Kelahiran Mujahid bernama Yahya

June 29, 2009 at 9:14 pm | Posted in Diari Al-Azhar, Isu Semasa, Kenangan Dahulu, Motivasi Pejuang | 26 Comments

Photo-0104

Segala lafaz syukur dan rasa tawadhu kepada Allah kerana telah dikurniakan cahaya mata pertama dalam Keluarga Muslim yang telah pun berusia setahun setengah ini. Tanggal 28 Jun 2009 tepat jam 5.30 pagi, Yahya bin Shuhaib Ar-rumy telah selamat dilahirkan di Hospital Pakar At-Taufiqiah, Kaherah, Mesir dengan berat 3.5 kg. Ibu dan bayi dalam keadaan stabil dan sihat sejahtera.

Ketika saya bersekolah rendah dahulu, saya pernah membelek-belek koleksi buku dakwah ayah dan mak di rak. Saya terjumpa sebuah buku bertajuk “Bekalan di atas Jalan Dakwah (Zad ‘ala Toriq)” karangan al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur. Tatkala saya membuka muka surat pertama, ada sebuah catatan bertulis tangan berbunyi “Ku Hadiahkan buku ini untuk dua orang anakanda kesayanganku Shuhaib Ar-rumy dan Salman Al-farisi. Semoga menjadi pewaris perjuangan ini.¬† Daripada Ayah dan Mak”. Sedangkan tarikh buku itu dibeli adalah pada 1985, tahun yang sama saya dilahirkan. Jadi saya fahami tulisan itu adalah doa yang tersirat daripada kedua ibubapa saya untuk anak-anaknya mewarisi perjuangan dakwah yang panjang ini. Sempena kelahiran putera sulung saya ini, saya mencontohi apa yang pernah ibubapa saya lakukan. Saya menulis entri ini untuk tatapan anakanda kesayangan,Yahya bin Shuhaib Ar-rumy suatu hari nanti. Moga kelahiranmu bakal mengulangi kembali sejarah¬†tokoh-tokoh unggul ummah yang bernama YAHYA:

1. Nabi Allah Yahya a.s:

Allah swt berfirman di dalam Al-quran : Wahai Yahya, ambillah Kitab ini dengan kuat (keazaman, teguh dan bersungguh).(12:Maryam). Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya, bahawa kuat itu bukan semata-mata kuat jasmani bahkan ia adalah kekuatan jiwa dan ruh. Usaha dan jihad untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini bukanlah kerja sehari semalam. Dakwah ini telah kita warisi daripada generasi ke generasi. Justeru, kekuatan diri dan ruh adalah unsur utama bagi pemikul risalah. Kini tibalah giliranmu wahai Yahya untuk dirimu bangkit dan menggolongkan diri bersama kelompok terpilih para pejuang. Moga maani tarbawi di dalam ayat seruan kepada Nabi Yahya ini akan menyerap segar dalam sanubarimu.

2. Yahya ‘Ayyash

hamas_ayyash

Jurutera Istisyhad bagi kebangkitan jihad di bumi barakah Palestin. Yahya ‘Ayyash adalah master-mind jihad Palestin yang telah menghidupkan kembali erti jihad dan pengorbanan serta ‘ezzah dan karamah setelah sekian lama tersungkur di meja rundingan tajaan Barat dan pengkhianat ummah. Beliau yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Birzeit, Palestin bertanggungjawab terhadap puluhan operasi istiyshad yang telah mengorbankan banyak pengganas Yahudi dan mencederakan ratusan lain daripada mereka. Sehingga kini idea yang dipelopori beliau dijadikan sebagai operasi utama oleh para mujahidin di Palestin untuk membebaskan al-Quds. Semoga anakanda Yahya menjadikan Asy-syahid Yahya ‘Ayyash sebagai model perjuangan dalam jihad mubarakah ini. Ameen Ya Rabb.

– Jazakallah kathira dan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk kesejahteraan keluarga kami. Balasan dari sisi Allah adalah sebaik-baik balasan dan ganjaran. Daripada Abu dan Ummu Yahya.

Photo-0090Photo-0102

Photo-0092

Advertisements

Gunung Ledang-siri 1

December 17, 2007 at 9:26 am | Posted in Kenangan Dahulu, Motivasi Pejuang | 5 Comments

ledangsunrise_feat.jpg

Tatkala duduk-duduk melihat keindahan permandangan petang di bandar Kaherah ini, tiba-tiba fikiran saya teringat kenangan di zaman sekolah menengah dahulu. Memang terlalu banyak cerita-cerita menarik di waktu sekolah cuma yang ingin saya kongsikan di sini ialah kenangan mendaki Gunung Ledang pada tahun 2003. Meskipun sudah hampir 4 tahun sudah berlalu, tapi segala peristiwa itu masih jelas di bayangan mata. Continue Reading Gunung Ledang-siri 1…

Salam Perkenalan

June 11, 2007 at 11:19 am | Posted in Buat Remaja, Isu Semasa, Kenangan Dahulu, Motivasi Pejuang | Leave a comment

Assalamualaikum. Saya sedang mencuba untuk menggunakan blog WordPress. Semoga kita dapat manfaat bersama.

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.