Syurga bukan untuk mereka yang sukakan kerehatan

September 13, 2009 at 6:48 pm | Posted in Buat Remaja, Motivasi Pejuang | 1 Comment

rama

Tajuk ini seharusnya menjadi slogan kita semua untuk 10 malam terakhir Ramadhan kali ini. Diriwayatkan bahawa Aswad bin Khalid An-Nakhaie sangat bersungguh di dalam beribadah, dan berpuasa hingga tubuhnya menjadi hijau dan kekuningan akibat terlalu penat. Lalu seorang bernama Alqamah bin Qais bertanya kepadanya: Mengapa engkau menyeksa diri dengan ibadah seperti ini? Lalu dia menjawab: Sesungguhnya aku inginkan kerehatan buat tubuh ini. Dan sesungguhnya urusan ini sangat berat. Urusan ini sangat berat. Beliau pun menangis teresak-esak. Apabila ditanya mengapa bersedih? Beliau berkata: Mana mungkin aku tidak bersedih, siapakah lagi layak untuk menangis seperti ini selain aku? Jikalau Allah memberikan keampunannya kepadaku, nescaya aku akan berasa malu dengan-Nya. Kita akan sentiasa malu dengan seseorang yang pernah kita lakukan kesalahan padanya. Apatah lagi jika yang kita lakukan kesalahan ini ialah Tuhan kita?

Telah tiba hari-hari 10 akhir Ramadhan. Malam-malam yang hanya dimenangi oleh golongan yang bersungguh-sungguh sahaja. Tempoh terbatas dan boleh dibilang. Barangsiapa yang mengutamakan kerehatan, tiadalah baginya ganjaran Lailatul Qadr. Hati yang bersih dan terikat dengan Allah sahaja yang akan berjaya. Imam Syafie berkata: Disunatkan menambahkah kesungguhan pada malam-malam akhir Ramadhan. Apakah keistimewaan malam-malam ini?

1. Ia lebih mulia berbanding 20 malam yang pertama. Ibn Rajab berkata: Setiap hari dan malam umumnya akhirnya lebih mulia berbanding awalnya seperti Hari Arafah, Hari Jumaat begitu juga malam dan siang.

2. Terkandung di dalamnya Lailatul Qadr. Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan sambil bersabda: Carilah Lailatul Qadr pada 10 malam akhir Ramadhan (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalan soleh pada malam-malam ini:

1. Menghidupkan malam. Adalah Rasulullah berjaga malam, mengejutkan ahli keluarga dan bersungguh-sungguh dalam ibadah pada 10 akhir Ramadhan. Erti menghidupkan malam ialah mengisi malam dengan solat, zikir dan Al-Quran. Diriwayatkan oleh AnNasaie bahawa Nabi saw tidak pernah membaca Al-Quran seluruhnya, bangun malam penuh dan berpuasa lengkap kecuali pada Ramadhan.

2. Iktikaf. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi saw beriktikaf  selama 20 hari pada tahun beliau wafat.

Imam Az-Zuhri berkata: Sangat pelik bagi orang Islam kini; meninggalkan Iktikaf sedangkan Rasulullah saw tidak pernah meninggalkannya sejak tiba di Madinah hingga beliau wafat.

3. Membanyakkan membaca Al-quran. Jika anda telah khatam setiap minggu pada 20 hari awal Ramadhan, maka cuba khatamkan setiap 3 hari pada 10 hari akhir Ramadhan. Beginilah amalan para salafussoleh; Aswad bin Yazid mengkhatamkan setiap malam pada 10 hari akhir Ramadhan.

4. Mandi dan memakai baju baru. Ibn Jariri berkata: Sesungguhnya para salafussoleh mandi pada setiap malam 10 hari akhir Ramadhan , begitu juga Imam Malik turut berbuat sedemikian dan memakai pakaian cantik dan minyak wangi pada malam-malam yang diharapkan padanya Lailatul Qadr.

Ayuh saudaraku, kita bersungguh dalam memburu keampunan Allah. Sesungguhnya orang yang rugi adalah orang yang sempat merasai Ramadhan tetapi dirinya tidak diampuni oleh Allah swt.

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. saudara,

    ana buat artikel saudara sebagai salah 1 rujukan untuk artikel yg bakal ana terbitkan utk majalah sekolah ana.

    mohon izinnya.

    ramadhan: tidak ada yang mendahuluiku dalam bertemu Tuhanku yg Maha Penyayang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: