Bahtera kebenaran tetap akan berlayar

March 14, 2009 at 11:18 pm | Posted in Buat Remaja, Diari Al-Azhar, Isu Semasa, Motivasi Pejuang | 32 Comments

dakwah2

Saya sering diberitahu oleh teman-teman tentang syubhat ataupun tuduhan yang menurutnya menimbulkan beberapa persoalan tentang kebenaran dakwah dan para pengikutnya. Saya pun mendengar serta meneliti setiap kata-kata dalam rakaman audio video maupun tulisan samada di makalah, blog ataupun email berkenaan dan mendapatinya dipenuhi dengan maklumat yang sedikit sebanyak telah menyatakan apa yang tidak pun berlaku. Penulis atau pembicara itu membuat pelbagai kata-kata berbentuk hasutan supaya manusia yang lain menjauhkan diri daripada cahaya dakwah ini. Bahkan semua itu menggambarkan seolah-olah sang pembicara memiliki satu pandangan negatif terhadap mana-mana pihak yang ingin menyumbang untuk kebaikan bersama di bumi kepunyaan Allah swt.

Akal mereka hampir gila sehingga tidak boleh menerima realiti dakwah ini semakin subur dan diterima masyarakat ramai. Golongan ini telah dirasuk hasad dan dengki dengan pencapaian orang lain dalam lapangan kerja bakti untuk agama dan bangsa. Bagi mereka, kerja kebaikan hanyalah milik mutlak kumpulan atau gerakan tertentu. Inilah yang disebut sebagai monopoli dalam ertinya yang lebih khusus bagi semua penggerak dakwah. Seakan-akan hanya mereka sahaja yang betul dan benar!! Yang lain semua salah!! Mereka terlupa alam ini teramat luas dan manusia itu semakin bertambah populasinya. Tenaga kita terbatas, justeru sikap berlapang dada dengan semua pihak yang mengibarkan panji Al-Haq sangat dituntut oleh Islam. Saya anggap mereka ini sedang mengigau dek tidur yang terlalu panjang lalu apabila terjaga, semua orang di kelilingnya dimarahi dan disalahkan. Ataupun mereka ini mengigau di siang hari.

Biasanya hanya manusia yang tiada agenda agung serta dibuai lena sahaja yang akan sibuk berkokok tidak senang terhadap hasil kerja orang lain. Bagi insan yang memikul amanah mulia dakwah, tiada bagi mereka masa dan waktu untuk terkial-kial mencari kesalahan sesiapa. Setiap waktunya di isi dengan ibadah dan zikir. Diam dan geraknya hanya kerana Allah. Tidur dan jaganya juga dipastikan mendapat redha Al-Khaliq. Jika anda benar-benar ikhlas bekerja untuk Islam dalam apa jua gerakan yang anda pilih, sudah tentu kita semua akan bertemu di titik akhir yang sama dengan izin Allah swt. Sekarang adalah masa untuk menyinsing lengan menggunakan tulang empat kerat memerah keringat dalam berbakti di bawah teduhan Al-Qur’an. Bukannya masa untuk bertengkar yang mana satu itu lebih patut diikuti dan yang lainnya harus dilenyapkan dari peta dunia. Contohilah para Imam mazhab yang empat dalam adab hormat-menghormati biarpun berselisih pendapat. Selagimana itu perkara cabang (furu’) selagi itu ruang ijtihad terbentang luas baginya.

Ramai juga daripada rakan saya bersemangat untuk membalas serta menjawab segala persoalan yang ditimbulkan itu. Ini lahir kerana cinta dan sayang kepada dakwah yang barakah ini. Bagi mereka tulisan-tulisan ini akan menjauhkan manusia daripada dakwah kita. Sebahagian pemuda akan terpengaruh lalu meninggalkannya. Namun, pandangan saya berlainan daripada mereka. Sesungguhnya bahtera dakwah dan kebenaran ini akan tetap meneruskan perjalanannya menuju destinasi yang ditetapkan oleh nakhodanya. Biarpun dunia seluruhnya memeranginya, kebenaran itu tetap akan kekal teguh umpama gunung terpasak kukuh. Usah kita menyibukkan diri untuk membalas dan menjawab segala tuduhan tidak berasas itu. Kerja yang sedia ada sudah menjadikan kita sesak dan tidak menang tangan. Panduan daripada Al-Qur’an cara terbaik berinteraksi dengan golongan jahil ini ialah:

“Dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil”.(Al-Qashash:55)

Dakwah ini akan dipelihara oleh Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Kita tidak perlu menghabiskan masa dengan menulis jawapan-jawapan untuk setiap tuduhan jahat itu lebih-lebih lagi jika hampir semuanya adalah palsu dan dusta semata-mata. Biarlah diri mereka menjawab di hadapan Tuhan Pemilik Hari Kebangkitan kelak. Hasbunallah wa nikmal wakil (Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik Yang diserahkan kepadanya segala urusan dan kepentingan).

Sekiranya ada di sana hati-hati yang masih lagi celik dan sedar, maka dengan izin Allah swt kebenaran itu pasti terserlah biarpun lambat masanya. Pintu bersangka baik dalam mencari kebenaran itu sentiasa terbuka. Saya tinggalkan untuk golongan yang cuba berniat buruk terhadap mana-mana golongan yang ingin menyeru kepada kebenaran dan mengajak anak bangsa memahami warisan Islam dengan erti katanya yang syumul dengan potongan ayat Al-Qur’an ini:

فأما الزيد فيذهب جفاء وأما ما ينفع الناس فيمكث في الأرض

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.” (Surah Ar-ra’d:17)

32 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. syukran ya akhi.. tulisan sungguh bermakna buat kami..

  2. Salam ustaz..

    Entry yang begitu bemakna, ana sangat setuju dengan pendapat ustaz.

    Mereka yang bermati-matian menentang kebaikan akhirnya akan bingung dan tertanya-tanya; “Mengapa aku lakukan semua ini?”. Hakikatnya mereka yang berjuang dengan menghina, mengata dan mencaci orang islam yang lain hanyalah melakukan kerja yang langsung tidak bermanfaat, malah memberi padah kepada dirinya sendiri.

    Syukran ustaz Suhaib, selepas ini ana akan biarkan sahaja kata2 menusuk telinga yang sering dilemparkan… tanpa membuang waktu menjawab pernyataan mereka yang sudah tentu ‘block’ segala hujah kita.

    Waktu kita terbatas dan kerja kita terlalu berat dan besar. Biarkan sahaja perkara kecil itu berlalu dan akhirnya lapuk dimamah zaman.

  3. semoga penulisan ini akan menjawab persoalan mereka yang tertanya2..merubat hati mereka yang sakit..dan mengukuhkan lagi hati mereka yang beriman dengan jalan ini..ameenn..

  4. dnia ni mmg la luas,kpnyaan ALLAH sdh smestinya…
    kte nk brdkwah pn mstlh mngikut khendak MAHA ESA…
    tp dlm aspek jihad, kita diwajibkn berjuang dlm satu jemaah,
    x boleh berbilang2 jemaah..
    mmg majoriti jemaah bgus dlm usaha dakwah dn tarbiyah,
    tp setuju x klo saya ckp:
    semakin byk jemaah, semakin berpecah umat Islam..?
    lebih teruk, bila byk jemaah, senang utk pihak kafir memperlagakn kita semua.. last sekali Islam jugak jdi mangsa..

    ingat, jumlah umat Islam yg ramai x boleh dijdikan sebab utk menubuhkn jemaah yg byk..
    malah bknnya satu mslh utk satu umat dunia Islam ini berpayung di bwh satu jemaah sj..
    tp utk keadaan skrg ni, adalah dimaafkn utk berbilang jemaah apabila negara2 Islam msih x bersatu.. jdi jemaah yg berbentuk REGIONAL perlulah ditubuhkn, dn tu pun wajib hnya SATU saja jemaah.
    dn jemaah anda telah pun melanggar peraturan ini..:
    mmbntuk jemaah lain yg tidak menyokong jemaah yg sedia ada..
    bknkah ia mmbntuk satu perpecahan..?
    dn perpecahan inilah senang dikawal oleh musuh utk menjatuhkn Islam itu sndiri..

    mmg x dpt dinafikan method dakwah jemaah anda sgt baik, sgt bgus,
    tp dlm aspek jihad dn strategi,
    jemaah anda hnyalah mmberi satu kelebihan pd musuh..
    lainlah kalau jemaah anda sudi menyokong dn bersama2 dgn jemaah yg sedia ada utk berdakwah.. dn itu dimaafkn…

    jdi, sebelum buat apa2 statement atau membentuk suatu jemaah,
    tengok2lah kitab2 agama dulu.. kaji mana boleh, mana yg x boleh..
    berjemaah dn jihad hnya dlm satu jemaah saja..

    dn saya disini terfikir.. “siapakah yg jahil sbnrnya..? dlm jihad ini…?”

    • betul,saya sokong bersatu kita teguh bercerai kita pasti roboh!!

  5. ermm.. semoga mesej dapat dibaca dengan ikhlas dan tenang

    saya suka membaca ..lebih suka bila perenggan pertama di’enter’ beberapa kali.. rasanya lebih mudah utk dihadam.

    maalesh

  6. Salam Akh Suhaib..satu perkongsian yang membuat hati saya lebih kuat.
    Semoga kita semua terus thabat pada jalan-Nya

  7. smoga penulisan ini disebar utk bacaan umum..trutamanya kpd kader2 yg bru mengenali grak kerja dakwah..syukron abg shuhaib..

  8. izinkan ana utk meng’copy’ dn menge’paste’…

    • adul,

      silakan untuk kebaikan bersama.jzk

  9. as’kum ust satu article yang bagus…mungkin saya ingin bertanya kepada “bunga merah” adakah salah untuk kita bersama bergerak pada satu tujuan dengan jemaah yang berbeza…Ini bagi pandangan saya yang amat kerdil : saya merasakan manusia byk fikrahnya dan adakah wajar untuk kita mengatakan hanya satu jemaah sahaja yang boleh dilakukan sementara fikrahnya berbeza dgn jemaah itu.Akhirnya org yang berlainan fikrah dengan jemaah itu akan tinggalkannya tarbiyah,dakwah dan sebgainya…Maka dengan adanya pertubhan lain,maka ini sebgai salah satu alternatif kita boleh memilih mana yang sesuai dgn fikrah dan sesuai dgn kita serta teruskan ditarbiyah dan membawa risalah islam itu sendiri.Namun kita tidak menolak jemaah yang lain dan kita masih boleh bersama memacu Islam.

    Minta maaf kalau pandangan ana ini tersilap kerana hanyalah orang yang memerhati dan menimang tara perkara yang baik dan buruk itu.

    Wassalam

  10. salam. syukran atas pencerahan..moga cahaya dakwah ini akan terus menembus segenap ruang hati-hati manusia yg alpa

  11. salam.
    post menarik. al-qafilah tasiir … walau kanatid dunya tukhalifuha …
    salam dari tanta.

  12. salam ya akh, semoga dakwah terus berkembang subur di bumi barakah ini

  13. ada 20 org dari johor nak ke perlis. 10 org naik bas yg disediakan, tp lagi 10 buat kepala sendiri. ada yg naik moto sendiri, kereta, lori, dan kapal terbang sendiri. semua kata “jom kita jumpa di perlis”. tp malangnya ada yg sesat tak sampai ke perlis. kalau sesat kemudian jumpa jalan yg betul xpe, tp kalau sesat dan tak sampai terus kan payah….

  14. artikel yg baik.

    Salah mrk bkn kerana naik kenderaan lain. tapi slahnya pd tidak ikut panduan. tu yg jd sesat. kalo semua ikut panduan. Jalan kaki pun bole sampai Perlis! btul x?

    Anda berhujah dgn hujah anda. kami pula berhujah dgn hujah kami. kita cari titik persamaan.niat harus dijaga, bukan utk bersaing semata2. tetapi utk mengagihkan tugas.saya yakin, niat kita utk kembalikan Islam yg Agung.So, tk perlu resah gelisah.tenang2 aja.Jika kita semua ikhlas,kita kan jumpa satu hari nnt.insya-Allah.

    Bukan salah berbeza pendapat.Itu fitrah. Salahnya ialah jika anda memaksa org lain menerima pendapat anda sahaja.Siapa yg tak bersama anda, anda perangi.Ini yg salah.

    Sbg muslim,kami tahu utk menghalakan senjata kami kpd musuh yg ssbenar.Kami tdk akan sesekali menghunus senjata kami kdp teman saudara semuslim.biarpun mungkin kita tdk bersama dlm satu organisasi, tetapi kita bersama dlm memastikan musuh Islam ditewaskan.
    So, hati2 anda dlm mengunkapkan kata.Takut2 anda telah ‘menghiris’ pada bukan tempatnya.

    ~adios.

  15. fiqh khilafiah !! artikel yang sempurna . sesuai untuk tatapan umum .

  16. sebuah bas menuju ke perlis, tapi dari johor ikut signboard kelantan, maka ke kelantan la sampainya… kalau nak ke perlis naik lah ape kenderaan pon, asalkan ikut signboard yg betul, maka kump penaik motor, kump yg naik kete sendiri, kump yg naik kapal terbang, kump yg berkonvoi basikal, hatta kump yg jalan kaki, kalau ikut panduan ke perlis dgn betul akan tetap sampai… biarpon lambat… yang penting ikut signboard… yg betul… trime kaseh ust shuhaib, post yg amat bermakna…

    bas risiko skang ni, dlm berita bas slalu masuk gaung… (gurau je)

  17. hmmm, sbg jawapan kpd Onak, sblm itu, berilah saya peluang utk berkata2 krana dia mahu mndgar apa yg saya ingin ckpkn sblm ini.. jika tidak, ke mana lgi saudara/i Onak nk dgr dri saya.. sayangilah saudara/i Onak seperti sayang pda diri sendiri. saya hrp komen saya ini dpt di’approve’.. Lebih2 lgi xperlulah kita takut kalau kita benar.. ok?

    jdi, kpd Onak:

    saya hrp saudara/i teliti balik dgn semua isi yg saya sampaikn sblm ini..:
    “lainlah kalau jemaah anda sudi menyokong dn bersama2 dgn jemaah yg sedia ada utk berdakwah.. dn itu dimaafkn…”

    jdi, apa yg saudara/i nyatakn adalah bertepatan sekali dgn apa yg saya mksudkn. bagus..!

    cuma apa yg saya ingin smpikan sebenarnya kpd kalian,
    sebelum buat apa2 keputusan, teliti dulu pd setiap sudut yg ada..
    contohnya pda isu jemaah ini, semak dulu sesuatu jemaah,
    adakah ia bersama2 dgn jemaah yg sedia ada, adakah jemaah itu menolong jemaah yg sedia ada. dn jika ya, dn secara pasti, betul dan benar, maka itu dimaafkan..

    dn apa yg dimksudkn “dimaafkan” di sini ialah:
    perkara itu diberi kelonggaran, tetapi hakikatnya ia tetap suatu yg salah.
    krana apa? sbb gerun dan sedih sekali jika kita ingatkn kmbali peristiwa peperangan antara para Sahabat sendiri selepas wafatnya RasuluLlah S.A.W.. Peperangan antara puak Saidatina A’isyah a.s. dgn puak Saidina Ali a.s. yg mengorbankan byk nyawa org Islam sendiri.. padahal mereka tahu siapa yg patut dihunuskan senjata, mereka tahu siapa teman seaqidah mereka.

    tetapi, walaupun memiliki ‘kelebihan’ ini, peperangan tetap berlaku sesama mereka.. Punca yg nyata – manipulasi musuh terhadap bilangan jemaah yg byk.

    Ya, betul saya tahu, sebab itulah perlu kita bertoleransi sesama jemaah..
    tapi ingin saya tanyakan pda saudara/i, wujudkah toleransi tersebut..?

    Wujudkah budaya ‘sayang-menyayangi sesama jemaah’ di dunia hari ini?
    Dan saya rasa boleh jika kita ‘apply’kan hadith RasuluLlah yg menyeru umat Islam menyayangi saudara mereka seperti menyayangi diri mereka sendiri.. ya, pda jemaah. Kerana jemaah dicipta oleh manusia, dn bukannya seperti agama Islam yg sempurna, dicipta oleh Allah. Jdi, suatu jemaah Islam itu pling teruk ad cacat-celanya yg tersendiri.. dgn kata lain, kewujudan jemaah adalah kewujudan manusia itu sendiri.. jdi, xde masalahlah klo kita ‘apply’kan hadith Rasul ini sesama jemaah sbg dalil utk bertoleransi sesama kita.
    Setuju?

    jdi, apa yg dimaksudkan dgn sayang-meyanyangi sesama jemaah?
    jika diletakkan pda jemaah, ia bermaksud memberikan peluang pda suatu jemaah itu utk mncapai objektifnya dahulu, menegur suatu jemaah apabila berlakunya cacat-cela, dan tidak melakukan sesuatu yg boleh menghalang suatu jemaah itu dripda bergerak dlm jalan Islam.

    dgn kata lain, melepaskan kesemua peluang yg kita ada pda jemaah yg telah pun wujud sebelum itu. dn jemaah anda tidak ad authoriti utk memiliki semua ini krana jemaah anda adalah jemaah yg kedua. jadi, ‘jemaah yg kedua’ ini tidak patut wujud sama sekali kerana awal2 lagi ia telah pun bertoleransi trhadap jemaah yg pertama, meyanyangi jemaah pertama seperti mana ia meyanyangi ‘jemaahnya sendiri’. Bila wujudnya keadaan ini, inilah yg dikatakan perpaduan. Dan perpaduan inilah yg sgt penting dlm jihad, dlm perjuangan.

    dan apa yg saya benar2 ingin katakan di sini, perlunya kita semua ada STRATEGI dn juga ILMU yg mantap dlm bab jemaah ini, kerana “kebatilan yg dirancang boleh mengalahkan haq yg tidak dirancang”. Dan yg mnjadi mangsa disini hanya Islam itu sendiri..

    dan saya puji semangat anda semua dlm memperjuangkan Islam ini, bagus dn sememangnya bagus tpi semangat shja tidak mencukupi, kerana ia boleh dipatahkan dgn senang jika tiada ilmu. ya, dgn senang sekali.

    macam nilah.. senang kata, cuba anda semua semak buku2 fiqh jihad dan jemaah, kaji dgn teliti semua isi2 dlm kitab tuh, dn jgn ambil sekerat2 shja. dan slps itu buat penilaian ttg hakikat jemaah dn perjuangan ini.. ok?

    oh ya, ttg fikrah yg berbeza tu, boleh saya tahu apa yg saudara/i faham ttgnya terlebih dahulu? kerana saya ingin mndgr dulu kefahaman saudara/i ttg ini sebelum membuat apa2 kenyataan. ok?

    P/S: saya harap pihak berkuasa dpt men’approve’kan komen ini, kerana kalau ia betul, boleh semua dgr, dan kalau saya silap, bolehlah anda semua menegur saya.. Peace to all.

    • ya betul,tapi kita tetap kena bersatu,ibarat rumah tanpa tiang pasti akan roboh samada di landa ribut ataupun tolak orang!!!!bersatu kita teguh,bercerai pasti roboh!!!

  18. psl kereta bas motor ni..

    semua mmg da ad peta, semua ad signboard tpi x baca, sebab?
    ntah, saya pun xtahu..

    nk lgi teruk, masing2 berlumba sapa smpi dulu..
    xde toleransi sesama member, yg start lambat nk gak potong yg laju..
    mcm bdak2..
    last2 accident sesama sendiri, semua x smpi pd hajat.

    -end of the story-

  19. Salam…Bunga Merah,
    Terima Kasih kerana membuka jalan perbincangan yang baik dan amat beradab. Komentar saudara sangat membuka minda. Kalau tak ada orang nak puji,ana puji…

    Pertama: Nada dan pilihan perkataan yang bersopan.
    Kedua : Lontaran idea yang bernas untuk diambil perhatian.
    Ketiga : Membawa dan mengalihkan perhatian kepada masalah pokok…iaitu mana satu yang wujud terlebih dahulu..dan kenapa masih perlu wujud jemaah yang kedua..SEDANGKAN MASING2 MENGATAKAN MATLAMAT KITA SAMA. Persoalan ini wajar dijawab dengan jujur oleh pihak yang menubuhkan.
    Keempat: Menekankan keburukan dan kemudaratan perpecahan(walaupun perkataan perpecahan ini sering dinafikan) terhadap umat Islam…walaupun seakan ada manfaat dari hasil dakwah..tapi side effect perpecahan?siapa nak baiki?
    Kelima : Apakah alasan berbeza FIKRAH…dibenarkan buat banyak jemaah? Ana tak pernah dengar bila kita mazhab hanbali,dia maliki,si fulan hanafi…masing2 boleh solat asing-asing,buat jemaah sendiri dalam satu masjid…melainkan pada zaman taasub mazhab yang paling kritikalyang berlaku dalam sejarah Islam.
    KITA SEMUA SATU NEGARA..HADAPI MASALAH YANG SAMA..KENAPA MASIH PELU BERPECAH?SEMATA-MATA ALASAN BERBEZA FIKRAH? SEDIH-SEDIH…

    salam perbincangan. Harap dapat publish…kalaukita sama-sam jujur cari penyelesaian…

  20. Salam,

    Agak2 nye, apakah jemaah yang tertua di ‘dunia’ ni selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah pada tahun 1923/24?

  21. salam

    haha..perbincangan yg makin hebat tapi isu ini bukanlah isu baru…

    49:10

    sebab itu ana masih cenderung utk menganggap diri ana adalah sebahagian drpd jemaah muslimin iaitu mana-mana individu atau masyarakat muslim yang iltizam dengan islam dan iltizam dalam memperjuangkannya walau mereka sekaran berada di mana-mana platform untuk menegakkan kembali islam selagi tidak lari daripada Al-Quran, As-Sunnah, pegangan ahlus sunnnah wal jamaah. sedangkan mana-mana jemaah yang ada sekarang hanyalah sebahagian daripada jemaah muslimin.

    konsep monopoli satu jemaah (atau platform) sahaja sehingga menimbulkan dengki dan saling menjatuhkan bukanlah jalan terbaik. musuh-musuh islam mengambil peluang akibat kelemahan kesatuan dan keikhlasan hati di kalangan muslimin, walaupun mereka itu sudah duduk di dalam satu jemaah. yang lebih aula bagi ana sekarang, ialah bagaimana setiap muslimin yang iltizam dengan deen ini dapat saling bekerjasama dan melengkapi kelemahan yang pasti ada dalam setiap jemaah bagi memacu perkembangan dakwah yang lebih berkesan dengan izin Allah.satu jemaah muslimin akan terealisasi dengan kehendak dan pengetahuan Allah, dan pertolongan Allah akan datang jika setiap muslimin daripada platform yang berlainan ini dapat mengubah apa yang ada dalam jiwa mereka terlebih dahulu, mengatasnamakan islam daripada nama kelompok tertentu. wallahua’lam.

  22. Salam. Kenape la ramai yang sibuk berbalah pasal jemaah mane yang tertua la pertama la, kedua la. Masuk satu-satu jemaah tidak menjamin kita masuk syurga. Allah tidak menjamin jemaah “X” untuk masuk syurga, tetapi menjamin mereka yang ikhlas beramal masuk ke syurga. Dunia ini terbentang luas, maka sama-samalah kita beramal. Jangan kita amalkan budaya dengki mendengki melihat kejayaan orang lain kerana Dakwah nabi itu datang sekali dengan akhlak. Tiada gunanya kita menceritakan tentang Islam kalau kita juga pada masa yang sama sibuk memperkatakan keburukan sama ada benar (buka aib) atau tidak (fitnah) Allah beri kelebihan kepada seseorang kerana usahanya yang gigih dan tersusun. Jahiliyyah yang tersusun boleh mengalahkan al-haq yang tidak tersusun. Maka, marilah sama-sama beramal. Ayo kita maju, beramal untuk mengislahkan bumi Allah ini. wassalam

  23. salam.
    smoge semua dalam rahmat Allah.

    persoalan saya ; adakah institusi jemaah itu serta hukum hakamnya perlukan level atau taraf fikrah seseorang utk membincgkannya serta memahaminya? adakah pelajar setahun jagung yg baru nak mengenal dakwah terus dibentangkan mengenai perihal jemaah serta gerakerja ini sedangkan amal asasi pun belum terjaga?
    “khootibunnasa ala qadari uqulihim, aturiduna an yukazzaballahu wa rasuluh” ?

    persoalannya ; adakah isu jemaah ini relevan utk dibincgkan dan dipanjangkan dlm masa yg sama pelajar2 mesir sangat mendahagakan bimbingan agama dan tarbiyah daripada gerakan2 islam yg ada?

    paling elok adalah sesiapa yang tidak berpuas hati / mempunyai masalah dgn pimpinan isma atau organisasinya, pergi bertemu mereka dan bersemuka serta duduk semeja bincangkan perkara ini agar tiada lagi suara2 sumbang yang menembak dari belakang saudara seislam sendiri.
    salam.

  24. benar2.kita bertemu dan berbincang..:) Ana tak nampak artikel ni menuju kepada sesiapa..kecuali mereka yang terasa pedas sendiri(dah kata dah jangan ambil cili kalau xtahan..)

  25. Salam ustaz… ana nak minta izin utk copy paste juga… syukran atas perkongsian ini

  26. Assalamulaikum..

    Maaf ana ni orang luar..
    sekadar memberi pendapat..
    Macam dah lari dari tajuk sebenar pada mulanya bincang pasal dakwah..
    tapi akhir banyak diperkatakan pasal jemaah pulak..
    Sedarlah kalau kita yang befikrah agama ni pun bertelagah pasal dakwah2 ni..
    macam mane masyarakat malaysia yang dahagakan dakwah di sana..
    patutnya tumpukan pada masalah akhlak masyarakat dan dakwah pada mereka dahulu tapi sebaliknya..
    tak kira lah jemaah pertama atau kedua or terakhir sekalipun.. tu bukan perkara yang patut dibincangkan lagi tetapi apa usaha dakwah pada masyarakt yang tak paham agama..
    masing2 ade hujah sendiri..takkan habis kalau nak berhujah sebab mentetliy manusia tidak serupa..tapi niat boleh serupa iaitu untuk menegakkan agama islam sendiri bukan saja di mesir tapi di malaysia nanti…
    fikirlah masalah ummat bukan fikir masalah jemaah..berusahalah berdakwah, Allah pasti akan berikan kemenangan pada islam nanti..
    Wassalam..

  27. salam syeikh tima kasih kerana perjelas kan isu..
    cara ustaz menanganinya saya kagumi..

  28. Bismillah..

    Akhi pendokong kuat satu gerakan.. Saya ingin bertanya kepada kalian semua beberapa perkara yang masih belum menenangkan saya untuk bersama atau meredhai dengan gerakan yang baru sedang gerakan lama sudah syumul.

    1) Ingatkah kalian khawarij yg mengaku mengikuti Alquran dan Sunnah itu, solat mereka jauh lebih khusyuk, tetapi tetap diperangi Sayidina Ali…

    2) Ingatkah kalian peristiwa mujahidin Afghanistan selepas berjaya mengusir tentera laknat Soviet? Masing-masing mengaku ingin memartabat Islam dan mengikuti AlQuran dan Sunnah tetapi natijahnya?

    3) Ingatkah kalian syarat diterima amal itu bukan hanya pada niat yang ikhlas, tapi cara yang benar?

    4) Tidakkah kalian takuti menjadi penyebab kepada lambatnya Islam itu tertegak sedangkan kalian ingin menegakkan dakwah ini?

    5) Walaupun dakwah ini mad’unya ramai, mengapa tidak kita bersatu dalam satu barisan dan sama-sama mengejar mad’u yang tidak kena dengan cara orang lain. Yang penting kita dalam satu kumpulan, agar “konsep dengar dan taat” kita jelas dan mencapai matlamat agung.

    5. Saudara katakan saudara tidak mahu membalas, tetapi bukankah saudara sendiri membalasnya dengan posting di atas? Cakap bersulam ayat lembut tetapi hakikat sebaliknya kan?

    Moga ALlah menunjukkan kita semua kepada jalan yang DIa redhai dengan CARA yang Dia redhai…

  29. Salam ustaz… ana nak minta izin utk copy paste juga… syukran atas perkongsian ini

    jazakumullahu khairan kathira =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: