Agenda besar penentu corak kehidupan

November 9, 2009 at 3:03 pm | Posted in Uncategorized | 12 Comments

Bagi seseorang yang benar-benar ingin mencapai sesuatu yang besar, nescaya dia pasti akan menjelmakan cita-citanya itu dalam kehidupan seharian. Masa dan waktu tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa di isi dengan perkara bermanfaat. Setiap pergerakan dan nafas yang keluar masuk dari tubuh dipastikan bagi menggapai tujuan tertinggi. Jadi kita sebagai barisan mahasiswa yang juga pendakwah hendaklah serius dalam memikirkan agenda kita adalah besar dan agung.

Kita bukan hanya mahu pulang menggalas ijazah atau lain-lain sijil akademik semata-mata. Bukan jua hanya membataskan kemahiran kepada pengurusan organisasi dan pengendalian mesyuarat. Tidak juga sekadar berputar di sekitar usrah, qiamullail dan kem-kem motivasi. Kita mesti letakkan sesuatu yang besar dalam jadual rutin harian kita. Usah kita jadi seperti manusia kebanyakan yang mengulangi putaran yang sama setiap hari. Akhirnya tiba masanya untuk berpindah ke dalam liang lahad. Dirinya sendiri tidak menyedari perjalanan hidup yang cukup singkat.

Seorang tabiin pernah menyatakan “Hammuka ala qadari ma ahammak” yang bermaskud “Keseriusan anda adalah bergantung pada kadar apa yang kamu sibukkan”. Ini bererti jika seseorang itu sibuk dengan membincangkan sesuatu yang tidak berfaedah, maka tahap seriusnya dalam hidup ini juga seperti itu. Saya melihat ramai di kalangan kita kurang mahir menyusun jadual waktu dan menentukan awlawiyat dalam pengurusan. Kadangkala kita meletakkan urusan yang sepatutnya dianggap penting di tempat nombor 2 ataupun seterusnya. Begitu juga sebaliknya. Kita menjadikan perdebatan tentang sesuatu yang tidak penting sebagai salah satu kesibukan yang utama. Akibatnya, banyak masa kita terbuang begitu sahaja. Peribadi diri dan pembangunan syakhsiah tidak diberikan penekanan. Skil-skil major sebagai seorang mahasiswa seperti bakat kepimpinan, pengurusan ogranisasi, perhubungan sentara, berhujah secara ilmiah tidak dikuasai. Isu penguasaan bidang takhasus juga menjadi satu persoalan besar kepada kita semua. Adakah kita benar-benar menguasai ilmu yang kita pelajari atau ia sekadar tiket dalam peperiksaan bagi mandapatkan segulung ijazah? Sebagai graduan Azhari dan jua Timur Tengah, kita seharusnya memastikan diri kita bersedia untuk bersaing dengan lulusan graduan daripada universiti tempatan maupun lepasan universiti luar negara yang lain. Sejauh manakah kita mampu menongkah arus materialistik masyarakat di tanah air nanti.

Sekirannya kita jelas dan terang apakah kesibukkan yang seharusnya kita libatkan dan korbankan diri dan masa, sudah tentu tidak ada bagi kita ruang-ruang kecil untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Ada manusia akan sibuk mengulas dan bercakap-cakap tentang kerja orang. Mereka boleh kita ibaratkan sebagai penonton kepada perlawanan bola sepak. Mereka akan terus bertutur dan mengkritik. Usah dipedulikan dengan semua itu kerana kita lah pemain dalam padang dan gelanggang. Kita lebih mengetahui taktik dan cara kerja kita. Ada juga manusia yang sanggup menghabiskan masa menjadi golongan “Nammam” iaitu istilah peribahasnya batu api. Kerjanya bangun pagi dan update blog supaya manusia ini berpecah belah dan meruntuhkan kasih sayang antara satu sama lain. Mereka menyatakan ini adalah blog peribadi dan hak mereka untuk tulis apa sahaja. Saya mahu katakan pada mereka; Tulislah dan publish semahunya, tapi setiap kita ada buku catatan masing-masing. Jika anda rasa itu usaha anda bagi menggapai redha Allah swt, teruskan hingga ke akhir hayat anda. Tapi awas, jika hati kecil ada membisikkan tentang ragunnya tentang kerja itu, elok benar anda hentikan sebelum Izrail menjengah tiba.

Agenda peningkatan diri dan ilmu itu yang perlu kita jadikan dalam tempoh masa di perantauan ini. Perkara-perkara riuh dan gempak itu kadangkala mampu mengalihkan pandangan kita daripada mencapai objektif dan sasaran yang telah kita gariskan. Jika ada ribut dan taufan, kita umpamakannya seperti ribut dalam secawan kopi. Hanya satu putaran sementara bagi melarutkan sesuatu di dalamnya!

12 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. eringatan yang ringkas tapi cukup padat dan bermanfaat syeikh! Semoga kita sama2 terus menungkatkan amal kita.

  2. jazakallah ustaz,
    the perfect dose of medicine for injured daie souls.

    your spirit lives on with your followers,
    org2 yg telah ustaz tarbiah….

    your strength ignites our steps,
    2 keep walking,
    no matter what lies ahead…

    the darkest dark of night comes a few seconds before the brightest bright of sunrise.

    Lead us towards the sunlight… =)

  3. Cukup padat… tertarik dengan ayat akhir. Ribut taufan ibarat putaran air dalam secawan kopi yg akan melarutkan sesuatu di dalamnya. Tetapi tetap akan ada saki baki serbuk teh/kopi yg tetap berdegil dengan bentuk mereka biarpun seluruh cawan telah menjadi kopi!

    Akhirnya serbuk itu ditinggalkan dan dibuang.

  4. salam; walaupun ringkas tapi padat dan penuh dng peringatan bagi seorang mahasiswa,Mohon kpd Allah supaya tidak tergelincir dari landasan kebenaran.Robunna ma’ak ya akh.

    “Qul haazihi sabili ad’u ilallah”

  5. satu lagi pengisian menarik daripada ustaz suhaib

  6. tazkiyyatunnafs bagi merawat luka luka jiwa.masa itu adalah sebahagian dari rawatan yg mustajab..Allah musta’an..

  7. Salam.. Syukran atas post ini.moga Allah mengganjari amal baik tersebut..

    minta izin mahu diletakkan di blog peribadi :D…

    .Fahmi

  8. jzkk akhi, satu tulisan yang baik, juga peringatan yang bermanfaat. bukan sekadar buat antum di Mesir, juga bagi kami para du’at di mana sahaja, Australia, Korea, India, di mana sahaja.

  9. wah, mencengkam jiwa siapa yg membacanya. jzkkk akhi shuhaib..

  10. nice one akhi! ermm, mcm familiar plak ayat Nammam tuh, di mana pernah baca ek?

  11. peringatan yg amat tereksan sekali..!!

    mohon di share apa apa yg patut ..

    • * terkesan *


Leave a comment

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.