Dengki dengan orang lain

March 17, 2009 at 12:04 pm | Posted in Uncategorized | 74 Comments

fathi-yakan

Ustaz Fathi Yakan, Ulama Lubnan yang banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah di dunia

Ini adalah saringan bebas saya daripada buku karangan ulama Lubnan, Ustaz Fathi Yakan bertajuk “Bahtera Penyelamat”. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca.

Kadang-kadang di atas Jalan dakwah ini kita bertemu dengan gangguan daripada saudara seperjuangan. Seolah-olah mereka cuba menghentikan kita daripada beramal atas kefahaman kita yang sahih dan jelas. Mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan taktik supaya kita duduk dan menganggur. Pendek kata, mereka mahukan kita ini keluar dari Jalan yang panjang ini. Dahsyat sungguh!

Rasulullah sudah berpesan kepada kita tentang perkara ini. Dalam sebuah hadis yang ditakhrijkan oleh Abu Bakar bin Bilal daripada hadith Anas di dalam kitab Makarim Akhlak :”seorang mukmin itu berada diantara lima ancaman:

1. seorang mukmin yang dengki padanya

2. munafiq yang membencinya

3. kafir yang membunuhnya

4. syaitan yang menyesatkannya

5. hawa nafsu yang menggodanya”

Para pendakwah yang ikhlas akan menghadapi semua ancaman ini. Golongan yang dengki ini sangat tidak selesa dengan pencapaian orang lain dalam amal dakwah. Mereka hanya inginkan semua kejayaan dan hasil yang diperolehi para pendakwah hilang dan lenyap. Hati mereka sengsara. Jiwa mereka sakit menderita. Mereka sanggup merancang tipudaya ke atas saudara-saudara mereka. Perumpamaan mereka seperti kisah Qabil yang dengki, hasad, dendam yang membuak-buak hingga akhirnya membunuh saudaranya Habil. Sepanjang sejarah dakwah sejak dahulu hingga kini dicatat dengan kisah hasad dengki bukannya dari orang asing bahkan dari kawan dan sahabat rapat! Ibnu Mu’taz pernah berkata:“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”

Golongan yang dengki ini akan menghalalkan semua yang dilarang dan diharamkan untuk mencapai tujuan dan cita-cita peribadi mereka seperti api yang membakar daun-daun hijua juga daun kering. Saya kongsikan di sini beberapa hadith untuk golongan ini mengambil iktibar dan pengajaran jika pintu hati mereka masih terbuka:

“Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)

“Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya daging itu, dikatakan kepadanya “Makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu”. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak”. (Hadith riwayat A1-Tabrani dan lain-lain)

“Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Mengapa mereka dengki?

Merasa dirinya lebih mulia berbanding orang lain. Dia tidak rela orang lain mengatasinya dalam apa jua perkara. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Bertaubatlah wahai orang-orang yang beriman sebelum datangnya ajal.

About these ads

74 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. ini menjawab kpd persoalan yg timbul pd akhi bunga merah..i.allah..moga terus thabat..

  2. insyaAllah post akh benar2 membantu kami

  3. moga thabat~

  4. Ana ada terbaca di blog ini :

    http://tilikcelik.blogspot.com/2008/11/tidak-diterima-solat-lelaki-yang.html

    yang mengatakan ini :

    Tidak Diterima Solat Lelaki Yang Memakai Seluar, Kain, Seluar Melebihi Buku Lali

    apa komen?

  5. hmmm, saya sedikit tergelak apabila mambaca post ini, maaf kerana ia satu realiti dari saya..

    kpd saudara Adul, saya rasa ramai yg fikirkan yg saya ni berdengki pda saudara saya sendiri.. x apalah klo anda semua fikirkan cmtuh, kerana byk manusia, byk persepsi.. dn hnya Allah yg tahu apa yg ada dlm hati saya..

    cuma, kalaulah post ini ditujukan pada saya.. saya ingin highlightkan satu perkara pda hadith RasuluLlah yg dilampirkan di sini..:

    “Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)

    cuba tengok baris ketiga, “…pada hal ia tidak demikian”,
    jadi, megikut ilmu fiqh Islam dan akal logik, saya ingin bertanya kpd semua, adakah apa yg saya komen adalah salah? adakah apa yg saya komen tidak betul pada realti jemaah ini?

    oh ya, sebelum menjawab persoalan saya, saya sarankan anda semua membaca dan memahami dahulu kitab2 fiqh jemaah dan perjuangan. maaf saya terlupa, kerana hnya org yg tidak memahaminya sahaja akn menjawab: “ya, kamu salah, bunga merah!!’

    so peace!

  6. oh ya, terlupa satu perkara:

    dan suka saya bertanyakan pada anda semua semula,
    siapa yg dengki siapa sekarang ni..?

    adakah jemaah yg sedia ad berdengki dgn jemaah yg baru?
    atau adakah suatu kelopok manusia yg berdengki dgn jemaah yg sedia ada sehingga menubuhkan jemaah yg baru sbg usaha mereka menghancurkan kami..?

    tengok pada sejarah, peredaran masa, tnya pada diri anda sendiri,
    siapa yg dengi siapa sekarang ni?

    dan kami jemaah yg sedia ad ini ditentang oleh musuh Islam di malaysia (golongan jahil dibwh telunjuk org kafir) sbg satu drpd 5 tentangan yg diterima oleh pendakwah. dn saya x ingin sebut, siapa pula teman seperjuangan yg menentang kami sendiri di komen ini..

    cuma saya ingin bertanya, adakah jemaah anda ada menerima tentangan pihak kafir di malaysia ini sbg salah satu bukti kebenaran jemaah anda?

    wujudkah tentangan tersebut sepertimana kami ditentang oleh mereka?
    kami ingin beritahu di sini, kami bangga apabila mencukupi 5 tentangan ini sbg bukti kebenaran kami.

    tapi, bagaimana dgn anda pula….?

  7. ish..’asif..bkan mksud sya mngatakan saudara dengki pd yg lain..ttapi kpada individu2 yg jahil dlm mengatakan jemaah mana yg btul dn yg salah..mngkin persoalan ini timbul tatkala kita keliru dlm memahami grak kerja dakwah..dn persoalan dlm memilih jemaah yg sesuai dgn fikrah kita yg mulia..moga terus thabat..
    ‘kita adalah golongan yg bekerja..bukan hanya berbicara’
    senyum selalu :D

    • yang penting kita harus saling menghargai suatu pendapat orang lain kalau memang itu benar sesuai dgn keterangan dan hadist jgn terlalu di permasalah kan cos banyak kaol kaol ulama…

  8. owh, maaf kerana salah phm terhdp anda.. btul2 maaf..

    tapi, mengenai alasan fikrah berbeza yg anda sebutkan, saya rasa anda boleh rujuk komen Al-Wahdah dlm post “Bahtera kebenaran tetap akan berlayar”, post sebelum ni..

    mengenai perkara ni, saya ingin tanya, bagaimana boleh wujudnya fikrah yg berbeza ni..? Sedangkan Islam hnya satu sbg agama kita..?

    macammana Islam yg diturunkan oleh Allah ini boleh memecah-belahkan pemikiran kita semua…? Sdgkan ia dri Allah, Tuhan sekalian alam yg Maha Bijaksana?

    Allah telah pun menyusun agama Islam dgn sempurna sekali dan sudah tentu mengambil kira isu fikrah yg berbeza ini..

    Jdi, fikir baik2, ia suatu yg pelik bukan..?

    haha, jawapannya ialah, sebenarnya fakta mengenai fikrah yg berbeza ttg jemaah ini sebenarnya tidak wujud sama sekali.. kalau tidak percaya,
    fikir balik ttg apa yg saya telah khabarkan di atas.

    jdi, fakta fikrah yg berbeza ini hanyalah alasan semata2 utk membntuk jemaah yg byk. hnya alasan semata2.. tidak lebih dri itu.

    dn kalaulah saudar/i tetap ingin membenarkan fakta ini,
    x apa, okeh, kita ckp fikrah boleh berbeza, tpi.. jawab saya, apa masalahnya dlm isu berjuang bersama2?

    fikir baik2..
    bagaimana umat Islam boleh solat berjemaah bersama2 dlm masjid, hatta sama2 menunaikan haji di Makkah walaupun terdptnya fikrah yg berbeza? bukannya satu negeri, bukannya satu negara, tapi seluruh dunia!

    jdi, perlu diingatkan di sini, fikrah hnyalah pemikiran semata2, pemikiran SAHAJA.. sbg contoh, saya boleh katakan yg anda hodoh (xder kaitan dgn mana2 yg hidup dn mati), tpi adakah itu mghalang saya dri berkawan dgn anda? tentu tidak sama sekali!

    Fikrah tetap berbeza, namun gerak kerja Islam tetap dlm satu jemaah shj. Contoh yg lain, saya tetap menolong anda walaupun sifat peribadi anda sgt bertentangan dgn saya.. tpi sebab anda adalah manusia, seorang muslim, perlukah saya tidak bersama dgn anda…? Perlukah saya meninggalkan anda..? Sekali lagi, tentunya tidak!

    jdi, fikrah yg berbeza ini hnyalah satu ilusi semata2 dn xperlulah dizahirkan dgn perbuatan, xperlulah dizahirkan dgn pembentukan jemaah yg baru. terimalah mana2 jemaah yg sudah ada, dn inilah yg dikatakan mengorbankan fikrah sendiri utk bersatu padu.

    sepertimana mazhab yg berbeza boleh bergabung di bwah nama Islam,
    fikrah yg berbeza juga boleh bergabung di bwh satu jemaah, dan perlu diingatkan, penggabungan ini bukannya atas sebab kepentingan peribadi suatu jemaah seperti yg anda semua katakan, malah ia tetap atas nama Islam juga pada akhirnya.

    sebab apa? kerana utk mgurangkn risiko manipulasi musuh dn utk mengelakkan berlakunya perpecahan sesama kita dgn sendirinya..

    jdi, kesimpulan secara hakikinya, fikrah yg berbeza bukanlah alasan utk mmbntuk jemaah yg byk.. Mana boleh suatu fikrah tidak sesuai dgn kita, padahal ia tetap dri Islam, dn dri Allah SWT. Hanya org yg kurg ilmu agama sahaja akn mnyatakan usul suatu fikrah yg tidak sesuai dgn Islam itu sendiri. dan hnya fikrah yg sedemikian rupa shj yg tidak sesuai dgn kita.. manakala yg lain, yg dinyatakan oleh golongan yg berilmu agama yg mantap seperti Imam2 mazhab, semuanya sesuai dgn kita walaupun mgkin ada yg kita tidak menerimanya..

    jdi, bertoleransilah sesama kita, sesama jemaah. lupuskan sahaja jemaah yg baru ini, kerana kita sepatutnya berada di bwh satu jemaah sahaja, Demi Allah, demi Islam, demi melaksanakan tugas kita sbg khalifah di muka bumi ini..

    WAllahuA’lam..

    • Jamaah itu bermaksud anda bersama dengan kebenaran walaupun anda berseorangan. Tidak perlu kita memaksa sesiapa untuk bersama dengan persatuan atau gerakan kita. Kalaulah persatuan/gerakan itu mendakwa dia adalah Jamaah yang wajib untuk diberi wala’ dan sesiapa yang keluar daripadanya diisytihar “bughah”, maka sila nyatakan sekarang nama persatuan/gerakan tersebut. Jika tiada, masing-masing usah menganggap persatuan/gerakannya adalah “Jamaah” dengan erti katanya yang khusus.

      Artikel ini dipetik daripada kitab “Bahtera Penyelamat”, ditujukan untuk semua termasuk diri penulis blog supaya kita sentiasa beringat dan tidak menghabiskan masa dengan pertikaman lidah yang tidak membawa kepada amal.

      Sekarang, masing-masing beramal dengan cara dan pendekatan yang difahami selagi mana tidak bertentangan dengan Al-quran dan Sunnah. Bekerjasama tidak semestinya berada di dalam persatuan/gerakan yang satu.

      • Tiada siapa yang salah di sini. Allahu Musta’an

        Kepada semua,

        Boleh rujuk buku karangan Al-Marhum Said Hawa bertajuk “Kaifa La Namdhi ba’idan ‘an ihtiajil asir” terbitan Darus Salam(boleh didapati di mana-mana cawangan Maktabah Darus Salam). Juga buku “Toriq ila Jamaatil Muslimin” karangan Hussein Muhsin Jabir(boleh didapati di Maktabah Iklam di Abdur Rasul). Kedua-dua buku ada menjelaskan dengan baik segala persoalan tentang jamaah. Selamat membaca.

        Kepada bunga merah,
        Abdullah Bin Masud berkata: “Jamaah ialah apa yang menepati kebenaran walaupun anda berseorang diri”. Bukan takrifan saya tetapi takrifan Sahabat radhiallahu anhu.

        Terima kasih. Cili sekarang banyak yang dah tak pedas ye.

  9. hmmm… pertama sekali,
    bertikam lidah?
    haha, saya sekali lgi ingin tergelak apabila mmbaca post ini,
    maaf, sekali lgi realiti drpd saya yg hina ini..

    tpi saya ingin bertanya pda ustaz dulu,
    tidakkah penubuhan jemaah yg kedua ini adalah satu ‘pertikaman lidah’ dgn jemaah yg sedia ada yg wajib diberi wala’ ini?

    bukti? tnyalah mana2 org yg ambil cakna ttg bnda nih, msing2 mengeluarkan pendpat yg bercirikan satu pertikaman lidah.
    dan perlu diingatkan di sini, bukan saya atau mana2 ahli jemaah yg sedia ada yg memulakan pertikaman lidah ini, tapi, jemaah yg kedua inilah yg memulakan dahulu.

    sebab? kalau tidak ad jemaah yg kedua ini, bukankah aman umat Islam warganegara Malaysia ini? bukankah yg phm ttg Islam ini dan yg sedia berjuang pd jln Islam ini, semuanya bergabung di bwh satu jemaah? dn tidak ada lgi pertikaman lidah sesama kita?

    dan di sini saya suka utk mengingatkan kita semua bhw, utk menyelesaikan suatu masalah, perlulah kita mula dri akar umbinya dahulu. jika tidak, pihak Zionist skrg x bersalah dlm serangan baru2 ini kerana ‘pda awalnya’ pihak Hamaslah yg melancarkan roket pd Israel dahulu. Jika tidak dilihat pda akar umbi, manusia boleh menggunakan idea-separuh-punca ini utk menyalahkan Hamas. Jdi, gembirakah ustaz dlm menyalahkan Hamas ini…? Sudah tentu tidak! Zionistlah yg bersalah kerana menyerang Palestion 60 tahun dahulu.

    jdi, samalah situasi kita dlm menyelesaikan masalah ini, oh ya, sebelum saya maju lebih ke depan, perlu saya ingatkan pda ustaz, bahawa penubuhan jemaah yg kedua ini adalah satu bentuk kemungkaran.
    X percaya? Bacalah kitab2 fiqh jemaah dan perjuangan, ia sudah nyata disitu bhwa penubuhan jemaah yg kedua adalah satu kemungkaran. dan hanya dimaafkan apabila ia bergabung dan bersama2 dgn jemaah yg sedia ada.

    dn mengikut hadith RasuluLlah SAW, yg bermaksud, jika kamu melihat suatu kemungkaran, cegahlah ia dgn perbuatan, jika tidak mampu, dgn idah, dn jika tidak mampu, dgn hati, dn itu adalah selemah2 iman.

    dn, saya hanya dlm usaha utk mengikut hadith ini, salahkah saya? salahkah suatu hamba utk memperbetulkan suatu kemungkaran?

    Insya-Allah tidak. dan saya ingin beritahu di sini, jika kami nak, boleh saja kami laporkan pda kerajaan mesir utk mengharamkan jemaah yg kedua ini, tpi, perbuatan ini tidak mampu utk mencegah kemungkaran ini secara berkesan, kerana boleh jadi jemaah ust akn bergerak secara tersembunyi pula,
    dan sebab itulah saya cuba utk mencegahnya dgn lidah, tpi mengapa hakikatnya org menganggap saya bertikam lidah?

    semuanya kerana kurgnya ilmu dlm fiqh jihad dan perjuangan ini, perkara baik akn dinmpk buruk, perkara jahat akn dinmpak baik.
    jdi, saya dgn rendah diri ini memohon pda ust utk menyemak semula kitab2 fiqh jihad dn perjuangan dgn sepenuhnya..

    semuanya tercatat di situ, termasuklah definisi ‘jemaah’ yg sebenarnya yg ust cuba putarkan sdikit, kerana saya terfikir macammana boleh kata dasar ‘jamak’ yg merujuk pda bilangan yg byk boleh merujuk pda perkara yg satu? maaf, jika saya terkasar bahasa..

    dan ttg bekerjasama tidak semestinya dlm gerakan yg satu, saya sekali lgi ingin bertanya pda ustaz, mengapa UMNO dan PAS tidak bekerjasama sedangkan seperti yg ust khabarkan, tidk semstinya ia perlu dlm gerakan yg satu? jdi, ttg perkara ini, saya ingin tengok dulu perkembangan UMNO dan PAS ini jika benar apa yg ust khabarkan..

    oh ya, selain drpd itu, mmg sedikit benar ttg kerjasama tidak semstinya berada di dalam persatuan/gerakan yg satu. tapi itu pun hnya apabila jemaah yg kedua berada di bwh jemaah yg sedia ada.. dan bersama2 dgn jemaah yg sedia ada utk memperjuangkan Islam, dn perkara ini xperlulah saya beritahu kerana secara kasarnya, budak 6 tahun pun boleh menjawabnya..

    senang cerita, macam nilah, saya sekali lgi dgn rendah diri meminta ust buka balik kitab2 fiqh dan perjuangan, fahami segala isinya, dan brulah ustaz buat apa2 kenyataan..

    dan ttg apa yg ustaz nak utk diberikan nama jemaah yg diberi wala’, saya rasa xperlu saya nyatakan namanya secara jelas, cukuplah saya beri sifat2nya seperti apa yg dikarang dlm kitab. Supaya ustaz boleh menilainya sendiri, jemaah manakah ia..

    Sifat2 jemaah yg wajib diberi wala’:
    -Jemaah Islam yg ditubuhkan terlebih dahulu;
    -Jemaah Islam yg paling matang;
    -Jemaah Islam yg disertai oleh paling ramai golongan ulama’2 yg sah.

    jdi, jgn salahkan saya, kerana semua ini terkarang dlm kitab. dn jika dilihat akn kesemuanya ciri2 ini, Insya-Allah saya pasti, ustaz pun boleh menganggap jemaah manakah yg mnjadi persoalan itu.

    jdi, akhir kalam, kaji balik kitab2 fiqh dan perjuangan ini, dn buatlah keputusan berdasarkan apa yg Islam ajar, bknnya apa yg terfikir dlm minda kita yg lemah ini.

    WAllahuA’lam..

  10. setelah ana perhatikan perbincangan hangat ini,mungkin ana boleh buat konklusi atas diri ana sendiri kot,mungkin tidak pada yang lain…membincangkan isu ini tidak akan selesai…smua fikir kita adalah terbaik dan betul…namun terdapat Isu yang lebih besar diluar sana untuk kita perhatikan…Bukan sikit manusia yang dah lari dariapada landasan islam..ramai akhi semua…maka mari kita sama2 kita bergerak untuk menyelesaikan masalah itu…tidak kira lah di mana kita berada…sbb jgn biarkan masalah kecil ini mengaburi maslah yang besar…ana yakin kalau semua bekerja pasti Allah akan berikan kita pulangan yang lumayan….Selagi mana tidak bertentangan dgn al-quran dan sunnah,maka disitulah ana sokong mana jemaah pun.

  11. asif mengganggu perbincangan. ana cuma mahu tahu sumber kitab yang bunga merah nyatakan (…sifat2nya seperti apa yg dikarang dlm ‘kitab’…). ana mmg kurang arif, dan mencari2 kitab2 fiqh dan perjuangan…

    jzkk

  12. ‘al-fadlu liman sadaq’ laisa ‘al-fadlu liman sabaq’

  13. Bicara yang dibaluti dengan emosi pasti terasa oleh jiwa yang membaca, walaupun si penulis cuba menafikannya.

    Cukuplah, dalam perbincangan yang tidak akan membawa kepada amal ini.

    kita semua tidak bersetuju dengan perpecahan seperti yang dikatakan dalam komentar-komentar di atas.. Namun, dalam masa yang sama kita sendiri pula yang menabur benih-benih perpecahan melalui kata tajam. Adab kita dalam berhujah tidak mencemari kata dengan emosi.

    Jika anda yakin dengan dalil anda, silalah.. berkerjalah untuk islam.
    Tapi kami yakin dengan dalil-dalil kami, biarkan.. kami berkerja untuk islam.

    Semoga kita berlapang dada atas khilaf ini.

  14. Marilah kita renung kembali kepada pengertian jemaah pada zaman khalifah…Bagaimana ianya terbina? Ianya terbina apabila manusia itu faham apa itu ISLAM…Setuju x? Kita sentuh pula apa itu jemaah?
    Jemaah yg perlu kita wala’ adalah jemaah yg sanggup bertanggungjawab segala urusan umatnya SELURUH dunia yg berbai’ah dgn khalifah tersebut.Berapa buah negara yg telah berbai’ah dgn jemaah yg akhi bunga merah maksudkan? Satu lagi jemaah mana anda rasa paling idea pada masa skg dimuka bumi ini? PAS, Hizbullah, Ikhwanul Muslimin dan lain2? Saya secara peribadi menyukai cara ikhwanul muslimin berdakwah…dan klo akhi semua mempunyai cita rasa yg sama dgn saya…agak2nya apa pandangan tokoh2 ikhwan dalam masalah ini? Sepanjang saya mengenali dakwah dan membaca buku2 mereka…mereka tidak pernah menolak @ mengatakan jemaah mereka adalah jemaah paling tepat dan wajib diikuti..-Saya sarankan akhi baca buku “Dakwah dan Tarbiah” karangan Abbas Sisi..Allahu’alam..(boleh gak buka buku Himpunan Risalah Iman Hasan Al-Banna)

  15. Assalamualaikum,

    Tahnia kepada Ustaz ArRumy, kerana bagi saya anda adalah seorang yang berjiwa besar. Ya, berjiwa besar,kerana anda sanggup untuk menyiarkan perbincangan-perbincangan dari para pembaca walaupun yang tidak sehaluan dengan anda. Saya yakin anda berbuat demikian kerana ingin meyuburkan biah berbentuk perbincangan, dan bukan menanam sifat ikut membuta tuli terhadap semua pembaca terutama bagi ahli-ahli jemaah anda ISMA. Semoga Allah memberi kebaikan dan menggunakan anda untuk kebaikan Islam dan umat.

    Saya yakin,perbincangan-perbincangan sebegini walaupun sesetengah pihak nampak seakan ianya pertikaman lidah,tidak membawa hasil dan sebagainya, ianya tidak lebih dari lahirnya pandangan sebegitu dari pihak yang jiwanya lemah tiada hujah,hatinya bimbang goyah dari pegangan yang selama ini belum pernah diuji kebenarannya.

    Teruskan Akh wa Ustaz Ar-Rumy dalam membina dan menanam budaya berfikir dan sentiasa mencari kebenaran di kalangan kami para pembaca. Mabruk Alaik.

    P/s: Ada lagi kitab yang Ustaz leh cadangkan untuk saya rujuk tentang permasalahan jemaah ini?

    Salam.

  16. salam ziarah dari korea selatan..teruskan berjuang ya akhi^^wasta’inu bissobri wassolah.innallaha ma’assobirin.

  17. hmmm.. pertama sekali, saya ingin tergelak utk kali ketiga dlm komen ini.. tpi kali ini bukan pda org lain, tetapi pada diri SAYA sendiri yg jahil ini kerana tersilap dlm membalas maksud ‘jemaah’ mengikut takrifan Sahabat, AbduLlah bin Mas’ud r.a. tersebut.

    aduhai~ lemahnya saya ini.. AstaghfiruLlahal’Adzim..

    tetapi sbg tmbahan, saya rasa takrifan tersebut tidak sesuai untuk digunakan pda keadaan skrg ini kerana kita umat Islam masih lgi ramai, dn takrifan tersebut lebih merujuk kpd zaman fitnah di penghujung akhir zaman nanti..

    dan sebelum itu, saya ingin berterima kasih kpd saudara Azharian, kerana anda membantu saya dlm menerangkan kpd semua pembaca bhw ini bukanlah satu pertikaman lidah di antara saya dengan ustaz Arrumy, malah kami hanya berbincang tentang masalah ini shj.. betul x ustaz?

    dn jgnlah terburu2 dlm membuat suatu kenyataan, kerana perkara ini ada jalan penyelesaiannya.. berdoalah kpd Allah, supaya masalah ini dpt diselesaikan dgn cara yg terbaik, demi kepentingan Islam dan kita semua..

    dan saya rasa perbincangan ini tidaklah mengganggu amal kita semua di luar sana, kerana perbincangan ini boleh ditangguh-tangguhkan demi suatu kepentingan masa.. jdi, x ada masalahlah kalau anda semua cuba utk kaitkan perbincangan ini dengan amal. kerana ia sebenarnya tidak mengganggu sedikit pun. Setuju?

    dan perkara ini bukanlah satu masalah kecil sepertimana yg saudara/i Onak nyatakan.. kerana ia sgt berkait rapat dgn masalah umat Islam, masalah dalaman umat Islam itu sendiri. jdi, sukakah saudara/i meninggalkan masalah yg sebenarnya besar ini…?

  18. BISMILLAH…
    YA ALLAH BANTULAH KAMI YANG INGIN MENCARI KEBENARAN DI JALAN MU INI….JADIKANLAH KAMI SEORANG DAIE YANG BANYAK AMALNYA DRPD KATA2 NYA……..

  19. eh, waktu dah lewat, saya akan sambung di lain masa..

    terima kasih jika anda menunggu..

  20. “Orang-orang kuat hanya akan bersama dengan mereka yang kuat.”

    “Biarkan orang-orang yang lemah hatinya, kecil jiwanya serta pendek akalnya bermain-main dan bersuka ria dalam dunia fantasi ciptaan mereka sendiri”

    “Kafilah dakwah ini pasti akan terus berjalan..biarpun seisi dunia ingin menghentikannya”

    “Kami yg bersama ISMA hanya mengenal kalimah amal, kerna kami adalah kaum yang bekerja, kami bukan ahli dalam bermain kata-kata.Biarlah amal yg membuktikan.Allah sebagai sebaik-baik saksi ke atas amalan kita semua”

    -melati-

  21. setuju dgn melati~

  22. haih~ mengeluh saya di sini…

    kepada saudara ‘jelapangpadi91′ dan ‘melati’:

    saya harap anda boleh bezakan mana satu pertikaman lidah, mana satu perbicaraan tanpa dasar dan mana satu perbincangan untuk menyelesaikan masalah.

    1. pertikaman lidah merujuk kepada ‘perbualan’ antara beberapa pihak yg diiringi dgn emosi dan ini lebih mudah diertikan dgn ‘perang’.

    2. perbicaraan tanpa dasar merujuk kpd perbualan kosong yg anda semua cuba salah maksudkan di sini. da ini dilarang oleh RasuluLlah.

    3. dan perbincangan-untuk-menyelesaikan-masalah pula merujuk kepda perbincangan untuk mendapatkan kefahaman yg sah terhadap suatu amal kita sebelum kita semua beramal. dan ini dinyatakan dalam Risalah Ta’alim – Rukun pertama, rukun faham, kmudian Rukun kedua, ikhlas dan kemudian Rukun Ketiga, Rukun amal.

    jadi, saya harap anda semua janganlah mengganggu perbincangan utk mendapatkan kefahaman ini supaya masalah sebenar dapat diselesaikan dengan lebih aman dan segera.

  23. jadi, saya harap semua dah ‘clear’ akan dasar sebenar perbincangan ini.
    ia bukanlah satu pertikaman lidah dan bukanlah satu perbicaraan kosong.

    tapi perbincangan ini adalah untuk memastikan bahawa kita semua faham akan gerak kerja amal kita terlebih dahulu. dan janganlah anda semua cepat2 menyatakan yg anda semua dah faham akan amal ini sedangkan ia masih belum terbukti lgi.. dan Insya-Allah saya akan menerangkan pada kalian, manakah bahagian yg anda semua masih tidak faham sebetul2nya akn amal ini..

    jdi, sebab itulah wujudnya perbincangan ini, tidak lebih dari itu.

    so, ikutlah rentak perbincangan ini, fikir sedalam2nya tnpa sebarang pengaruh dari luar, hilangkan segala nafsu dan tanya pada Allah, tanya pda diri sendiri, manakah yg patut berlaku sebenarnya.

    okeh, berbalik semula pada perbincangan,

    pertama sekali mengenai fikrah yg anda semua guna sebagai alasan untuk membentuk jemaah baru.

    jadi, dari apa yg saya perhatikan, ada dua tahap fikrah yg anda semua bawakan di sini.

    pertama, berbeza fikrah dalam beramal.
    kedua, berbeza fikrah dalam menyatakan hukum berjemaah ini.

    mari selesaikan yg pertama dahulu, berbeza fikrah dalam beramal.
    haha, sebenarnya hal ini senang sahaja untuk diselesaikan,
    caranya mudah, kita boleh beramal sepertimana yg kita mahu, tapi hendaklah kita semua bersatu-padu, bersama2 dlm dakwah ini. dan untuk mengurangkan risiko, buatlah satu jemaah sahaja dlm satu tempat. dan kalaulah anda mahu menolak juga, paling kurang anda perlu berjuang dalam keadaan tidak mengganggu langsung gerak kerja dakwah jemaah yg telah sedia ada..

    contohnya; janganlah anda cuba untuk masuk juga dalam sektor pilihanraya kerana ia telah pun dipegang oleh PAS. Dan ingat, jika anda buat juga, perkara buruk semestinya akan berlaku nanti kerana ia akan melibatkan agama kita, Islam.

    Cuba bayangkan, apabila diadakan pilihanraya nanti, jemaah anda masuk juga dalam pilihanraya, maka ‘sama2lah’ 2 jemaah Islam ini menentang jemaah yg jahil..
    apabila ini berlaku, setiap pengundi hanya dibenarkan mengundi satu pilihan shja, maka, lihatlah apa yg akan terjadi, daripada keseluruh penduduk yg mengundi, pihak yg jahil akan memperoleh undi yg lebih banyak dari apa yg diperoleh oleh 2 jemaah Islam ini.

    kerana apa? kerana apabila mengundi, ada org Islam yg memperjuangkan Islam memilih satu jemaah Islam sbg undian mereka, dan ada org Islam yg lain yg turut memperjuangkan Islam, memilih satu jemaah Islam yg lain sbg undian mereka. Manakala, satu pihak yg jahil secara bersatu-padu memilih jemaah yg jahil sbg undian mereka.

    Nampak? apabila berlaku hal sedemikian, pihak yg jahil akan menang dlm pilihanraya ini hanya disebabkan undi org Islam yg sepatutnya lebih byk, dipecahkan kepada dua oleh jemaah yg berbilang ini..

    jadi, tidakkah ia satu perkara yg sgt merugikan sekali? dan inilah yg dikatakan PERPECAHAN!

    oh ya, kamu ingin bersama dgn pihak jahil ini dlm perjuangan ini?
    ingin saya bertanya, mengapa sebegitu?

    mengapa perlu anda berjuang bersama pihak yg jahil, padahal anda sendiri yg memberi dalil ini:

    “Dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil”.(Al-Qashash:55)

    anda sendiri tidak mahu bersama dgn org jahil, tapi mengapa hakikatnya anda ingin bersama mereka dlm perjuangan Islam ini?

    tapi mereka bukan org jahil? macammana anda boleh katakan mereka tidak jahil sedangkan mereka x amal hukum hudud? mereka amalkan riba dlm bank? mereka amalkan perundangan yg diasaskan oleh org kafir, lord reid, bukannya perlembagaan Islam yg diasaskan oleh Allah SWT?

    jadi, timbulnya persoalan saya di sini…

    mengapa anda ingin bersama dgn mereka jua?
    adakah kerana duit? adakah kerana lebih selamat? atau adakah kerana ada sebarang sebab lain yg berbentuk peribadi?

    dan jgnlah anda cepat2 katakan yg saya memfitnah kamu, kerana tindakan anda sendiri yg menimbulkan kesangsian dan kecurigaan pada saya. dan sebab itulah saya bertanya kepda anda dulu, untuk mendapat kepastian yg mutlak…

    owh, anda ingin mengubah mereka? anda ingin mengubah pihak yg jahil menjadi lebih Islamik dgn masuk bersama mereka?

    jawab saya, kalau anda ingin membersihkan suatu kotoran, adakah anda perlu masuk ke dalam kotoran itu juga? kotorlah anda kalau macam tuh..

    untuk membersihkan kotoran ini, anda perlu menyediakan peralatan dari luar (Islam) untuk membersihkan ia dri luar, dan pembersihan ini sudah semestinya perlu dilakukan dgn merosakkan struktur kotoran itu (mengalahkan mereka).. sehingga mnjadi bersih satu kawasan itu dari sebarang kotoran.

    Inilah dia kaedah pemebersihan yg sempurna. dan xperlulah lagi saya terangkan dgn lebih detail.. ckuplah faham setakat itu..

    sebab itulah saya ingin bertanya di sini, apakah fikrah yg berbeza dlm berjihad wujud sebenarnya di dunia ini…? atau adakah ianya wujud kerana terdapatnya golongan yg tidak faham akn suatu amal…?

    jdi, cuba jwb soalan saya, sebelum saya menyambung semula untuk masalah fikrah yg kedua – berbezanya fikrah dlm menyatakan hukum sebenar berjemaah.

    • Kepada semua,

      Kalau ada kelapangan waktu, sesiapa yang ingin mengenali ISMA-Mesir dengan lebih dekat, boleh datang ke Pejabat ISMA-Mesir di Bawabah 2, Hayyu ‘Asyir. Juga lawati website kami, http://www.ismamesir.com.
      Salam Perkenalan

  24. oh, saya sedikit tersilap di sini mengenai amalan membersihkan kotoran,

    pembetulan:
    org yg membersih adalah Islam,
    sabun yg digunakan adalah Jemaah.

    Peace!

  25. Saya sarankan kepada bunga merah buat blog sendiri..Then terangkan permasalahan yg berlegar di dlm kepala saudara.Jangan sebut nama2 jemaah dlm penulisan tersebut -bagi menjaga hati setiap pengkomen yg mempunyai pelbagai latar belakang jemaah..Then kita lihat apa kesudahan nya?Mcmn setuju tak? Satu cadangan!!!

  26. perbincangan yg mantap…
    jd trus sibukkan diri anda dgn amal yg soleh..
    cakap banyak pon xgune…ilmu islam tu luas..
    biasela klu ade khilaf skit2..

  27. Salam, kenali Isma sebelum menghukum isma..

    Terus Melangkah~

  28. :-) tersenyum sorang2 membaca sembang-sembang di sini :-) insya Allah, masih banyak ruang kerja dakwah yang tak “tercover” oleh satu badan/pertubuhan. Semua badan saling memerlukan. MACMA mampu menarik perhatian orang Cina lebih baik daripada mana2 badan lain. JIM mampu menarik perhatian orang terhadap isu-isu kemasyarakatan. PAS mampu menarik orang Malaysia menyokong islam melalui parti politiknya.
    ABIM mampu menarik perhatian orang kepada islam melalui kertas-kertas kerja profesionalnya. Tabligh dengan kemampuan berdakwah dari rumah ke rumah agar seorang muslim itu menjaga rukun Islamnya. ISMA mampu menarik orang kepada Islam melalui isu-isu dakwah dan tarbiyah. PERKIM ada interactive dakwah yang expert bab-bab dakwah kepada non-Muslim (secara ringkas menyebut niche setiap badan yang ada di Malaysia) Setiap badan ada peranan masing-masing, insya Allah semuanya saling berguna.

    Yang paling penting, asalkan orang yang mengikut badan tersebut memahami islam, lalu dia mendapat hidayah Allah dan mengamalkan islam sebaik-baiknya, dan dapat masuk ke jannah.

    Apalah gunanya sekiranya orang mengikut kita tetapi dia tidak benar-benar faham dan amalkan islam. Kita sangka kita mampu kumpul orang yang ramai, tetapi “kurang” kualitinya.

    Mari sama2 kita ganding bahu.. mengajak manusia kepada Allah, melalui apa jua cara kita yang selagi mana tidak bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah.

  29. buku karangan fathi yakan “mza ya’ni intimaei fil islam” dlm bab apa erti saya menggabungkan diri dalam gerakan islam menjelaskan ciri2 jemaah islam..maaf BUNGA MERAH..hrp saudara boleh membaca dan memahami buku ini seiring dengan keikhlasan dan ketelusan untuk islam..

    dan saudara boleh fikir dan membuat perbandingan..

  30. bismillah walhamdulillah..hanya ingin menulis tentang suatu kata2 yang ditulis oleh seorang ahli haraki..kita adalah salah satu daripada jamaah-jamaah Islam..syiar kita ialah kita bekerjasama diatas perkara yang kita setuju dengannya..dan kita saling maaf memaafi antara satu sama lain di atas apa yang kita khilaf padanya..saya rasa ini adalah jalan yang baik untuk semua..

    memang benar apa yang dikatakan kita semua bersatu di bawah satu panji Islam..dan saya amat menyayangi semua saudara saya yang bergelar Islam..

    apakah gerak kerja kita sebenarnya..??

    bukankah Islam??

    kalau benarlah amal kita, hidup kita, mati kita untuk islam maka maka ingatlah Islam menyuruh kita beramal..dan beramal lah nescaya Allah, Rasulnya dan orang mukmin akan melihat mal2 kamu tersebut..

    klau benarlah semuanya untuk Islam..maka Islam tidak pernah menyuruh kita bertelingkah dalam perkara Ijtihad ini..Hatta doc yusof Qardawi yang dikatakan Ulama Ummah zaman sekarang tidak pernah mengeluarkan kenyataan mencela gerakan mana2..dan beliau juga menulis sebuah kutaib Wujub Taghyir Al-Fatawa ( kewajipan menukar fatwa2 zaman sekarang..sekiranya saudara masih berpegang dengan sesuatu fatwa maka lihatlah fatwa tersebut masih relevan dengan zaman sekarang ataupun sudah perlu diubah..

    saya mengenali beberapa gerakan2 lama yang ditubuhkan..contohnya gerakan Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam di India dan sebagainya..namun tiada dengar mereka bersuara mengatakan sesiapa sahaja yang menubuhkan gerakan yang baru adalah A’si dan perlu diubah dan di kecam..mereka hanyalah menulis antara ciri2 gerakan yang perlu diikut, adab2 gerakan, dan sebagainya..dan mereka tiada pula mengatakan kamilah contoh gerakan tersebut dan kami lah yang perlu diikut..

    antara penulisan yang lahir daripada gerakan2 ini ialah apa yang saya tuliskan dia atas..ditulis oleh Rasyid Reda..kami ialah suatu jamaah dalam kalangan jamaah- jamaah Islam..kita sama2 bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan kita sama2 memohon maaf dalam perkara yang kita salahi..

    oleh itu wahai saudara..!bukankah kita ini lebih lewat kewujudan kita berbanding mereka..jadi apa salahnya kita ikuti jejak mereka ini..

    waalahuaalam bissawab..

  31. salam wbt.
    ana add nta dalam Blogger@ALIPH

  32. kpd “singgah sekejap”:

    saya fikir saya kurg setuju dgn anda, kerana anda bercakap seolah2 jemaah yg byk dan tidak bersatu ini hnya satu masalah yg kecil sahaja.
    padahal dlm waktu yg sama, byk sejarah telah membuktikan bhwa perlunya jemaah yg byk ini bergabung dan bersatu-padu.

    tpi sebelum tu, saudara kenalah faham apa maknanya bersatu-padu, kalau hanya setakat melakukan tugas yg sama dlm satu waktu, itu bukannya bersatu-padu yg Islam nak.

    dan ini bukanlah khilaf yg skit2 sepertimana yg anda katakan, kerana ia membawa kesan yg amat besar pda suatu gerakan Islam dalm satu wilayah.

    cuba anda bayangkan, pada suatu masa, terdapatnya golongan dri jemaah anda sendiri yg tidak berpuas hati dgn gerak kerja jemaah anda, lalu menubuhkan pula satu lgi jemaah ntuk melaksanakan kerja2 yg sedang anda buat… dgn alasan jemaah anda dan ahli2nya tidak mantap dan ad cacat-celanya..

    kemudian, dari jemaah yg baru ini, bercambah pula satu lgi jemaah yg mana menggunakan alasan yg sama – jemaah sebelum ni ada masalah.
    dan perkara ini berulang2 di satu tempat sehingga akhirnya wujud berpuluh2 jemaah yg mana kesemuanya melakukan tugas yg sama dan dasar perjuangan yg sama.

    dan dari sinilah timbulnya masalah yg besar, bukan, sangat besar..
    kerana masing2 membawa fikrah sendiri dan berkeras dgn pendapat masing2 dan tak nak sama2 berganding bahu.

    jdi, saya bertanya di sini, tidakkah RasuluLlah nampak perkara ini sebagai satu perpecahan..? Adakah Baginda suka dgn apa yg menimpa umat Islam skrg ini….? Masing2 bawa hala tuju masing2….?

    Padahal banginda telah bersabda, “berjemaah itu satu rahmat dan berpecah itu satu azab”? dan “Kalau ada dua khalifah yg dibai’ah, bunuhlah salah satu drpdnya”….?

    dan byk dalil yg terdapat dalam Al-Qur’an yg menyuruh kita semua bersatu-padu, dan cubalah buka skop jemaah ini kepada suatu yg lebih besar dan efektif, berjemaah bukan hanya pada sesama manusia, tapi berjemaah juga perlu ada pada sesama jemaah itu sendiri..

    antara dalil2 yg menyuruh kita semua (tidak kira siapa dan dri mana jemaah) untuk bersatu padu: Surah Hujurat : 9-10, Surah Al-Imran : 103, 105 dan byk lagi dalil2 yg merujuk pd perkara yg sama – meminta kita semua bersatu padu.

    jd, dalam keadaan ini, adakah anda fikir perselisihan ini hnya perkara yg biasa2 sahaja…?

    Padahal gerakan yahudi telah pun jauh maju dlm bab jemaah ini, mereka walaupun mempunyai byk jemaah, mereka semua satu dunia berada di bawah naungan satu jemaah, Freemasonry.

    dan kita org Islam? haha, usah nk ckp satu dunia, nak bersatu-padu dlm satu tempat pun masih lgi terkial-kial dan ada pula yg cuba membiarkan masalah ini berlalu begitu sahaja… seakan2 tidak timbul satu masalah pun dri situasi jemaah yg byk ini, padahal ia satu perkara yg sgt2lah penting dan perlu saya ingatkan di sini, RasuluLlah SAW mengharapkan masalah usul ini dpt diselesaikan, dan bukan dibiarkan.

  33. kpd ummu insyirah:

    ya, saya faham bhw masing2 ad peranannya yg tersendiri.
    tapi masalah pokoknya sekarang ni, jemaah2 ini masing2 tidak berganding bahu dan bersatu-padu antara satu sama lain.

    ya, inilah satu masalah yg saya cuba kemukakan sebenarnya, kerana ia telah lama bersembunyi dlm negara kita ini – jemaah2 yg tidak bersatu padu. padahal Kristian dan Yahudi telah lama berada di bawah pimpinan satu jemaah, dan mereka lebih sistematik dlm perkara ini.

    jdi, cuba tanya pda diri anda sendiri, adakah masalah ini kecil..?

  34. kepada hanya redha Allah:

    maafkan saya.. saya dah baca kitab ini, dan drpd kesemua isi2 penting yg ada dlm kitab tersebut, saya rasa anda terlupa ttg satu perkara yg sgt penting di sini:

    “Untuk menyempurnakan tanggungjawab menurut sistem Islam, maka perlulah kepada pembentukan Jama’ah Ummah Islamiyyah. Yakni, jamaah yang ada kesedaran untuk bangun menghayati dan menegakkan Islam. Jamaah dimana anggotanya pimpin-memimpin, bimbing-membimbing antara satu sama lain dalam suasana ukhuwwah dan kasih sayang sejati kerana Allah SWT.

    Hendaklah kita sedari bahawa memperkatakan yang hak itu adalah suatu yang wajib, namun terpaksa menghadapi berbagai-bagai kesukaran serta halangan. Din atau sistem Islam itu adalah hak (kebenaran) yang wajib dibangunkan, tetapi ia tidak dapat tertegak melainkan di dalam kawalan jamaah yang sudah terbentuk.”

    2 perkara yg saya rasa mudah untuk terlepas pandang:

    -kawalan jemaah;
    -dan yg sudah terbentuk.

    jdi, fikir2kanlah sendiri, jgn ambik satu perkara sekerat2 sahaja, ambiklah ia secara keseluruhannya..

  35. Salam. Adakah kita beramal kerana Allah, atau beramal kerana jemaah? Menarik juga persoalan ini. :)

    Salam dari seberang

  36. saya nak saudara jawab persoalan saya..adakah jamaah2 atau gerakan2 yang teah lama wujud yang seperti saya sebutkan diatas ada mencemuh atau menghalang orang lain daripada mengikuti fikrah orang lain ataupun menyalahkan mana2 gerakan lain?

    saya x pernah dengar perkara tersebut berlaku..bahkan mereka terus bekerja dengan cara mereka..klau nak wujud seribu jamaah yang lain pun mereka tidak pernah mengatakan itu ini, itu dan ini salah..cumanya mereka menegaskan perinsip mereka berdasarkan alquran dan sunnah..

    ikhwanul muslimin mesir pernah mengajak syeikh metwalli assyaarawi untuk bersama2 dengan jamaah mereka..namun dia enggan..tetapi tidak pula pernah kedengaran kata2 yang keluar dari mulut I M bahawa syeikh metwalli syaarawi itu berdosa besar sebab tidak mahu mengikut jamaah yang betul dan sebagainya..

    bila ditanyakan kepada syeikh metwalli tentang gerakan I M jawapan beliau ialah Asluha Thabit Wa Faruha Fissama. (asasnya kukuh dan cabang2nya kukuh di langit..nampaknya disini tidak pula syeikh metwalli menafikan gerakan I M..sedangkan beliau seorang syeikh yang terkemuka..ilmuan yang agung..

    saya nak saudara bunga merah kaji sendiri mengapa perkara tersebut tidak berlaku daripada kalangan jamaah2 yang lama yang terdahulu dari anda..

    tidak pula berlaku satu jamaah mengatakan mereka itu pemecah masyarakat atau pun apa jua kata2 yang lain..

    saya tidak ingin mengatakan diri saya benar..atau sapa pun benar..cumanya biarlah masing2 berjaan mengikut fikrah masing2..semua di kalangan kita mempunyai ijtihad masing2..

    waalahuaalam bissawab..

  37. haih~

    mengapa kamu semua susah sangat bila diajak bersama…?

    *HIATUS UNTUK SATU JANGKA MASA

  38. mungkin mereka ada fikrah tersendiri nak menyumbang untuk Islam.. baguslah, semuanya nakkan Islam..

    ana tertanya2 bagaimana nasib org2 yg tak subur Islam dalam jiwa mereka… ish,, byk kerja lagi ni..

  39. Alhamdulillah..artikel panduan..ske bace komen2 orang2 yang terasa pedas.;) sama2 beramal.. n tunggu di akhirat kelak..:) insyaAllah.. kalau matlamat jelas, xperlu risaukan orang lain.. daripada cuba berusaha ‘menghapuskan’ jemaah BARU..lebih baik terus beramal dgn istiqamah.. n.. jgn hanya tergelak..;) saya bukan ISMA dan bukan PAS.. saya menyokong semua gerakan dakwah di muka bumi ini selagi berpandukan A-Quran dan As-Sunnah..uhibbukum fillah!:)

  40. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat saudara2 seaqidah…kita semua bersaudara…sedangkan Allah menciptakan manusia berlainan untuk saling berkenalan dan bantu-membantu…secara mantiqnya…ghayah kita sama..MArdhatillah…cuma kita memiliki pelbagai cara untuk berusaha dan sampai kepada Mardhatillah…ibaratnya tuan rumah mempunyai ramai orang gaji..ada orang gaji yang bertugas sebagai tukang masak…kerjanyadalam hal ehwal memasak ..ada yang bertugas sebagai pemandu..tugasnya hal ehwal kenderaan…tapi tujuan yang sama…kerana arahan tuan rumah…begitu juga jika kita nak mantiqkan dengan kenderaan…kita menggunakan jalan raya yang sama misalnya…tapi kita akan bertemu dengan pelbagai jenis kenderaan…ada yang kecil ada yang besar…ada yang panjang ada yang pendek..ada yang laju ada yang perlahan..ada yang berhenti ditepi jalan..kadang2 tengah jalan..yang accident pun ada…tapi semuanya bermatlamatkan sama dan jalan yang sama…yang membezakan cuma pada jenis kenderaan dan pemandu …bukankah kita bertuah kerana memiliki kepelbagaian yang saling melengkapi..soal siapa yang hebat yang aula…kita letak tepi…yang penting kita terus mengislah diri, teman taulan, masyarakat dan seterusnya…Banyak makhluk2 Allah yang lain yang Allah ciptakan sebagai renungan buat kita…jangan kita bersangka buruk sesama kita…biarlah dimana duduknya kita sama ada di mana2 persatuan,gerakan,cara kerja,yang penting kita buat untuk Islam…tak perlu mencari kesalahan dan kelemahan sesama kita…selama mana dia mentaati Allah ,kita akui haknya…sekiranya sudah jelas ketidaktaatannya pada Allah..gunalah cara yang terbaik…
    Musuh2 Islam turut menggunakan teknik yang sama…walaupun wujud pelbagai ‘jenama2′ fikrah..seperti sosialis..orientalis..kapitalis..kristianisasi..zionis…dan banyak lagi..hakikatnya tetap berakarkan…’yahudi dan kristian’..cara musuh kita menyerang berbeza mengikut situasi umat Islam..ADA YANG DENGAN senjata…dengan wang..dengan hedonisme..perubatan…macam2..tak tertulis…tapi tujuan tetap satu…menjauhkan ummah Islam dari Al-quran dan sunnah…jadi jika mereka..musuh kita menggunakan pelbagai .aliran pemikiran…cara…tujuan mereka tetap satu…hancurkan Islam di muka bumi..
    Jadi kita tak perlu merasa pelik dan merasa kita yang terbaik antara kita sesama persatuan mahupun cara gerak kerja..yang penting kerja kita kembalikan ‘jiwa2 rabbani’…ikutlah cara yang betul…berlandaskan Quran dan Sunnah..so apa kata kita bergandingan tangan bantu membantu sesama kita walau berbeza nama, jenama, warna,cara, demi Allah..Rasul..Risalah dan ummah..

    ALLAHUMMA BARIKLANA..YA MUQOLLIBAL QULUB…YA MUTSABITAL QULUB…TSABIT QULUBANA ‘ALA DEENIK…WA ‘ALA THO’ATIK…WA ‘ALA ‘IBADATIK…WA ‘ALA SYUKRIK…WA LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYUL’AZHIM..AMIN YA ALLAH…

  41. Moga Allah temukan kita semua di Syurga Firdaus Tertinggi..Aameen..

  42. kadang2 kita perlu rasakan kita tak mampu nak buat semua perkara, semua bidang dalam Islam.. jd fadhallah sesiapa yg mampu nak buat..

  43. Salamun’alaikum….

    (Atas permintaan ramai sahabat supaya saya memberi komen di ruangan blog saudara Suhaib jadi, saya rasa terpanggil-maka inilah ucapan ringkas dari saya)

    Jangan gaduh-gaduh..
    Sabar… Kawan-kawanku, saudara-saudariku,

    Baik dari PMRAM, PAS baik dari ISMA, JIM, ABIM, UMNO, KONSIS..
    sabar-sabar.. Istighfar banyak-banyak,

    Emm cuma mahu betulkan fakta fasal jamaah no. 1 dengan yang no. 2,

    Kalau diikutkan jamaah(yang bersifat Islami) di Mesir ini yang nombor wahid..

    adalah:-

    Jamaah Ansar Al-Sunnah Al-Muhammadiah- 1926
    Ikhwanul Muslimin pula dua tahun selepas itu- 1928
    PMRAM- 1930
    Hizbut Tahrir- 1953
    PAS(Parti Islam Se-Malaysia)- 1956
    ABIM- 1972
    JIM(Jamaah Islah Semalaysia)- 1990
    ISMA(Ikatan Muslimin Malaysia)- 1997

    Jadinya, macam mana?

    mungkin saudara sekalian telah melupai dasar..

    cuba kaji(saya beri kata kunci)

    1. Takrifan Negara Moden
    2. Negara Sekular
    3. Masyarakat Sivil
    4. Masyarakat Madani

    Apa yang penting dan kita tidak boleh lari, ialah kita dalam sebuah sistem demokrasi. Itu sebagai tempat pijak.. Barulah anda semua bincang tentang hal yang berkaitan organisasi .

    Saya mewakili diri saya sendiri,

    Zahid Naser

    p/s: saya muak berbincang hal yang lawak ini, anda semua tidak rasa seperti yang saya rasa? saya tidak mahu komen lagi, maaf untuk sahabat yang menyuruh saya komen panjang

  44. Abul a’la maududi dalam “ma’na syahadatain” (buku yang biase gne dalam tamrin) juga menyebut(lebih kurang):

    “Setelah anda fahami tuntutan syahadah ini, anda memiliki 3 pilihan:

    i. Sertai Kami
    ii. Sertai jemaah yang anda rasakan lebih baik dari kami yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
    iii. Bina JEMAAH SENDIRI berdasarkan Al-Qura dan As-Sunnah..

    (ustadz, betulkan saya kalau tersilap)

    bukan hanya bagi satu pilihan “sertai jemaah kami dan sama2 berusaha menafikan or menghapuskan jemaah lain”.:)

  45. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

    sama2lah kita mengenal antara satu sama lain…pihak yang ingin kenal lebih dekat…maklumat laman web dan lokasi sudah diberikan…jemputlah ke sana atau membaca laman web ismamesir…kenali sebelum keputusan diberi…itu lebih baik…dekati sebelum menghukum..sama2 bekerjasama demi Allah, Rasul, Risalah dan ummah…

    mari terus beramal…

    peace 4 Islam..peace 4 Ghaza..peace 4 Palestin..peace 4 Malizia…:)

  46. Jom..
    sama2 kita ikuti program dan kenali ISMA dgn lebih dekat…
    ke Perkemahan Musim Panas ISMA (PMPI) Mesir…
    blh layari http://pmpi09.ismamesir.com/?p=59 ….

  47. eh.. dah asar.. jom solat berjemaah di masjid! saya pilih masjid salam, hayyu asyir.. kamu?

    “bila berselisih faham, kembalilah kepada Allah dan RasulNya”

  48. salam ziarah dari hukm…terutamanya kepada ikhwah dari hidayah ipoh..
    semoga terus tsabat dalam perjuangan..

  49. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan ini….Semoga ALLAH menggolongkan kita dalam golongan yang mencintai akh-akh lain dalam jalan dakwah ini…..

  50. salam semua…semestinya semua yg menyatakan pendapat masing2 di sini perlu banyak lagi pembacaan & amal…itu yg penting..jom gi dakwah masih rami lagi yg kehausan….Salam Perjuangan & Satu pengalaman..

  51. akhir zaman, susah dah nak cari manusia yang betul-betul hati bersih suci murni, yang takda sifat dengki langsung

  52. salam ustaz..
    terima kasih dengan entri..
    x nak komen banyak pasal
    solat jemaah pun ana x leh nak istiqamah lagi…
    qiam pun ana liat nk bangun..
    solat sunat pun kadang2..

    dharap kepada mana2 jemaah yg mempunyai ahli yg ramai jadikanlah ahlinya..
    tinggi akhlaknya..
    tinggi ilmunya..
    selalu solat berjemaah..
    qiam jarang tinggal..
    solat sunat x pernah lupa..
    saling hormat menghormati..
    sentiasa puasa sunat
    tidak merusuh dan bakar kereta polis bila kalah bola..(gurau)

    wassalam

  53. teruskan dgn kerja2 dakwah ustaz suhaib!smoga kita semua thabat atas jalan Islam..yg penting,lillahi ta’ala bukan liljamaah :)

    kirim salam pd zaujah ustaz ya!katakan akhawat dr Jordan kirim salam.

  54. assalamualaikum..

    apabila para du’at sibuk membicarakan isu siapa dulu, siapa benar, siapa yg patut diberikan wala’, siapa lebih tua dll…lantas mereka terlupa beberapa petunjuk dari Allah dan Rasul..

    1)Anjuran berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan..

    وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ أَيْنَمَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا
    إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

    ertinya : “…Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu….”
    (Al-Baqarah : 148)

    Allah berfirman :

    وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

    ertinya : “…Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa….”
    (Ali-Imran : 133)

    : قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم
    لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوْفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

    “…Janganlah engkau mencela kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria….”
    (HR. Muslim no. 4760 dari sahabat Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu)

    2)anjuran tabayun dalam setiap berita yang sampai ke telinga..dan tabiat menyampaikan..

    يآ أَيُّهاَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا إِنْ جآءَكُمْ فاَسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوْا أَنْ تُصِيْبُوْا قَوْماً بِجَهاَلَةٍ
    فَتُصْبِحُوْا عَلَى ماَ فَعَلْتُمْ ناَدِمِيْنَ

    “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kalian tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kalian menyesal dengan perbuatan itu.” (Al-Hujurat: 6)

    ‏1- قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم :‏
    ‏كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

    “…Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila dia menceritakan segala apa yang dia dengari..”
    (Sahih Muslim, Mukaddimah Sahih Muslim, hadith no.6)

    (dari jalan lain) وَفِي الطَّرِيق الْآخَر

    - قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم :
    2- بِحَسْبِ الْمَرْءِ مِنْ الْكَذِب أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِع

    (Mukaddimah Sahih Muslim)

    3)larangan mencela org lain..

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ

    “..Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…”
    (Al-Hujurat 11)

    4)sikap para sahabat rasulullah terhadap sahabatnya yang lain..

    “…Siapakah manusia terbaik selepas Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam?” ‘Ali menjawab: “Abu Bakar.” Aku bertanya: “Kemudian siapa?” ‘Ali menjawab: “Kemudian ‘Umar.” Aku bimbang dia (‘Ali kemudiannya akan berkata) ‘Utsman, lalu aku berkata: “Kemudian anda?” ‘Ali menjawab: “Aku tidak lain adalah manusia biasa dari kalangan orang-orang Islam….”

    (Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadith no: 3671)

    satu persoalan yang perlu setiap dai’e wujudkan dalam hati-hati mereka adalah :

    هل نحن قوم عمليون؟

    semoga ust shuhaib ar-rumy terus thabat dan teguh..
    moga Allah pelihara dakwah ini dan mereka yang bersamanya..
    pencerahan yang menarik dari ust shuhaib..

    wassalam

  55. ‏tambahan no.4 :

    ‏حدثنا ‏ ‏أبو يعلى ‏ ‏عن ‏ ‏محمد بن الحنفية ‏ ‏قال قلت ‏ ‏لأبي ‏
    ‏أي الناس خير بعد رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏قلت ثم من قال ثم ‏ ‏عمر ‏ ‏وخشيت أن يقول ‏ ‏عثمان ‏ ‏قلت ثم أنت قال ما أنا إلا رجل من المسلمين ‏

    “…Siapakah manusia terbaik selepas Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam?” ‘Ali menjawab: “Abu Bakar.” Aku bertanya: “Kemudian siapa?” ‘Ali menjawab: “Kemudian ‘Umar.” Aku bimbang dia (‘Ali kemudiannya akan berkata) ‘Utsman, lalu aku berkata: “Kemudian anda?” ‘Ali menjawab: “Aku tidak lain adalah manusia biasa dari kalangan orang-orang Islam….”

    (Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadith no: 3671)

  56. Bismillah..

    Akhi pendokong kuat satu gerakan.. Saya ingin bertanya kepada kalian semua beberapa perkara yang masih belum menenangkan saya untuk bersama atau meredhai dengan gerakan yang baru sedang gerakan lama sudah syumul.

    1) Ingatkah kalian khawarij yg mengaku mengikuti Alquran dan Sunnah itu, solat mereka jauh lebih khusyuk, tetapi tetap diperangi Sayidina Ali…

    2) Ingatkah kalian peristiwa mujahidin Afghanistan selepas berjaya mengusir tentera laknat Soviet? Masing-masing mengaku ingin memartabat Islam dan mengikuti AlQuran dan Sunnah tetapi natijahnya?

    3) Ingatkah kalian syarat diterima amal itu bukan hanya pada niat yang ikhlas, tapi cara yang benar?

    4) Tidakkah kalian takuti menjadi penyebab kepada lambatnya Islam itu tertegak sedangkan kalian ingin menegakkan dakwah ini?

    5) Walaupun dakwah ini mad’unya ramai, mengapa tidak kita bersatu dalam satu barisan dan sama-sama mengejar mad’u yang tidak kena dengan cara orang lain. Yang penting kita dalam satu kumpulan, agar “konsep dengar dan taat” kita jelas dan mencapai matlamat agung.

    5. Saudara katakan saudara tidak mahu membalas, tetapi bukankah saudara sendiri membalasnya dengan posting di atas? Cakap bersulam ayat lembut tetapi hakikat sebaliknya kan?

    Moga ALlah menunjukkan kita semua kepada jalan yang DIa redhai dengan CARA yang Dia redhai…

  57. Sekadar tambah lagi,

    Sedarkah kalian. gambar Dr Fathi Yakan di atas itulah gambar Dr Fathi Yakan yang mengharamkan kewujudan jemaah baru setelah jamaah yang ada sudah syumul?

    Sedarkah kalian juga, Dr Fathi Yakan itu jugalah yang memasuki arena politik kemudiannya dan berdakwah dengan medium tersebut, dalam tarbiah yang syumul?

    Sedarkah kalian semua Syaikh Mustafa Masyhur pernah menyebutkan likulli Qatrin jama’ah (setiap satu tempat SATU jemaah sahaja)?

    Sedarkah kalian juga, Dr Yusuf Alqaradhawi pernah menyebutkan hanya satu sahaja yang boleh dilakukan oleh ummat Islam di Malaysia iaitu memberikan kepatuhan dan wala’ pada satu jemaah yang bernama PAS sahaja?

    Sedarkah mereka yang mengatakan tentang keutamaan kepada mereka yang terdahulu itu bersyarat? Syaratnya adalah jemaah yang sudah syumul. Adapun kewujudan IM selepas satu jemaah lain kerana jemaah terdahulu itu tidak syumul. Kita yakin kerana Imam Hassan Albanna sendiri menolak sekerasnya konsep kepelbagaian jemaah ini.

    Arrumi atau Syaikh Hassan Albanna kah lebih alim dan memahami perjuangan Islam?

    Sama-sama kita renung dan fikirkan dengan baik eh..

  58. untuk semua ahli ISMA mesir moga terus thabat atas jalan yg kamu pilih.. jaga hubungan sesama saudara… kurangkanlah daripada berdebat..
    biarlah amal menjadi jurucakap untukmu..

    salam dari kuantan

  59. tindakan lahir daripada kefahaman. kefahaman sahih membawa kepada tindakan yang sahih, dan sebaliknya. Jernihkan pemikiran, maka jernihlah tindakan. Jemput ziarah blog ini :)

  60. Salam kasih sayang dari Pembina Perak

    Kita balas apa2 yg dilontarkn dgn kebaikan, inilah cara Rasulullah S.A.W…

    Utk ‘reply’ hujah2 mreka, gunakan bahasa yg lembut =)

    Kpd para ikhwah ISMA Mesir, TERUSKAN BEKERJA, TERUSKAN AMAL, TERUSKAN BERAKHLAQ MULIA

  61. sesengguhnya umat islam itu saling lengkap melengkapi..dimana satu jemaah itu kurang maka jemaah lain akan menlengkapinya sama ada scr langung atau tidak langsung, sedar mahupun tidak..plg penting jgnlah kita asyik mengatakan bhw kita shjlah yg benar dan yg laen itu sesat…berdakwah lah mengikut ‘kekuatan’ antum….stiap jemaah mempunyai sasaran dakwah masing2…salam perjuangan dari m’sia!

  62. buat cinta kesatuan, mungkin boleh baca penulisan ini, http://milenium-y.blogspot.com/2009/04/kepelbagaian-dakwah-jamaah-kajian.html

    perkara ni hal khilafiah, jd selaku muslim kita harus berlapang dada sesama kita, salaamatus-sadr.

    peace!
    wassalam :)

    p/s: syeikh, ana link-kan blog anta dr blog ana, salam ziarah~

  63. salamun salam
    akhukum fillah..

    2 perkara :

    1.satu ungkapan dari seorg sahabat:
    IZA TAMMAL ‘AQLU..FA YANQUSUL KALAM
    jika sudah sempurnanya akal..maka kuranglah ia berkata2

    2.dakwah itu mutmainnah(ketenangan)
    jika terasa emosi atau kosong dalam berbicara mahupon amal
    tanpa ketenangan..

    maka..apakah ia benar2 lahir atas dasar dakwah..

    p/s :tepuk dada..sakitkah ia tanpa iman??

    hamparan kita adalah ikatan dan amal..ayuh garapkan~

  64. biasalah tu…..cuma tidakkah manusia itu diberi kebebasan utk memilih? jgn paksa2.

  65. Kembali pada artikel. Memang bahaya penyakit ini. Boleh tergadai ukhuwah. Apalah sibuk peningkatan orang lain, perbaikilah kelemahan sendiri.

  66. Salam. Kurangkan bicara, banyakkan amal kerana tanggungjawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yang kita ada. wassalam

  67. Salam kepada semua Pejuang Islam, Salam kepada semua yang berkorban untuk agama ini..

    Berlapang dada serendah-rendah ukhuwah :)

    Yang benar,
    orang melbourne

  68. salam,atas semangat ingat mengingati antara kita yg sgt bermanfaat org mukmin:
    1)baca dan renung kisah dibawah.
    2)ikhlaskan diri dan bersedia utk melakukan perubahan/tindakan
    3)jgn anggap ia suatu isu yg remeh.
    4)tiada siapa yg dengki kan anda dan Isma.
    5)siapa yg dengki siapa jawapan pada anda.
    6)Moga Allah sentiasa menjaga hati dan amalan kita semua ameen..

    ISU:Perubatan Cawangan Mansurah Yang Bermuka-muka?

    SUMBER:http://pcmansurah.forumotion.com/mat-f11/perubatan-cawangan-mansurah-yang-bermuka-muka-t392.htm

    Maaflah klu tjuk tu kasar sngat

    Tapi saya dh tak tahan sngat duk pikir mslh nih, mungkin aduan sy ni orang pandang remeh psl saya ni akhwat… emosi tak terkawal, tapi apa pun, sy mintak sngat ada orang take action n mention tentang problem yg makin hari makin teruk.. dah ramai kawan-kawan duk mengadu n tertekan, dah lah time-time dekat exam cam nih..

    Masalahnya camni..

    Tiap-tiap minggu, akan ada Smart Circle, itu kami takde mslh, kami seronok pergi smart circle…kami sayang je akak-akak naqibah kmi.. cumanya, kami confius dan sakit jiwa bila ada smart circle lain.. jadi sekarang nih

    Kami paham smart circle tu bawah PCM.. selain dari itu ada lagi smart circle yg selain PCM… kami pening,, sikit-sikit cerita psl tarbiyah n apa-apa.. yg kami sendiri pelik..
    Apa bezanya smart circle yang ada dngn smart circle yang lain-lain nih…

    Lagi sy confius ada akak-akak dtang duk promote kami masuk smart circle diorang lak..
    Ada yg kata, ni bukan under PCM.. padahal akak tu orang PCM.. so camne sekarang nih?

    Dalam PCM tu ada kmpulan-kmpulan apa lak nih?

    Aritu ada la akak-akak paksa kami p program yg islamik katanya… kami ingat program PCM.. rupa-rupanya program ISMA.. kami dah pelik, padahal aritu ada program PCM.. dan akak tu pulak orang PCM..yang kami tak fahamnya.. akak-akak suruh kami tarik lagi ramai kawan-kawan kami join ISMA.. jadi skrang seolah-olah akak-akak ni suruh kami kumpul orang tuk lari dari PCM….

    Jadi saya rasa,, kami ni diperbodohkan oleh orang2 PCM.. akak-akak ni lak sekejap duk suruh kami jgn join smart circle.. suruh join Tarbiyah Circle apa entah, dah lak tuh, buat program dkt2 exam…. pastu ada akak-akak yg larang kami rapat2 dgn akak-akak PCM slain diorang.. padahal akak tu dah orang PCM…

    Saya secara jujur bertanya pada PENGERUSI.. adakah dia maklum hal-hal mcm ni..
    Kalau dia maklum.. adakah semua ini dirancang oleh PCM sendiri? Macam mana kami nak komited pada 2 Kumpulan nih.. antara PCM dan ISMA..ada time diorang wak prog masa PCM gak buat prog..so kami pon pelik la camne bleh bertembung prog ni…

    Sy stress,, bila ada akak-akak yang suruh kami join Isma ni desak n call kami bnyk kali.. walaupun sy dh maklm yang kita dah dekat exam.. diorang still berdegil mendesak kami..
    Saya harap atas budi bicara pengerusi or mana-mana individu PCM jelaskan kepada semua.. apakah masalah sbnarnya yg berlaku nehh.. saya respect akak-akak nih atas dasar akak-akak ni orang PCM.. tapi diorang buat camni, saya dah tak respect persatuan

    Dah dekat exam… kami dibebankan dengan benda-benda mcm nie.. sblm nie sy prnah mengadu yang pcm banyk program.. dan skrang ni ada lak orng suruh duk join-join kumpulan lain.. smart circle lain.. program lain.. rehlah lain lak.. pastu ajar kami jgn kawan dgn individu ni..

    Contohnya pd jumaat lepas kami ade jaulah ditepi pantai then pada hr sabtu plak kami dipaksa join prog plak dr pagi smpai ptg..sedangkan hr ahad tu ade sesetegh dr kami ade exam..so benda2 ni amat2 meberi tekanan kpd kami.. bila dah kena mcm ni, kami terfikir gak.. apsal akak2 ni bersungguh sangt untuk kami ni.. lain mcm lak…

    Ada kwn baik saya, kawan saya ni tak serumah dgn sya, dia ngadu akak2 mentor diorang selalu jrng datang sc diorang, jadi saya tanya, akak mentor dia siapa.. jadi dia bagi tahu la siapa akak tu.. rupa-rupanya akak mentor diorng tu lah yang duk sibuk buat sc lain untk kami ni.. jadi mereka abaikan sc orang lain semata-mata untuk kmpulan mereka.. n pastu desak kami lak…

    Kat imarah hijau kami ini, selalu je akak-akak dari cairo turun,, akak-akak ni lak pun buat program utk kami.. kami mula2 fikir ini program perubatan.. rupa2nya tidak..kata mereka, kami ni bukan perubatan,bukan isma, tapi konsis lak… jadi sekarang kami dibebankan dengan 2 kmpulan lak.. saya sendiri tak faham.. apakah stand perubatan dalam hal camnie.. saya pun dah jadi pening, mana satu orang perubatan mana satu kmpulan lain2 nih..

    Tapi apa pun, saya bukanlah bermaksud cuba memboikot PCM,, tetapi saya dah tak tahan dengan kumpulan-kumpulan yang kononnya lebih Islamik duk desak-desak kami utk join diorang pastu benci orang-orang PCM lain.. padahal diorang tu orang perubatan gak.. jadi kami tak faham… kenapa ada jugak orang-orang tudung labuh perangai mcm nie..

    Melihat kan ramai akak-akak PCM bermuka-muka kununnya PCM tetapi suruh jgn join PCM pastu bebankan kami dgn program2 kumpulan diorang, jadi saya harap penjelasan dari PCM sendiri,, samada mereka pun bermuka-muka… takut2 PCM tu adalah isma atau konsis.. saya begitu berharap, jika pcm concern terhadap kami, sila cari jalan supaya kami tidak menjadi mangsa terhadap akak-akak yang sedang seronok mencari ahli untuk kumpulan-kumpulan mereka ini..

    Saya…
    Tolong la…Stress

  69. Rasulullah ada mention (sefaham ana yang daif) yang seorang muslim boleh jadi penakut, berani, kikir etc tetapi tak dibenarkan untuk BERDUSTA (kazzab). apatah lagi untuk bawa dakwah islam, yang mana akhlak itu sepatutnya tercerna dengan sempurna dalam diri (sekiranya tarbiyyah itu diutamakan) maka berhati-hatilah bila berdakwah kerana kemenangan itu bukan atas dasar menguasai majority, ramai orang ke etc tetapi KEmenangan itu kerana Allah yang beri. Satu yang sering kita lupa selain kita yang merancang, Allah juga merancang. Wallahualam, wassalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: