidak berperi kemanusiaan di Gaza. Bertambah pelik, dunia Arab (baca: kerajaan Arab) masih lagi bisu dan bingung dengan apa yang berlaku. Negara yang mendabik dada sebagai tentera terbaik di dunia langsung tidak terfikir untuk menghantar tentera bantuan dan juga membuka pintu sempadan membantu menamatkan kebuasan cucu cicit Khinzir dan Kera ini. Penjaga Dua Tanah Haram pula masih leka dan sibuk. Agaknya masih kepenatan menguruskan ibadah haji baru-baru ini. Ye lah, berjuta-juta orang datang dan keluar tentunya satu kerja yang memenatkan. Yang lain? Iran pula masih teragak-agak untuk mengacah Israel dengan kalimah  perang. Sebaliknya nun jauh di negara yang terletak di luar rantau Asia Barat, Venezuela telah menghantar pulang Duta Israel dan semua pekerja-pekerja di Kedutaan Israel di situ. Hugo Chavez  ingin menyampaikan mesej berbentuk cabaran kepada rakan sejawatnya  di negara-negara Arab untuk mengambil tindakan yang sama. Halau Duta Israel dari ibukota kamu!!! Dan seperti biasa,  dari Perairan Teluk hingga ke Hujung Selat Meditaranean;anak-anak umat Islam dan bangsa Arab seolah-olah mengajar Bapa-bapa mereka cara sebenar bertindak dalam krisis kemanusiaan sebegini. Demo jalanan di sana-sini menandakan jantung umat masih lagi berdenyut. Sumbangan dan derma membanjiri tabung-tabung yang ditubuhkan bagi menyelamatkan saudara-mara di Selatan Palestin.

Berdasarkan analisa politik Israel, ini bukan waktu yang sesuai bagi berperang kerana ekonomi Israel sedang berada dalam kegawatan teruk. Akibatnya bertambah dahsyat selepas Menteri Perang, Ehud Barak memulakan serangan darat. Ini bermaksud,kini Yahudi sedang di ambang kehancuran. Jurucakap tentera Israel juga menyatakan, perang ini akan menjadi sulit dan panjang. Ini sudah terbukti pada awal serangan; Israel meletakkan objektif utama ialah mengHAPUSkan HAMAS. Namun, setelah melihat kesukaran untuk mencapai objektif itu dan kematian tenteranya yang bertambah; objektif diubah kepada meLEMAHkan HAMAS.

keranda bagi Yahudi

Jumlah kematian Yahudi meningkat setiap hari

Sehingga artikel ini ditulis, sejumlah  kereta kebal Merkava telah berjaya dimusnahkan oleh pejuang HAMAS. Beberapa hari yang lalu, akhbar Israel Haaretz , mengesahkan 4 orang tentera Yahudi telah mati dibom oleh peluru berpandu mereka sendiri. Mimpi buruk mereka kini menjadi realiti. Bukan mudah untuk mereka mengalahkan mujahidin yang berjuang demi mempertahankan tanah air dan merindukan syahadah.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah mengisytiharkan hari Jumaat ini sebagai Hari Sedunia Menyelamatkan Gaza daripada kekejaman Zionis. Ini sebagai menunjukan kesatuan umat Islam seluruh pelusuk dunia demi menghentikan serangan di Gaza.

Sabtu ini pula, Aman Palestin Berhad dengan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) sebagai co-organizer akan menganjurkan rapat umum di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Seruan bagi semua penduduk Malaysia untuk hadir bersama dengan sepanduk dan banner bagi menandakan kebersamaan kita dengan saudara seaqidah di Gaza.

rapat-umum-draft

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Salam ziarah … dari INIJALANKU

  2. salam ziarah..
    ana ferdaus dublin..
    kalau ade berita terbaru yang nta dgr di radio ke tv mesir bgtau ye..
    ana byk dengar rumours kat ireland ni…
    pasal keadaan di Gaza.
    dikepung la disembelih la..
    wallahua’lam..

  3. salam perjuangan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: