The 41st edition of Cairo International Book Fair 2009

January 20, 2009 at 11:32 am | Posted in Buat Remaja, Diari Al-Azhar | 4 Comments

144970665_19c619d9e9

Sekali lagi seperti yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa Malaysia di bumi Mesir, Ma’rodh Kutub (Book Fair) datang menawarkan seribu macam buku, kaset, video, audio, poster dan semua jenis penerbitan. Tarikhnya 21 Janurai hingga 5 Februari 2009. 765 syarikat penerbitan dari hampir 27 negara seluruh dunia sudah mengesahkan penyertaan. Kali ini khabarnya United Kingdom menjadi tetamu kehormat. Mungkin lebih banyak buku-buku berbahasa inggeris akan ada menanti pelanggan. Hanya dengan bayaran masuk sebanyak LE 2 (kalau tidak silap saya) pengunjung dijanjikan kepuasan mencari koleksi buku peribadi untuk bacaan menambah ilmu pengetahuan. Sebagai pnggemar buku dan “ulat buku”, saya tidak pernah ketinggalan untuk berkunjung ke pameran buku ini. Saya masih ingat sebelum berangkat ke Mesir, guru-guru saya selalu menceritakan pengalaman mereka di Mesir dan antara yang menariknya ialah tentang acara tahunan ini. Pada awal tahun pengajian di sini, saya diberikan senarai buku yang wajib dimiliki oleh pencinta ilmu. Senarai tersebut mengandungi bermacam cabang ilmu aqidah, usul fiqh, fiqh, sejarah Islam, Tarbiyah Islam, tamadun dunia dan ilmu kemahiran lain. Abang senoir memberitahu sebaiknya sebelum pulang ke tanah air semua buku yang ada dalam senarai itu seharusnya dimiliki sebagai bekalan untuk mendidik masyarakat di tanah air nanti. Tapi ada orang pesan, jangan pandai beli sahaja, malas baca. Itu saya serahkan diri masing-masing untuk menjawabnya.

Saya menyeru agar semua mahasiswa di Perlembahan Nil untuk mengambil peluang keemasan ini untuk membeli buku-buku yang akan menjadikan kita warga berpengetahuan.Bukankah arahan wahyu pertama ialah “Bacalah!”.

Sekian catatan ringkas di musim peperiksaan. Doakan kami berjaya.

144970660_d4c1ac84a0375627370_60a1508d481

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. wow.byk banget sheikh

  2. Assalamualaikum,

    Salam ziarah & ukhuwah, insyaAllah.

  3. erm… cadangkan satu solution..atau pandangan.

    pasal. takut beli. takut tak baca.~ sila!

  4. Masya-Allah!! Even Egypt has an annual International book fair. Heh,klu skadar teruja tp malas mmbaca susah jugak….(for diri)…salam akhi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: