Gempar Di Kaherah

February 25, 2009 at 12:15 pm | Posted in Buat Remaja, Diari Al-Azhar, Isu Semasa | 1 Comment

ikh3

Gempar! Saya agak terkejut dengan kejadian di kawasan beli-belah yang popular di tengah-tengah kesibukan bandar Kaherah. Letupan bom yang membunuh seorang pelancong Perancis dan 21 lain sebagai mangsa kecederaan. Kawasan ini sememangnya sibuk dengan manusia. Kami pelajar Malaysia juga sering berkunjung ke sini yang terkenal dengan harga barangnya yang agak berpatutan. Pasar Khan Kalili yang sudah berusia hampir 500 tahun masih gah sebagai pusat tumpuan pelancong untuk membeli ole-ole sebagai kenangan. Semua yang anda mahu ada di sini. Biasanya pelajar datang untuk beli stokin wanita atau lebih dikenali sebagai Sandy. Harganya sangat murah berbanding di Malaysia. Lain-lain benda juga banya seperti T-shirt, rempah-ratus, kain tudung, minyak wangi dan macam-macam lagi. Perkara yang menarik perhatian juga ialah para peniaga di sini sudah mahir dengan bahasa ibunda setiap pengunjung. Buat anda yang mungkin kali pertama ke Khan Kalili jangan terkejut jika mereka menyapa dan berkata: “Harga murah!!”. Bila Arab yang menyebutnya sudah tentu kelakar.

khan-el-khalil002s

Dekat dengan pasar ini ada sebuah terowong yang dikenali Nafaq Al-azhar (Azhar Tunnel) yang menghubungkan pasar ini dengan Masjid Besar Al-Azhar. Memang menjadi kawasan untuk para peminta sedekah mencari rezeki di situ. Tapi yang pelik saya belum pernah lagi jumpa peminta sedekah memainkan alatan muzik seperti di Malaysia. Bahkan saya pernah mendengar suara yang merdu mengalunkan bacaan Al-Quran dari terowong ini. Rupa-rupanya seorang peminta sedekah. Sungguh mengkagumkan kerana suaranya sangat jelas tanpa menggunakan pembesar suara. Begitulah senario harian yang beraksi di sekitar kawasan pengeboman itu.

Akhbar terbaru menyatakan bahawa kejadian ini tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan di Mesir,hanya tindakan peribadi beberapa pemuda. Para penganalisis politik pula menganggap tragedi ini akan memberikan kerajaan Mesir alasan untuk melanjutkan tempoh undang-undang darurat yang kini sudah pun berusia hampir 30 tahun. Selain itu, mungkin juga akan memberi kesan dalam penggubalan undang-undang memerang keganasan yang kini sedang hangat dibahaskan oleh pakar politik dan undang-undang.

Apa pun yang mungkin berlaku. Saya sangat mengecam pihak yang telah melakukan aksi pengecut ini. Ini bukanlah caranya yang sesuai jika kita tidak berpuas hati dengan kerajaan atau sesiapa. Tindakan ini langsung bertentangan dengan konsep perundangan Islam, hak asasi manusia dan etika awam. Sekiranya orang Islam yang terlibat maka mereka memiliki kefahaman yang salah terhadap konsep Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar. Tindakan ini langsung tidak mendatangkan maslahah(kebaikan) kepada Islam dan dakwah itu sendiri. Bahkan menyebabkan kesan negatif yang besar seperti salah faham terhadap Islam. Kefahaman Islam yang sahih sahaja yang akan membendung golongan yang bersemangat tanpa haluan ini kembali ke pangkal jalan dan Jihad yang sebenar.

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Pandangan Alang :
    mungkin ini juga satu muslihat utk meneruskan lagi Mesir sebagai sebuah negara darurat. Kerana dakwah ikhwan xkan dibiar bergerak dengan mudah.
    Ape pendapat???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: