Saudara…Anda adalah Pemikul Risalah

May 13, 2009 at 6:53 pm | Posted in Buat Remaja, Motivasi Pejuang | 6 Comments

Pic4287

Anda…siapakah anda? Anda adalah pemikul risalah ini. Tandamu ialah benar dan amanah. Anda hendaklah dikenali sebagai seorang yang amanah dan benar.

1. Benarmu adalah pada lidah. Jangan sesekali berdusta kerana seorang beriman bukanlah seorang pendusta. Benarmu juga adalah pada benarnya niat. Jika kamu benar (niat) kerana Allah, nescaya Allah akan membenarkan kamu. Benarmu adalah pada amalan, maka janganlah terkeluar dari manhaj syara’ yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

2. Amanah anda adalah amanah dakwah. Janganlah abaikan tanggungjawab ini. Mudah-mudahan kita tidak culas daripada menunaikannya. Amanah ini telah ditolak oleh langit, bumi dan jua gunung apabila ditawarkan kepada mereka. Akhirnya amanah yang berat ini dipikul oleh manusia yang lemah.

Risalah yang kita dokongi ini ialah Islam dengan seluruh kandungannya yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Keimanan kita tidak membahagi-bahagikan Islam kepada juzuk-juzuk yang terpisah antara satu sama lain. Islam ini merangkumi aspek pentadbiran negara dan pembangunannya, ketinggian ilmu dan peradabannya, kekuatan ketenteraan dan pertahanan dari sebarang ancaman musuh, kedaulatan sebagai sebuah negara merdeka, kemajuan ekonomi dan sistem kewangan yang kukuh dan pelbagai lagi unsur ini ada di dalam Islam. Kita beriman dengannya sebagaimana kita meyakini Aqidah dan Ibadah di dalam Islam. Semuanya adalah sama.

Bertitik tolak dari kefahaman yang jelas dan terang ini kita bergerak menyebarkan Islam kepada seluruh bangsa manusia di muka bumi ini bermula dari tanah air kita yang tercinta. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah swt memulakan perjuangan mereka dengan berdakwah kepada kaum mereka. Nabi Syu’aib untuk kaum Madyan, Nabi Soleh untuk kaum Thamud. Ungkapan dakwah yang diucapkan mereka sangat lembut. Ya Qaumana…Wahai Kaum dan bangsaku. Itulah seni mereka menunaikan perintah Nubuwwah oleh Allah swt ke atas mereka. Sebagaimana mereka diperintahkan, begitu juga kita semua turut diperintahkan menyampaikan risalah. (At-tabligh).

groupe01

Saudaraku, anda adalah para utusan Rasulullah saw. Di tangan anda sebuah tanggungjawab kenabian yang perlu dilaksanakan dengan segera. Lengah dan leka bukan sifat para utusan agung ini. Ketahuilah lewatnya kita sedetik bermakna lewatlah tarikh kemenangan umat ini. Cuba renungi pengajaran yang terdapat di dalam kisah Lelaki yang dicatatkan dalam surah Ya Sin. ” Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutilah Rasul-rasul itu”. (19:Ya Sin). Lelaki ini bersegera berlari pantas dari hujung bandar. Iman yang mendalam ke dasar mendorong dirinya untuk berlari seolah-olah masa sudah terlewat. Juga dia berlari dari hujung bandar bukannya dari tempat yang sama. Ini menandakan kesesungguhan lelaki ini melaksanakan amanah yang ada padanya. Dia ingin melepaskan dirinya daripada segala ancaman azab di hari Akhirat nanti. Akhirnya, usaha lelaki itu diganjari Allah swt.  “(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Ia berkata; Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan (25-26:Ya Sin). Lihatlah kesungguhan dan kecintaan seorang pendakwah kepada kaumnya tidak luntur meskipun dia telah masuk ke dalam Syurga!! Ma Sya Allah! Lelaki itu masih lagi berbicara terkenangkan kaumnya di dunia sedangkan dirinya sudah diredhai Allah dan mengecapi kelazatan nikmat taman-taman syurga.

6 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. alhamdulillah..risalah yang mengembalikan semangat..lg2 time exam..hihi..syukron awiy

  2. sesiapa yg mengaku dia sbg umat Rasulullah s.a.w mestilah memikut tanggungjawab ni, kerana dakwah adalah perkara utama yg ditekankan olehnya dan xprnah Nabi Muhammad s.a.w meninggalkan walau=pun Baginda dlm sakaratul maut… Moga2an ALLAH memasukkan kta kedalam rahmat-NYA dan memberi peluang kepada kita untuk meneruskan amanah yang mulia lg agung ini…

  3. […] zion- hedonisme. Mereka terus memancing dengan umpan yang begitu halus. Dan kita? Sedarkah kita siapakah kita sebenarnya? Siapa mahu kita harapkan jika bukan muslim itu sendiri. Saya tidak sekali-kali mengharapkan / […]

    • salam wbt
      ustaz jzkk, pengisian yg sangat bermanfaat bagi mereka yg telah redha jalan dakwah sebagai hidup mereka.

      Tp ustaz asif ana nak tegur sket.
      ayat yasin yg ustaz kasi tu mungkin ust tersalah pandang
      cerita rijal itu bergegas lari adalah ayat ke 20.

      dan terjemahan 25,26 tu ana rasa sepatutnya 26,27.
      ye x?

      wallahua’alam
      semoga terus kuat n menjadi qudwah yg hebat bagi kami.
      May Allah bless your sincere effort.

  4. Assalamualaikum ustaz, boleh saya ajukan satu persoalan?

    Benarkah MASA itu adalah satu tanggungjawab bagi kita memikulnya untuk dapatkan kemenangan Islam?

    Kerana pada saya, usaha yang kita laksanakan tidak boleh berhenti, di situ tidak ada penyesuaiannya dengan masa yang lambat atau cepat.

    Bahkan, bagi saya tentang MASA ini juga, andai kita laksanakan sepenuh hati, jarak ukur masa juga kita belum lagi dapat menentukan kemenangan itu. Masakan kita menyalahi tempoh yang sendiri Nabi Nuh laksanakan selama beratus-ratus tahun, tetapi hanya sebahagian yang mengimani. Bukan begitu?

    Tambahan lagi ya Ustaz, bagi saya jarak ukur kemenangan yang menyebabkan saya seringkali terfikir bahawa generasi hari ini belum sampai untuk menyamai taraf kemenangan itu selagi belum sampai lagi kita mengikuti sebagaimana generasi yang sebelum ini mencapai kemenangan.

    Barangkali saya agak keliru pada definisi kemenangan itu.

    Tapi tulah ustaz, saya bukan bermaksud tidak bersetuju, tetapi saya gembira rasanya andai ustaz dapat menerangkan dengan lebih tepat ketidakfahaman saya ini.

    Wallahu a’lam..

    Salam ukhwah dari Malaysia..

    • Wa alikumussalam Saudara Akmal,

      Masa dalam kefahaman kita adalah salah satu daripada rawatan. Usaha kita untuk mengubah masyarakat kepada yang lebih baik dan mengamalkan Islam dalam semua aspek kehidupan memerlukan satu tempoh yang panjang. Seperti seorang doktor yang merawat pesakitnya, dia tidak tahu waktu sebenar pesakitnya akan sembuh sepenuhnya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: