Muslimah dibunuh di Germany, Ya Mu’tasim!!!

July 5, 2009 at 8:33 am | Posted in Diari Al-Azhar, Isu Semasa | 5 Comments

9

Marwa El-Sherbini, mangsa sifat perkauman buas tajaan Barat yang kononnya mendabik dada sebagai jaguh keadilan sesama manusia. Hanya Islam yang mengiktiraf hak semua bangsa di dunia.

Berita terkini yang amat menggemparkan kita semua sebagai umat Islam. Seorang muslimah warga negara Mesir yang sedang hamil 3 bulan telah dibunuh oleh seorang pelampau perkauman berbangsa German hanya kerana beliau memakai tudung kepala. Menurut sumber berita, wanita tersebut, Marwa El-Sharbini telah memfailkan kes tuduhan terhadap pembunuhnya itu, Alex kerana telah memanggilnya sebagai pengganas kerana beliau memakai hijab di sebuah jalan di bandar German. Pada hari Rabu yang lalu, hakim mahkamah memutuskan bahawa muslimah tersebut telah memenangi kes yang difailkannya itu. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, lelaki itu terus menikam Marwa lalu membunuhnya. Marwa mengikut suaminya yang sedang menyelesaikan kajian beliau dalam bidang genetik di salah sebuah universiti di sini. Laporan media turut menyatakan bahawa suaminya juga ditembak secara tidak sengaja oleh pasukan polis. Berita belum dapat dipastikan samada beliau telah meninggal dunia atau masih koma.

Pembunuhan ini menjadi isu hangat bagi negara Eropah yang sedang mengalami perdebatan hangat akibat sikap mereka yang tidak adil terhadap pakaian seorang muslimah. Baru-baru ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy membuat satu kenyataan kontroversi dengan menyatakan “Niqab”(penutup muka/purdah) tidak boleh diterima di Perancis.

TURKEY PARLIAMENT

10 tahun yang lalu,  pada 3 Mei 1999, isu hijab juga telah menjadi diskriminasi oleh pihak sekular di Turki. Merve Kavakci,seorang  ahli Parlimen yang dijadualkan untuk mengangkat sumpah di hadapan speaker telah cuba dihalau keluar dari bangunan parlimen kerana memakai tudung kepala. Tudung kepala itu dianggap bertentangan dengan prinsip sebuah negara sekular yang memisahkan politik dan agama. Dengan nada tegas, wanita ini berkata “Kepalaku ditutup adalah berdasarkan iman saya, saya akan pertahankan hak saya hingga ke penghujungnya”. Golongan yang tidak memahami Islam sentiasa akan berusaha supaya dihapuskan segala lambang kewujudan Islam. Ketakutan mereka kepada Islam melebihi ketakutan seorang anak kecil pada kegelapan malam.

Malunya umat ini. Tatkala wanita muslimah dibunuh, dihina dan dikeji hanya disebabkan mereka mempertahankan suruhan Allah di dalam surah An-Nur; tiada pun tindakan berani untuk mempertahankan wanita-wanita ini. Para pemimpin semuanya lebih sibuk dengan merasmikan pertunjukan fesyen yang menghairahkan. Di mana suara umat? Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan golongan penjenayah ini lari. Bagi mereka semua azab pedih di Neraka.

Kelahiran Mujahid bernama Yahya

June 29, 2009 at 9:14 pm | Posted in Diari Al-Azhar, Isu Semasa, Kenangan Dahulu, Motivasi Pejuang | 26 Comments

Photo-0104

Segala lafaz syukur dan rasa tawadhu kepada Allah kerana telah dikurniakan cahaya mata pertama dalam Keluarga Muslim yang telah pun berusia setahun setengah ini. Tanggal 28 Jun 2009 tepat jam 5.30 pagi, Yahya bin Shuhaib Ar-rumy telah selamat dilahirkan di Hospital Pakar At-Taufiqiah, Kaherah, Mesir dengan berat 3.5 kg. Ibu dan bayi dalam keadaan stabil dan sihat sejahtera.

Ketika saya bersekolah rendah dahulu, saya pernah membelek-belek koleksi buku dakwah ayah dan mak di rak. Saya terjumpa sebuah buku bertajuk “Bekalan di atas Jalan Dakwah (Zad ‘ala Toriq)” karangan al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur. Tatkala saya membuka muka surat pertama, ada sebuah catatan bertulis tangan berbunyi “Ku Hadiahkan buku ini untuk dua orang anakanda kesayanganku Shuhaib Ar-rumy dan Salman Al-farisi. Semoga menjadi pewaris perjuangan ini.  Daripada Ayah dan Mak”. Sedangkan tarikh buku itu dibeli adalah pada 1985, tahun yang sama saya dilahirkan. Jadi saya fahami tulisan itu adalah doa yang tersirat daripada kedua ibubapa saya untuk anak-anaknya mewarisi perjuangan dakwah yang panjang ini. Sempena kelahiran putera sulung saya ini, saya mencontohi apa yang pernah ibubapa saya lakukan. Saya menulis entri ini untuk tatapan anakanda kesayangan,Yahya bin Shuhaib Ar-rumy suatu hari nanti. Moga kelahiranmu bakal mengulangi kembali sejarah tokoh-tokoh unggul ummah yang bernama YAHYA:

1. Nabi Allah Yahya a.s:

Allah swt berfirman di dalam Al-quran : Wahai Yahya, ambillah Kitab ini dengan kuat (keazaman, teguh dan bersungguh).(12:Maryam). Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya, bahawa kuat itu bukan semata-mata kuat jasmani bahkan ia adalah kekuatan jiwa dan ruh. Usaha dan jihad untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini bukanlah kerja sehari semalam. Dakwah ini telah kita warisi daripada generasi ke generasi. Justeru, kekuatan diri dan ruh adalah unsur utama bagi pemikul risalah. Kini tibalah giliranmu wahai Yahya untuk dirimu bangkit dan menggolongkan diri bersama kelompok terpilih para pejuang. Moga maani tarbawi di dalam ayat seruan kepada Nabi Yahya ini akan menyerap segar dalam sanubarimu.

2. Yahya ‘Ayyash

hamas_ayyash

Jurutera Istisyhad bagi kebangkitan jihad di bumi barakah Palestin. Yahya ‘Ayyash adalah master-mind jihad Palestin yang telah menghidupkan kembali erti jihad dan pengorbanan serta ‘ezzah dan karamah setelah sekian lama tersungkur di meja rundingan tajaan Barat dan pengkhianat ummah. Beliau yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Birzeit, Palestin bertanggungjawab terhadap puluhan operasi istiyshad yang telah mengorbankan banyak pengganas Yahudi dan mencederakan ratusan lain daripada mereka. Sehingga kini idea yang dipelopori beliau dijadikan sebagai operasi utama oleh para mujahidin di Palestin untuk membebaskan al-Quds. Semoga anakanda Yahya menjadikan Asy-syahid Yahya ‘Ayyash sebagai model perjuangan dalam jihad mubarakah ini. Ameen Ya Rabb.

– Jazakallah kathira dan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk kesejahteraan keluarga kami. Balasan dari sisi Allah adalah sebaik-baik balasan dan ganjaran. Daripada Abu dan Ummu Yahya.

Photo-0090Photo-0102

Photo-0092

Kejayaan pasti milik kita

April 27, 2009 at 6:03 pm | Posted in Buat Remaja, Diari Al-Azhar, Motivasi Pejuang | 5 Comments

d8a7d985d8aad8add8a7d986

Musim peperiksaan singgah kembali di bumi Mesir ini. Sudah tentu semua pelajar sibuk dengan jadual ulangkaji, study group, dan menghadiri kuliah. Nota-nota matapelajaran juga sudah mula dibelek-belek. Ada yang suka membaca pada waktu awal pagi beralasan ketika itu masa yang segar dan nyaman. Ada juga yang suka waktu selepas solat Asar dan menjadikan masjid sebagai tempat belajar. Apa pun pilihan kita, yang utama ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang di dalam bidang yang diceburi. Continue Reading Kejayaan pasti milik kita…

Bahtera kebenaran tetap akan berlayar

March 14, 2009 at 11:18 pm | Posted in Buat Remaja, Diari Al-Azhar, Isu Semasa, Motivasi Pejuang | 32 Comments

dakwah2

Saya sering diberitahu oleh teman-teman tentang syubhat ataupun tuduhan yang menurutnya menimbulkan beberapa persoalan tentang kebenaran dakwah dan para pengikutnya. Saya pun mendengar serta meneliti setiap kata-kata dalam rakaman audio video maupun tulisan samada di makalah, blog ataupun email berkenaan dan mendapatinya dipenuhi dengan maklumat yang sedikit sebanyak telah menyatakan apa yang tidak pun berlaku. Penulis atau pembicara itu membuat pelbagai kata-kata berbentuk hasutan supaya manusia yang lain menjauhkan diri daripada cahaya dakwah ini. Bahkan semua itu menggambarkan seolah-olah sang pembicara memiliki satu pandangan negatif terhadap mana-mana pihak yang ingin menyumbang untuk kebaikan bersama di bumi kepunyaan Allah swt. Continue Reading Bahtera kebenaran tetap akan berlayar…

Gempar Di Kaherah

February 25, 2009 at 12:15 pm | Posted in Buat Remaja, Diari Al-Azhar, Isu Semasa | 1 Comment

ikh3

Gempar! Saya agak terkejut dengan kejadian di kawasan beli-belah yang popular di tengah-tengah kesibukan bandar Kaherah. Letupan bom yang membunuh seorang pelancong Perancis dan 21 lain sebagai mangsa kecederaan. Kawasan ini sememangnya sibuk dengan manusia. Kami pelajar Malaysia juga sering berkunjung ke sini yang terkenal dengan harga barangnya yang agak berpatutan. Pasar Khan Kalili yang sudah berusia hampir 500 tahun masih gah sebagai pusat tumpuan pelancong untuk membeli ole-ole sebagai kenangan. Continue Reading Gempar Di Kaherah…

Hukum Jamak solat Asar dengan solat Jumaat

February 13, 2009 at 1:46 am | Posted in Diari Al-Azhar | 9 Comments

solat_masjid

Solat asar tidak boleh dijamak bersama solat Jumaat samada pada waktu musafir atau biasa pada pandangan paling sahih di kalangan ulama. Tidak ada dalil yang menunjukkan bolehnya jamak antara solat asar dan solat Jumaat. Perbuatan ini tidak pernah diriwayatkan baik daripada Nabi saw maupun para sahabat baginda. Maka wajib untuk meninggalkan kebiasaan ini. Sesiapa yang telah melakukan jamak antara solat asar dan solat Jumaat hendaklah menunaikan kembali solat asar apabila masuk waktunya. Sunnah meriwayatkan bahawa jamak antara solat zuhur dan solat asar. Sedangkan solat Jumaat bukanlah solat zuhur; ia adalah solat yang tersendiri. Jika seorang musafir menunaikan solat zuhur dan tidak menunaikan solat Jumaat, maka dia dibenarkan untuk jamak solat asar dengan solat zuhur tersebut. Ini kerana solat Jumaat tidak wajib bagi musafir. Diriwayatkan bahawa Nabi saw menunaikan jamak antara solat zuhur dan solat asar semasa Haji widak, pada hari arafah dengan satu azan dan dua iqamah, dan baginda tidak menunaikan solat Jumaat. Wallahu ‘alam

sumber: Ikhwan Online

The 41st edition of Cairo International Book Fair 2009

January 20, 2009 at 11:32 am | Posted in Buat Remaja, Diari Al-Azhar | 4 Comments

144970665_19c619d9e9

Sekali lagi seperti yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa Malaysia di bumi Mesir, Ma’rodh Kutub (Book Fair) datang menawarkan seribu macam buku, kaset, video, audio, poster dan semua jenis penerbitan. Tarikhnya 21 Janurai hingga 5 Februari 2009. 765 syarikat penerbitan dari hampir 27 negara seluruh dunia sudah mengesahkan penyertaan. Kali ini khabarnya United Kingdom menjadi tetamu kehormat. Mungkin lebih banyak buku-buku berbahasa inggeris akan ada menanti pelanggan. Continue Reading The 41st edition of Cairo International Book Fair 2009…

Pesanan di permulaan jalan bahagia

July 6, 2008 at 6:33 pm | Posted in Buat Remaja, Diari Al-Azhar | 4 Comments

Kebelakangan ini boleh dinamakan sebagai musim perkahwinan. Banyak juga saya menerima jemputan perkahwinan baik dari dalam negara maupun di perantauan ini. Minggu lepas rakan sepersekolahan saya yang kini belajar di Jordan telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan hatinya. Continue Reading Pesanan di permulaan jalan bahagia…

Singsingkanlah lenganmu dan teruskan bekerja!

May 29, 2008 at 2:44 pm | Posted in Diari Al-Azhar, Motivasi Pejuang | 8 Comments

Sekarang saya masih lagi dalam “exam mode” bagi semester kedua untuk sesi pengajian tahun 2007/08 di Universiti Al-Azhar-Asy-syarif di cawangan Tanta ini. Kebanyakan subjek kali ini adalah merupakan matapelajaran teras kepada Kuliah Syariah Islamiah wal Qanun (Fakulti Pengajian Islam dan Undang-Undang) contohnya Continue Reading Singsingkanlah lenganmu dan teruskan bekerja!…

Walimah yang penuh ceria

February 28, 2008 at 10:14 pm | Posted in Diari Al-Azhar | 6 Comments
img_0033.jpg

Selepas hampir dua minggu saya dan isteri menjalani hidup berumah tangga, majlis walimah atau kenduri kahwin pun dilangsungkan menepati sunnah Rasulullah saw “Laksanakanlah walimah walaupun dengan seekor kambing”. Majlis walimah amat dituntut sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah swt yang telah menemukan hati dua insan dengan cara syarak. Juga sebagai pengisytiharan rasmi kepada masyarakat bahawa pasangan ini telah diikat secara sah sebagai suami isteri supaya mengelak prasangka dan salah faham. Begitulah telitinya Islam menjaga keharmonian ummat dan menjamin kehormatan maruah seseorang individu dan sesebuah keluarga. Continue Reading Walimah yang penuh ceria…

Next Page »

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.