Hukum Jamak solat Asar dengan solat Jumaat

February 13, 2009 at 1:46 am | Posted in Diari Al-Azhar | 9 Comments

solat_masjid

Solat asar tidak boleh dijamak bersama solat Jumaat samada pada waktu musafir atau biasa pada pandangan paling sahih di kalangan ulama. Tidak ada dalil yang menunjukkan bolehnya jamak antara solat asar dan solat Jumaat. Perbuatan ini tidak pernah diriwayatkan baik daripada Nabi saw maupun para sahabat baginda. Maka wajib untuk meninggalkan kebiasaan ini. Sesiapa yang telah melakukan jamak antara solat asar dan solat Jumaat hendaklah menunaikan kembali solat asar apabila masuk waktunya. Sunnah meriwayatkan bahawa jamak antara solat zuhur dan solat asar. Sedangkan solat Jumaat bukanlah solat zuhur; ia adalah solat yang tersendiri. Jika seorang musafir menunaikan solat zuhur dan tidak menunaikan solat Jumaat, maka dia dibenarkan untuk jamak solat asar dengan solat zuhur tersebut. Ini kerana solat Jumaat tidak wajib bagi musafir. Diriwayatkan bahawa Nabi saw menunaikan jamak antara solat zuhur dan solat asar semasa Haji widak, pada hari arafah dengan satu azan dan dua iqamah, dan baginda tidak menunaikan solat Jumaat. Wallahu ‘alam

sumber: Ikhwan Online

About these ads

9 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. hmmm.. good info.. salam ziarah dari Dublin, Ireland.. tumpang lalu ye.. :)

  2. ye ke?? ana dulu ketika pergi makkah disuruh oleh mutawwif utk jamak solat jumaat dan solat asar… Mohon penjelasan

  3. salam, patut ah!!

    patut a dengan selambanya, tanpa ada perasaan bersalah.. apatah lagi menyeksa orang lain.. pakcik pemadu keretapi ‘toronto’-cairo..memberhentikan gerabak di tengah2 jalan.. hanya utk berhenti soalt jumaat.

    -terpikir jugak..takkan die tak jamak je? orang len dah berbulu tunggu die..cam ape a pakcik ni…teruk tol ~bile baca post ni.. baru faham.

    rupe-rupenye, pakcik drebar tu yang beriman senanye. yang penumpang lain tu..keje taknak solat je kot~ huhu..

    now i do
    er

  4. Fatwa di atas lebih berasaskan pendapat mazhab Hambali.. dan ia termasuk perkara khilafiah..

    Mengikut Mazhab Syafie ;

    1. Syeikh Zakaria al-Ansari:
    “Ini suatu fasal: Pada menyatakan sembahyang jamak antara dua sembahyang. Harus/boleh menjamakkan antara dua Asar (zohor dan Asar) dan antara dua maghrib (Maghrib dan Isyak) – secara jamak taqdim (pada waktu pertama) dan secara jamak ta’khir (pada waktu kedua). Dan sembahyang jumaat seperti
    sembahyang zohor pada jamak taqdim..”
    (Lihat Fahtul Wahhab, vol. 1, hal. 72)

    2. Syeikh Muhamad al-Khatib al-Syarbini:
    “Fasal pada menyatakan jamak antara dua solat. Harus/boleh menjamak-kan antara zohor dan Asar secara taqdim)-pada waktu pertama dan ta’khir -pada waktu kedua. Dan solat Jumaat seperti solat Zohor pada jamak taqdim, sebagaimana yang dinukilkan dari al-Zarkasyi dan dia mengi’timadkannya seperti jamak
    keduanya dengan sebab hujan. Bahkan lebih utama lagi. Dan tidak boleh menjamakkan antara jumaat dan Asar secara jamak ta’khir. Kerana solat Jumaat tidak dapat didatangkan terkemudian dari waktu sebenarnya.”
    (lihat Mughni al-Muhtaj, vol 1, hal 271 & 272)

    al-Zarkasyi juga membenarkan melakukan jamak taqdim antara Jumaat dan Asar disebabkan hujan. Bahkan dia mengatakan lebih patut/utama lagi.

    3. Dr. Wahbah al-Zuhaili:
    “Harus/boleh di sisi jumhur ulamak selain Hanafiah menjamakkan antara Zohor dan Asar secara taqdim pada waktu pertama, dan ta’khir pada waktu kedua. Dan solat jumaat seperti solat zohor pada jamak taqdim..”
    (al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, vol 2, hal 349)

    WaLlahu a’lam..

  5. Salam

    Akh Arrumy.. Saya pernah terdengar kata-kata, tafaqqahu qabla an tasawwadu.. saya yakin akh pernah dengar.. Satu gi, laisa bi faqih man la ya’lam alkhilaf..

    Nampaknya akh nak tarbiah orang lain, tapi hukum khilaf kat atas pun tak faham (malah lebih teruk lagi, hukum bercanggah dengan Mazhab Syafie yang menjadi anutan rakyat Malaysia sendiri). Takkan tak perasan perkara tu khilaf kot?

    Ikhwan online sahajakah sumber seorang Azhari? sedih sungguh. Ana cadang akhi rajin2 pergi belajar kat Masjid Al-Azhar eh. Dengar citer ramai masyaikh hebat2 kat sana tu…

    • Terima kasih kepada semua yang respon. Syukran atas nasihat dan teguran. Ya, perkara ini adalah khilaf yang kita akui berbeza dengan pandangan mazhab Syafie. Perkara ini telah dijelaskan oleh Ust Abi Usamah dalam respon beliau. Semoga kita semua beroleh panduan dalam beramal.

  6. Jazakallahukhair ustadz shuhaib dan ustdz abi usamah.. syafi’i mazhaba kena belajar adab2 menegur.. bila ust shuhaib post n tulis rujukan maksudnya, tulisan tu berdasarkan rujukan..bukan perkara qat’ie pn.. mungkin tu pandangan dari ikhwan.. ustadz abi usamah dah bantu penjelasan tentang hukum.. Alhamdulillah.. jom sama2 kita cari titik persamaan.. bukan tunggu peluang jumpa point nak berperang sesama kita je.:)

  7. Assalamu’alaikum wbt.
    ana bukanla org yg arif sangat dlm hal ni…
    tp,ana setuju dgn ust.abi usamah, ust shuhaib n attabrani…
    hal ini adalah khilaf ulamak…
    jadi,kita sebagai ummat Islam,harus mencari di mana titik persamaan…bknnye kesalahan sesama kita…yg patut kita tgk…ape agenda yahudi laknatullah kpd ummat Islam…
    jazakallahu khoiran katheera…

  8. salam: syukran akh suhaib.satu perkongsian yg baik…
    mungkin fatwa ini tidak disenangi pihak tertentu.. bagi pendapat ana ini satu perkembangan yg baik bagi org yg bergelar penuntut ilmu.pendedahan yg mcm ni boleh meluaskan pengetahuan dan pemahan dalam fiqh islam itu sendiri bahkan meluaskan kajian dan penelitian kita tentang sesuatu masalah khilafiah.Sebenarnya tak menjadi satu kesalahan dan berdosa bagi org yg tidak bertaqlid dgn mazhab ulama Syafi’iyyah.
    Bagi seorang da’e bukanlah wajib baginya untuk tahu kesemua masalah khilafiyah… tak sepatutnya akh “syafi’i mazhaba” kata begitu kat org lain..Asas utama dlm tarbiyah adalah keimanan dan keta’atn kpd Allah dan Rasul…masalah khilaf perkara furu’ dan tidak menjejaskan proses tarbiyah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: