Bahaya Takabbur

May 19, 2009 at 3:39 am | Posted in Buat Remaja, Isu Semasa, Motivasi Pejuang | 6 Comments

الكبر

Jangan merasa kita ini hebat dan lebih hebat daripada orang lain. Usah terpedaya dengan anugerah dan nikmat yang diberikan kepada kita. Semua nikmat itu akan dipersoalkan kelak di padang Mahsyar. Kehebatan kita bercakap dan berhujah bukan untuk berdebat dengan para ilmuan. Tunduklah dan rendahkan diri sesama muslim kerana kita semua bersaudara. Ilmu yang tinggi juga bukan tandanya kita mulia kerana ukuran kita hanya berdasarkan Taqwa. Sejauh mana ilmu itu benar-benar menjadikan jiwa kita takut dengan Allah swt. Hiasi ilmu dengan akhlak barulah ia mewangi semerbak haruman bunga di taman. Takabbur ada tanda-tandanya seperti penyakit lain yang ada simptomnya. Elok rawat dengan segera jika ada pada diri kita.

1. Memandang kecil usaha atau kemampuan orang lain. Orang yang takabbur hanya menganggap dirinya atau kumpulannya sahaja yang hebat dan betul. Orang lain semua salah. Langsung tidak boleh menerima hasil sumbangan pihak lain kepada usaha kebajikan dan dakwah. Padanya orang lain dianggap mengancam kedudukan dan pengaruhnya.

2. Sibuk mencari kesalahan orang lain sehingga lupa kekurangan diri. Baginya tujuannya itu adalah murni dan berdiri atas nama kebenaran. Jiwa yang tidak subur dengan iman dan zikir sememangnya akan menjadi begini. Mana mungkin lidah yang basah dengan zikir dan munajat ada masa untuknya menyingkap kesalahan saudaranya yang lain. Lupakah kita dengan hadis “Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim di dunia, Allah akan menutup keaibannya di Dunia dan Akhirat”. Hati yang gelisah memikirkan nasibnya di hadapan Allah sibuk mengoreksi segala dosa dan maksiatnya bukannya kesilapan orang lain. Nampaknya dunia politiking sudah begitu dominan hinggakan ramai yang gemar mewujudkan cerita rekaan semata-mata memuaskan nafsunya yang kelaparan. Kini benang yang basah pun mampu ditegakkan!

Ingatlah! Hebatnya anda bukan kerana anda tapi sebab nikmat dan kurnia daripada Allah. Walau anda ramai pengikut yang beratur di belakang anda seperti gerombolan perang. Walau sebanyak mana tempat yang anda telah pergi di seluruh dunia untuk berdakwah dengan gaya tersendiri. Semua itu adalah kurniaan Allah yang akan dihisab. Tiada siapa yang mampu mengelak persoalan di depan Allah meskipun anda mampu mengelak-elak di dunia ini.

Nabi Adam melakukan kesalahan dengan memakan buah yang dilarang Allah di dalam Syurga lalu bertaubat maka Allah menerima taubatnya. Iblis takabbur dan enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan Allah dan tidak mahu bertaubat. Inilah beza antara melakukan maksiat dan meninggalkan perintah. Bezanya adalah pada sifat takabbur.

حديث

6 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam alayk..

    itulah yang menjadi masalah apabila terlampau ramai merasa diri begitu hebat, kadang2 sehingga merosakkan usaha murni orang lain. Ironi, mereka masih lagi merasakan diri mereka betul dan tidak berusaha ke arah yang lebih baik.

    nauzubillah

    wallahua’lam

    *moga diberkati Allah & sehat2 je ye ust suhaib =)

  2. salam..ustaz, ana mohon izin utk link ke blog ana..doakn ana dan sahabt2 juga agar thabat utk jalan ni..sama2 berjuang demi Allah insyaAllah. “jika kamu menolong agama Allah, Allah pasti menolongmu.” jazakallahu khair utk perkongsian ‘ibrah dan inzar.wallahu’alam.

  3. Salam ziarah..Salam ukhwah dari Suq Abu Ferqah

  4. Paling tidak suka ayat begini : “Ana tahulah….” memang tidak boleh cakap apalah bila keluar permulaan ayat begini. Akh Suhaib, salam ukhuwah, segan ana kalau jumpa anta skarang. Jemput ziarah, teruskan perjuangan.

  5. Tambahan, sebab itu perubahan perlukan kerendahan.

  6. “Iblis takabbur dan enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan Allah dan tidak mahu bertaubat. Inilah beza antara melakukan maksiat dan meninggalkan perintah. Bezanya adalah pada sifat takabbur.” Syukran ustaz..

    Sangat membantu diri saya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: